"Besok ada intikhabat, so, tak ada muhadharah la...seronoknya..." girang seorang sahabat sewaktu kami sama-sama melangkah masuk ke bangunan Fakulti Syariah untuk memulakan kelas pada hari Selasa.
"Betulke..?" saya meminta kepastian.
"Haa...betul la..memang begitu setiap tahun..." beliau meyakinkan saya.
Rabu, Khamis Jumaat dan Sabtu. Empat hari yang cukup bermakna untuk saya menjadi tetamu Syam. Khayalan saya serta merta terbang melintasi sempadan Jordan ke Syria. Lorong Suuq Halawiyyat di Bab Musalla menjadi destinasi. Terbayang wajah Azan di Sumeriyyeh tempoh hari. Terkenang juga isi YM Abang Izwan yang menghembus nafas kecewa.
"Mohd Ihsan...maujuud..?" Tanya Dr Ali Fauwaz yang mengajar Sirah Nabawiyyah. Sudah tiga kali nama saya diseru. Yang terakhirnya baru berjaya menyapa telinga saya.
"Naam...maujud..." Dr. tersenyum dan say malu sendirian.
Rakan sebelah menggeleng kepala. "Nta dah sampai Dimasyq ke..?" tanya beliau sedikit menyindir. Saya hanya tersenyum.
Tepat jam 2.20 petang, saya bersesak di stesen bas di Bab Syimali untuk ke Amman. Seterusnya ke Abdali untuk mengambil teksi ke Dimasyq. Tambang JD 11 cukup murah untuk teksi yang agak mewah itu.
2 jam merentasi padang pasir menyeberangi Mafraq yang menempatkan Universiti Al Alibayt membawa saya ke sempadan Jordan Syria berhampiran Dara'a. Beberapa rosedur harus dilakukan dengan beberapa sekatan dan pemeriksaan.
8.30 malam, saya tiba di Bab Musalla. Menelusuri lorong meriah, kemudiannya singgah untuk membeli sedikit buah tangan. Ayam Broasted menjadi pilihan.
"Apa khabar orang Jordan...?" Ariff menyapa dari belakang. Saya terkejut. Bimbang hasrat untuk merahsiakan kedatangan saya ke Dimasyq terbongkar. Alhamdulillah, Arif hanya berseorangan.
CINTA LUAR BIASA
"Tengok la sendiri siapa yang datang.." Arif berbasa-basi dengan Azan yang baru pulang.
Daun pintu diselak. Saya hanya menanti dengan senyuman. Ya Allah...angah..dah agak dah...Kalam itu terputus dengan pelukan kami. Erat.
Yazid kebingungan. Harga apa yang membayar kedatangan saya untuk kali kedua dalam kelendar MAC ke Dimasyq. Tambangnya bukan murah, jaraknya pula tidak dekat.
Tambah bingung lagi, apabila Azan mampu mengenali Jaket yang saya pakai adalah milik Syaukani berdasarkan bau!
"Cinta luar biasa akhi..." saya mengulas ringkas menguraikan kekusutuan peristiwa ajaib itu.
BEST RATIO
Subuh berkumandang. Kami bergegas ke Jami' Umawi berdekatan Suuq Hamidi yang masyhur. Kebetulannya, Syeikh Hasan Hito, pakar Usul Fiqh sedang menjalankan intensif Usul Fiqhnya di Jami' Taubah. Saya cuba beristiqmah mengikuti sesi talaqqi itu.
Usai talaqqi, berkejar pula ke Kolej Syeikh Ahmad Kiftaro yang masyhur dengan gelaran Jamiah Abu Nour. Mengikuti kelas di sana selepas mendapat keizinan seorang pegawai. Agak ketat untu pihak pentadbiran membenrkan orang luar untuk menumpang dalam kelas pengajian mereka. Qarar dari Wizarah Auqaf yang menjadi halangan.
Namun, kesempatan berada selama hampir 3 jam dibilk kuliah kecil itu amat bermakna. Ratio yang kecil antara pensyarah dan pelajar cukup bagus untu sesi pengajian agama. 20 pelajar untuk seorang pensyarah. Terbayang kami di Mu'tah. Hampir 70 orang dalam satu bulik kuliah.
