Saya masih dalam fatrah peperiksaan akhir bagi semester kedua. Subjek yang dipelajari harus dihadam dari kulit ke kulit. Namun, meski dalam kesibukan imtihan, saya masih tidak sanggup membiarkan konvoi itu 'bersendirian'. Lantas, saya menemani malah 'menyertai' mereka. Bagaikan benar-benar berada di Kapal Mavi Marmara. Setiap berita saya ikuti dan teliti. Tambahan pula, jarak saya dan perairan Gaza tidaklah jauh. Israel pula adalah jiran kami yang paling 'rapat'.
Sejarah Yahudi Madinah dari kitab Fiqh Sirah karangan Syeikh Bouti yang sedang saya kunyah ini harus saya ambil 'ibrahnya secara realiti. Yahudi masih real seperti yang diceritakan 1400 tahun dahulu. Jahat, Zalim, Kejam, penipu dan seribu satu keburukan.
"Kami sekali-kali tidak akan membenarkan konvoi ini sampai ke Palestin. Kami menganggap ini adalah provokasi yang tidak perlu. Palestine dan penghuninya selamat bersama kami," kata Menteri Luar Negara Haram Israel. Peristiwa ini saya rakamkan 2 hari sebelum serangan berlaku.
Sehari kemudian, Konvoi Kemanusiaan Gaza membuat kenyataan media menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang senjata malah para aktivis yang menyertai konvoi ini termasuk bayi dan wanita dan orang tua. Penafian keras mereka bahawa misi konvoi ini adalah misi perang dan provokasi untuk Israel.
Malam sebelum serangan, Helikopter Israel dilaporkan berlegar-legar di udara memerhati pergerakan kapal-kapal konvoi yang sedang berada berdekatan dengan Cyprus. Sambil membelek kitab dan bernota-notaan, berita dan khabar dari Mavi Marmara sentiasa saya ikuti. Doa sentiasa diutuskan.
4 pagi. Azan berkumandang. Mata sudah diziarahi mengantuk yang meminta-minta untuk dilayan. Solat subuh saya tunaikan sebelum melayan permintaan fitrah kejadian mata. Sebelum lelap, butang refresh pada tab Twitter saya tekan. Tidak ada update baru. Hanya berita Helikopter peninjau Israel berlegar-legar. Sekuntum doa diutuskan. Lelap.
6.30 pagi. Hayyi mengejut saya. "Angah, Konvoi ditembak, 3 orang dah syahid!!"
Saya bingkas mencapai laptop. Innalillah....Air mata berguguran. Saya gagahi untuk berwuduk lantas bersolat dengan esakan dan rintihan kepada tuhan yang pernah mengutuskan Ababil kepada Abrahah. Tuhan yang pernah mendinginkan api untuk Ibrahim. Tuhan yang membelah laut untuk Musa. Panjang doa pada pagi itu saya utuskan direct kepada Allah. Usai solat, saya terus ke Baitumal untuk menjenguk berita. Mendengar khabar dan membuat analisis.
Hari Kejadian
04.30 pagi 31 Mei 2010
Tentera Israel menuruni helikopter menggunakan tali selepas membuka jalan dengan beberapa das tembakan ke atas anak-anak kapal. Bot-bot komando juga mengepung sekeliling kapal.
07.00 pgi 31 Mei 2010
Wakil Tel Aviv yang ditemubual secara atas talian bersama wakil London dan Gaza oleh wartawan telivision antarabangsa beralasan, serangan dilakukan kerana Kapal Mavi Marmara telah mencerobohi perairan Tel Aviv.
09.30 pagi, 31 Mei 2010
Menteri Luar Israel, membuat kenyataan media bahawa mereka menyerang kapal Mavi Marmara disebabkan kapal tersebut membawa sejumlah senjata merbahaya.
12.00 tengah hari, 31 Mei 2010
Seorang pegawai kanan tentera Israel, ketika ditemubual oleh wartawan BBC Arabic beralasan bahawa serangan dilakukan setelah Komando Israel yang dihantar untuk menyelidik telah ditikam dan dipukul, manakala senjata mereka juga telah dirampas. Komando terlatih boeh dirampas senjata mereka dan dipukul...?
NAMUN, PERHATIKAN HAKIKAT SEBENAR
Seorang pegawai tinggi Palestin di Gaza yang menjadi koordinator Konvoi Keamanan ini telah menyatakan sesuatu yang diluar jangkaan kita. membuktikan kejahatan Israel dan Tel Aviv.
- Kapal yang di serang tidak mempunyai senjata merbahaya, kecuali pisau dapur.
- Kapal Mavi Marmara ketika serangan bermula 4.30 pagi, berada di perairan Antarabangsa yang jaraknya 65-90km dari perairan Tel Aviv.
- Serangan dan tembakan bermula dari atas Helikopter sebelum komando Israel mendarat di buritan kapal.
