Isnin, 17 Mei 2010

Wabak Elektrostatik



Sebulan dua kebelakangan, berita laptop rosak kian kerap didengari. Satu demi satu laptop bersemadi dan disemadikan. Semuanya menerima nasib yang sama. Kerosakan serius samada pada bahagian cakera keras [hardisk], RAM dan papan induk, [motherboard].

Laptop saya salah 'seorang' dari mangsanya. 'Beliau' telah bersemadi buat kali pertama sebulan yang lalu. Namun diselamatkan dengan organ baru dari Malaysia. BENQ S42 itu bernafas semula. Namun, dua minggu lepas, 'dia' kembali semula ke alam Barzakh.

Saya membuat beberapa sesi bedah siasat dan bedah siat-siat. Akhirnya, saya berhepotesis bahawa, laptop-laptop ini rosak dek kerana terlebih cas elektrostatik.

BUKAN VIRUS

Hepotesis saya agak boleh diterima akal kerana cas elektrostatik amat mudah terhasil. Elktrostatik cukup muda terasil apabila berlaku geseran samada ketika pakai jubah atau baju, lipa selimut, tersentuh besi, gosok baju dan sebagainya.

Hardisk, RAM dan Motherboard mempunyai beberapa komponen yang cukup sensitif terhadap cas elektrostatik. Hardisk dan RAM misalnya dibekalkan dalam plastik pembungkus yang Nyah Elektrostatik.

Serangan elektrostatik mungkin berlaku sewaktu anda menggunakan touchpad untuk menggerakkan cursor, mengelap debu-debu di keyborad, skrin LCD dan badan penutup plastik Laptop.

Tambahan pula, sistem pendawaian elektrik di Jordan [Mutah khususnya] kebanyakannya tidak disekalikan dengan wayar pembumi yang boleh menyahkan elektrostatik dan cas-cas lain yang tidak diperlukan. Akibatnya, cas-cas tersebut memberi kesan yang negatif kepada alatan yang sensitif terhadap cas elektrostatik.

JALAN PENYELESAIAN

Tidak ada jalan penyelesaian lain yang mampu saya cadangkan selain membaik pulih semula gajet anda dengan menggantikan komponen yang rosak. Andai yang rosak itu adalah hardisk dan RAM, maka itu adalah berita baik. RAM dan hardisk boleh diganti dengan harga yang berpatutan. Namun, andai yang terkesan dengan wabak elektrostatik itu adalah papan induk [motherboard], ucapkanlah selamat tinggal kepada laptop anda. Sesungguhnya dia syahid di jalan Allah.

JALAN PENCEGAHAN

Berita baik kepada mereka yang masih mempunyai laptop yang sihat walafiat. Berjaga-jagalah dengan wabak elektrostatik yang cukup hebat menyerang pada musim panas ini.

Saya menyerankan untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan dari awal.

Antara langkah yang baik untuk dipraktikkan ialah :
  • Elakkan mengguna touchpad, sebaliknya gunakanlah tetikus berwayar. [wireless lebih baik]
  • Elakkan plug charger dari bersambung ke soket laptop sewaktu tidak digunakan.
  • Elakkan mengelap dan menyapu debu-debu sewaku laptop terpasang
  • Elakkan mengguna laptop sewaku anda memakai pakaian kain sintetik.
  • Sebaiknya, charge laptop selepas laptop dimatikan.
  • Memasang Voltage Regulator [KosTinggi]

Voltage Regulator jenama Powerbright yang berkualiti


Selamat menjaga laptop anda sebaiknya. Salam hormat. Salam bebas dari wabak elektrostatik.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. Nice post abg, satu kajian yang mantap.

    BalasPadam
  2. pasni bleh pinjam mouse 'wireless' ana, hehehe

    BalasPadam
  3. buat kjian sndiri, good sharing..eventhough xde dalil2 stated, still can be accepted la.. Xrugi pon elak.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]