Khamis, 27 Mei 2010

1400 Tahun : Dahulu Dan Hari Ini



1400 Tahun Yang Lalu

Sedang berbincang dengan para sahabat yang berada bersama baginda, Rasulullah bersabda :
“Sungguh Konstantinopel benar-benar akan ditakluk. Sungguh, sebaik-baik panglima adalah panglima perang pembuka Konstantinopel dan sebaik-baik tentera pembuka Konstantinopel.” (Sunan Ahmad)

Para sahabat menjadi ta'ajub. Masing-masing menaruh harapan untuk menjadi watak utama dalam usaha membebaskan Kostantinopel. Abu Ayyub Al-Ansari adalah salah satu dari kalangan sahabat yang cukup obses dan optimis dengan janji tersebut. Pemergiannya ke Kostantinopel pada hujung usianya adalah musafir yang tidak akan kembali semula ke Madinah. Abu Ayyub dimakamkan di tanah Kostantinopel. Derapan kuda Muhammad Al-Fateh 800 tahun kemudian pastinya didengari oleh Abu Ayyub Al-Ansari yang bersemadi di situ.

600 Tahun Dahulu

6 April 1453, bersamaan dengan 26 Rabiiul awal 857H, serangan ke atas benteng Kostantinopel bermula. Operasi ketenteraan yang diketuai oleh seorang pemuda gagah keturunan raja. Sultan Muhammad al-fateh memimpin tentera dengan senjata lengkap dan ibadah serta pengantungan dengan Allah yang mantap. Buah usaha ini pasti manis dikunyah pada akhir misi ketenteraan ini. Menang atau syahid.
22 April menjadi sejarah gemilang. Rantai pintu laut yang disangka kebal tidak ke mana. Sihir Al-Fateh mampu membawa 70 Armada perangnya ke hadapan benteng terakhir Kota Kostantinopel itu. Armada perang yang sepatutnya membelah laut luas, kini belayar merentas gunung.

Batalion berganti batalion. tentera Islam mara tanpa takut meski ratusan nyawa telah diragut anak-anak panah dari pemanah pondan yang bersembunyi di celahan kubu Kostantinopel.

Akhirnya, serangan padu dilancarkan. Meriam gergasi ciptaan Urban menjadi taruhan. Saham yang dilaburkan untuk membina meriam gergasi itu terbayar dnegan robeknya dinding kebal Kostantinopel. Terjahan peluru keluli seberat 1000kg dari mulut The Great Bombard itu tidak mampu ditangkis oleh dinding batu Kota Kostantinopel.
The Great Bombard  [Sumber : Bharian]

Pasukan Islam semakin bertambah semangat apabila melihat panji Uthmaniah terpacak, berkibar megah di sudut kubu. Mara mereka bukan kepalang. Nyawa Kostantinopel bakal berakhir.

Pada jam 1 pagi, hari selasa, tanggal 20 Jumadil Awwal tahun 857 H, bertepatan tanggal 29 Mei 1435 M, serangan penghabisan dilancarkan ke kota Konstantinopel setelah dikerahkan seluruh komando mujahidin, dengan iringan gemaan takbir. Pasukan mujahidin berangkat ke perbatasan kota. Rakyat Byzantium dilanda ketakutan. Lonceng - lonceng gereja dipalu bertalu-talu. Nyawa Kostantinopel kini dipangkal leher. Sebentar sahaja lagi ianya akan terhembus melalui lubang hidung Tanduk Emas.

Konstantinopel dibebaskan pada hari Selasa 20 Jamadil Awal 857 H (29 Mei 1453 M) setelah berakhirnya serangan tanpa henti selama lebih 50 hari. Kota itu akhirnya diberi nafas baru dengan pemerintahan Islam. Kostantinopel bertukar nama menjadi Istanbul.

Sultan Muhammad Al-Fateh, anak muda yang dijanjikan Allah dan RasulNya. Kini tunduk, sujud bersyukur, penuh tawaduk merendahkan diri di hadapan Allah. 

"Subhanakallhumma rabbi, wabihamdika Allahumma Ighfili...."

Hari Ini

27 Mei 2010.....1400 Tahun Kemudian. Lusa adalah hari gemilang yang telah menjadi sejarah.

Saya menulis. Terus menulis. Membaca, terus membaca. Usaha dan terus usaha. Masih ada satu janji yang saya yakin akan terlaksana. Pasti akan terlaksana, apabila ada pelakon yang akan melakonkan watak-watak yang dikehendaki Allah. Saya pastinya ingin mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelakonnya.

 قال رسول الله صلى الله عليه و سلم تكون النبوة فيكم ما شاء الله ان تكون ثم يرفعها إذا شاء ان يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله ان تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها ثم تكون ملكا عاضا فيكون ما شاء الله ان يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله ان تكون ثم يرفعها إذا شاء ان يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة
Pasti akan kembalinya sistem pemerintahan sepertimana adilnya pemerintahan zaman Nubuwwah, 1400 tahun dahulu. Saya tak akan menanti dengan meriba tangan dan berpeluk tubuh. Usaha pastinya ditagih. Ayuh bersama saya, melakonkan skrip pelakon filem 'Khilafah Manhaj Nubuwwah'.

p/s : Artikel sempena mengingati peristiwa pembebasan Kota Kostantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.

Sumber : Daulah Uthmaniyyah : Awamil An-nuhudh, Wa Asbab As-Suquth : [Dr Ali Sholabi]

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. Dari Nu'man Bin Basyir, ia berkata, "Kami duduk-duduk di masjid Rasulullah SAW. Basyir adalah seorang yang tidak banyak bicara. Kemudian datang Abu Tsa'labah dan berkata, 'Wahai BAsyir Bin Sa'ad apakah kamu hafal hadis Rasulullah SAW tentang para penguasa?' Maka Huzaifah tampil dan berkata, 'Aku hafal khutbahnya.' Lalu Abu Tsa'labah duduk mendengarkan Huzaifah berkata,

    'Rasulullah SAW bersabda: (1) Muncul kenabian di tengah-tengah kamu selama masa yang dikehendaki Allah kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia menghendaki. (2) Kemudian akan muncul khilafah 'ala minhaj al-nubuwwah selama masa yang dikehendaki Allah kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia menghendaki. (3) Kemudian akan muncul malikan 'adhdhan (raja yang menggigit) selama masa yang dikehendaki Allah kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia menghendaki. (4) Kemudian akan muncul malikan jabriyyah (raja yang diktator) selama masa yang dikehendaki Allah kemudian Ia akan mencabutnya ketika Ia menghendaki. (5) Kemudian akan muncul lagi khilafah 'ala minhaj al-nubuwwah."

    (H.R. Ahmad 4/275, Abu Dawud 4/211, Tirmizi 4/503)

    BalasPadam
  2. Wahai kaum muslimin, berusahalah kalian mendirikan ibu segala kefarduan iaitu khilafah yang akan mengembalikan kehidupan Islam secara keseluruhan.

    Hadis di atas, telah memberitahu kita bahawa Khilafah akan kembali 'ala minhaj al-nubuwwah (ikut jalan kenabian.

    Oleh itu, wahai kaum muslimin, marilah kita sama-sama berusaha mendirikannya.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, teruja benar rasanya dapat menelaah dan murajaah peristiwa agung runtuhnya Konstantinople. peristiwa yang membawa ana ke tahap hari ini. Hidayah yang benar tidak disangka, menjadi pilihan Tuhan suatu yang ternyata dibangga. Ana budak bertatih tumpang belajar.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]