Namun, pada petang 31 Mei 2010, Israel melalui Tel aviv masih menyatakan bahawa mereka tidak bersalah dalam melakukan serangan. Bahkan anak-anak kapal Mavi Marmara yang patut dihukum kerana mencederakan komando Israel.
Akalmu masih ada wahai teman-temanku. Siapa yang lebih bersalah, penceroboh yang menceroboh kapal, atau anak kapal yang mempertahankan diri apabila diceroboh orang asing yang terkenal dengan sikap kejam, zalim dan sukakan darah umat Islam....?
Wahai Yahudi-Israel... Babi, bangsat, bangang, bodoh, tolol serta laknatku hanya khusus untukmu!!!
* Teman-teman yang pernah mem'bangang'kan, malah mem'babi' serta mem'bodoh'kan sahabat-sahabat sendiri, apakah hadiah istimewa kalian untuk Yahudi - Israel...? Layakkah babi dan laknat yang sama pernah kalian 'hadiahkan' kepada teman sepengajian itu, dihadiahkan juga kepada Israel...? Terukkah sahabatmu seperti israel..? Atau baikkah Isreal seperti teman sebilikmu...?
KECAMAN DUNIA TERHADAP SERANGAN TEL AVIV
Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama melalui jurucakap Rumah Putih, Bill Burton kesal dengan tindakan kejam rejim Zionis yang menyerang kapal aktivis keamanan dalam misi bantuan mereka ke Gaza.
“Moscow mengutuk dan kecewa dengan serangan ini terutamaapabila ia melibatkan kematian dan kecederaan konvoi aktivis keamanan. Serangan ini jelas telah melanggari undang-undang antarabangsa kerana mereka menyerang orang awam yang tidak bersenjata tanpa sebarang alasan.” kata Kementerian Luar Moscow.
Perdana Menteri Britan, Tony Blair turut menyatakan rasa kesalnya terhadap serangan Tel Aviv ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Saya kesal dan kecewa kerana serangan ini melibatkan kehilangan nyawa.” katanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Britain.
Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB mengadakan satu mesyuarat tergempar hari ini bagi membincangkan tentang serangan yang dilaporkan telah meragut 19 nyawa selain turut mencederakan beberapa aktivis yang menyertai konvoi tersebut.
Presiden Iran, Ahmedinejad menganggap Israel binatang ekoran dari serangan Tel Aviv ke atas Kapal Mavi Marmara.
Perdana Menteri Palestine, Ismail Haniyyah pula mengutuk dan melancarkan Intifadhah di Gaza bagi menghapuskan Israel Tel Aviv yang sekian lama menyerang umat Islam.
Liga Arab juga memanggil semua ketua negara ahli untuk bermesyuarat bagi membincangkan pencabulan Israel ke atas konvoi keamanan.
Pimpinan Ikhwan Muslimin, Mesir, Jordan, Syria dan Yaman sebulat suara mengistiharkan jihad ke atas Israel.
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengutuk serangan Israel ke atas Mavi Marmara.
Mendahului, ahli persidangan Islam di Turki yang disertai oleh negara-negara Islam sebulat suara mengutuk Israel. Turki melalui Menteri Luarnya juga mengutuk keras tindakan ini.
EU, UN dan OIC juga turut mengecam serangan Israel ke atas Konvoi Kemanusiaan itu.
Gerakan Islam Dunia termasuk PAS juga turut mengutuk Israel, malah telah menyahut saranan HAMAS untuk sama-sama menentang kezaliman Israe Tel Aviv.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir pula berpandangan sedikit berbeza dan lebih macro dalam memandang isu Israel-Palestine [baca Israel-Islam]. Beliau berpandangan, Islam dan Muslim perlu lebih proaktif dalam isu Israel. Boikot dan Kutukan tidak salah. Boleh dan bagus. namun lebih bagus kalau kita mampu mengatasi abang besar Israel yang sentiasa menjadi pembantu setia Israel dalam menaja kezaliman ke atas dunia Islam. Adalah lebih penting untuk Malaysia khususnya untuk mengatasi US supaya kita mampu mengatasi Israel.
Saya untuk kesekian kalinya bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir.
P/S : Kita diajar untuk membenci kezaliman. Kita benci Yahudi kerana kezalimannya, benci US dengan kezalimannya. Maka, lihatlah sekeliling anda, bencilah sesiapa sahaja yang zalim, meski ia adalah teman anda sendiri.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
salam..
BalasPadamana nak mintak izin copy entry abg utk perkongsian..
terimakasih..
barakallahufik..
Silakan, moga dapat manfaat bersama...
BalasPadamIye, stuju dengan pendapat Tun, maka tindakan pertama, Najib kena stop muamalat dengan APCO. 77 juta setahun macam-macam boleh buat.
BalasPadamsalam celaka jgk diutuskn khusus untuk tentera zionis...
BalasPadam