Waktu rehat, saya ditemukan dengan Abg Izwan. Naqib yang bertanggung jawab memahat kami sewaktu di DQ dahulu. Beliau seakan tidak percaya. Saya datang untu kali kedua. Tangan dihulur agar secubit kemaaf dihulur. Atas kesilapan kami yang terlanjur. Seronok melihat gelagak Abg Izwan yang masih evergreen meski sudah hampir 2 tahun berumah tangga. Lebih evergreen saat melihat beliau membonceng basikal tua bersama Idham. So cute.
SAHUR AZAN
"Besok puasa lag ke..?" saya bertanya kepada Azan.
"Aha..sampai la natijah Nahu keluar..." jawab Azan.
"Puasa wija' tu kalau nta nak tahu...", seloroh Ariff.
Gelak kami memecahkan kesunyian malam. Tibanya saat untuk tidur.
"Tom Yam udang...sedapnya...sup belut Paya Lada pon boleh tahan juga...tambah pulak dengan nasi goreng pedas kaw-kaw dan karot susu tak tapis...burpp..mesti kenyang..." Azan bermonolog.
Dahi saya berkerut. " Apa tu su..?" soalan dilontarkan untuk membasmi kerutan di dahi.
"Su sedang bersahur ni..." jawabnya ringkas sambil tersengih.
Ketawa Ariff pecah. Saya sedikit tersenyum. Namun hati diketuk dengan simpati yang mendalam. Bersahur dalam khayalan. Aku di Mu'tah kenyang seharian. Berbeza. Mereka lapar seharian, bersahur dengan khayalan.
Damasquino
Texas Fried Chicken di pasaraya Damasquino menjadi pilihan untuk misi mengesat air mata Dimasyq. Kehadiran Abg Izwan melegakan saya.Azan, Ariff dan Idham bersama. Khairi masih keletihan. Moga, pertemuan malam ini mampu mengesat air mata Dimasyq.
Berbual. Makan. Minum. Bergambar. Bercerita. Kerana Allah, ianya adalah ibadat. Ukhuwah itu indah. Cinta itu indah. Kerana Syurga juga indah.
AIR MATA DIMASYQ
Tak banyak masa yang saya luangkan. Namun, yang sebentar ini, moga manfaatnya besar. Kesempatan bersama Azan di Bahso selama beberpa detik cuba dimaksimumkan. Saya sediakan diri untuk menjadi pendengar yang baik. Tak banyak yang diceritakan, namun patah perkataanya membawa seribu satu makna. Ukhuwah itu harus diusaha, hanya Allah yang memberi nilai cinta.
Awalnya saya berseloroh. "Seronokkan kalau angah bawak 'hadiah' besar ni kepada Syaukani." Namun, oleh kerana passport Azan disimpian oleh pihak Jamiah, idea itu terbantut. Hanya sehelai baju dan sekeping poskad menjadi pengganti diri untuk dikirimkan sempena hari lahir Syaukani.
Di Sumeriyyeh, tiada lagi air mata. Azan sudah lama dilindungi bangunan dan bas yang banyak. Lambaian tangan saya hanya terhenti apabila teksi memasuki kawasan pemeriksaan kastam. Moga saya tiba di Mu'tah dengan dada yang lapang.
Moga kita ketemu di Malaysia nanti. Hujung Ogos bakal menjadi saksi. Gegar akan mengaum lagi.
~ GEGAR FIRDAUSI ~
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah bersabda : " Seorang lelaki telah pergi menziarahai temannya di sebuah pekan. Lalu Allah utuskan Malaikat untuk mengekorinya di sepanjang perjalanan itu. Apabila Malaikat itu bertemu dengan pemuda tersebut, dia bertanya, " Kamu mahu ke mana?" Lelaki itu menjawab, " Aku mahu menziarahi temanku di pekan ini".
" Apakah kamu menpunyai sebarang keuntungan darinya?"
" Tidak, aku menziarahainya semata-mata kerana aku sayanginya kerana Allah."
Malaikat itu seraya berkata : " Sesungguhnya aku ini utusan Allah, diperintah untuk untuk memberitahumu bahawa Allah mencintaimu sepertimana kamu mencintai temanmu itu kerana-Nya".
[Riwayat Muslim]
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]