Purnama demi purnama berlalu. Bumi Kinanah bercahaya. Namun isinya kian hari diselami kelam dan gelap. Isu pendaftaran nama belum lagi selesai. Timbul pula isu perpindahan dari Mansurah ke Kaherah. Belum selesai satu isu, timbul pula isu lain.
Diari perkenalan dengan Bumi Kinanah itu bermula dengan isu pembacaan kutub Sittah. Seterusnya diziarahi pula dengan isu-isu yang menjerut kehidupan seharian mereka. Isu fitnah pegawai Safarah juga datang membelit.
Saya di Jordan cukup simpati dengan sahabat-sahabat di Bumi Kinanah itu. Terlupa bahawa sendiri terhimpit bila mengenangkan himpitan mereka lebih teruk dan tragis.
Terbayang, bagaimana perasaan ibubapa miskin yang telah bergadai ribuan ringgit untuk menjamin keselesaan anak-anak mereka menuntut ilmu. Namun hasrat itu tergantung di tengah jalan. Proses paling ringkas untuk meneruskan pengajian masih belum berjaya. Entah siapa yang harus dipersalahkan. Pendaftaran pelajar belum terlaksana. Nama para pelajar tahun satu belum dimasukkan dalam senarai pelajar Maahad Qiraat Shoubra.
Petikan dari Blog : Us Ridzuan Al-Hafiz
Kami bukan budak-budak!!!
Laporan Hasil Perbincangan Mahasiswa Tahun 1 Qiraat
1) Link
2) Link
(Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)
(Sila klik pada gambar untuk lebih jelas)
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Syukur kepada Allah s.w.t. Majlis solat Hajat Perdana Malam tadi disambut baik oleh semua Mahasiswa Tahun 1. Saya amat bangga mendapat sahabat-sahabat seperti kalian. Kehadiran kalian membuktikan bahawa kita sesekali tidak redha dengan mereka-mereka yang ingin menindas golongan Penghafal Al-Quran. Antara jaguh-jaguh yang bangkit memberi respon ialah :
Mohd Nor Hiqmi bin Ahmad Tuah (Ah Teng), Mohd Fahimi bin Syafie, Amar (Amal Aimy), Che Mohd Nor Yusran, Jamal Qurtubi, Afham Wajdi, Asyraf Ghazali
Kesemua daripada mereka memberikan cadangan-cadangan seperti yang tertera di dalam laporan diatas.
Bukti kami memandang serius perkara ini
Bukti kami memandang serius perkara ini
Terima kasih atas cadangan yang dilontarkan
Jawatan Kuasa bertindak yang dipilih oleh mahasiswa tahun satu Qiraat. Dari kiri : Ridzuan Adzemi, Jamal Mohd Qurtubi, Afham Wajdi dan Asyraf Md Ghazali
Terdapat juga beberapa orang sahabat lain yang turut menenangkan hati ahli majlis setelah mendapat berita yang mencurigakan tentang Isu Kenaikan Nama. Saya cukup marah bilama mendapat berita pihak yang menguruskan Isu Kenaikan Nama Tahun 1 ini seolah-olah dipermainkan oleh pihak berwajib. Janji-janji manis yang ditaburkan ternyata kini tidak boleh dipercayai. Saya cukup simpati kepada pihak pengurusan apabila beberapa kali berulang alik berjumpa dengan pihak berwajib setelah dijanjikan bahawa nama akan naik 10 hari lagi. Kemudian 10 hari lagi. Kemudian 10 hari lagi. Hinggalah sekarang. Tak naik-naik juga.
“ Orang mukmin tidak akan masuk lubang biawak 2 kali!!! ”
Kami bertekad, sekiranya nama kami masih lagi tidak Muqayyad 8 Mei nanti, kami akan perbesarkan isu ini sehingga tersebar kepada pihak berwajib di Malaysia!!.
Kami Mahasiswa Qiraat datang ke Mesir untuk menuntut Ilmu! Bukan untuk menyapu sampah di jalanan atau menjadi Pembina bangunan. Kami juga bukan kayu yang boleh dibiarkan sesuka hati, bukan juga budak kecik yang hanya boleh dipujuk dengan lollypop, bukan juga seperti bola yang boleh ditendang sesuka hati. Tetapi kami golongan Penghafaz Al-Quran!! Kenapa kalian nak menyusahkan kami!
Kami Mahasiswa Tahun 1 Qiraat sesekali tidak redha kepada mereka-mereka yang mempermainkan Golongan Al-Quran!!!
“ Barangsiapa yang memudahkan perjalanan orang untuk menuntut Ilmu, Allah akan memudahkan jalan baginya untuk ke syurga ”
Sepatutnya pihak yang menguruskan pengurusan pelajar merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bukan sebaliknya.
Insya Allah, wakil-wakil yang dilantik akan berusaha sedaya upaya sehinggalah Semua Mahasiswa Qiraat Tahun 1 dapat memasuki Imtihan. Terima Kasih atas sokongan kalian.
Hanya padaMu Ya Allah..Kami mengadu..cukuplah Allah menjadi pembela Hamalatul Quran.
Sumber : Us Ridzuan Adzemi Al-Hafiz
Tidak sempurna Iman kamu andai tidak ada rasa cinta terhadap sahabat kamu seperti mana kamu cinta akan diri sendiri [empati] al-hadith
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Salam..Syukran Abe se..doakan perancangan kami disini berjaya..(",)
BalasPadamSalam juang utk shbt2 di ardhul kinanah.kami sentiasa mendoakan antum sume we,teruskan berjuang menuntut keadilan...
BalasPadam