DBH 1141 bersama Usrah GEGAR di S3 Bangi |
Sejak kecil, saya membesar bersama sebuah jentera beroda buatan Jepun. Datsun 120Y. Kereta milik datuk itu cukup banyak kenangannya kepada keluarga saya. Kepada ibu terutamanya. Dari milik datuk, kereta itu dipusakakan kepada nenek. Seterusnya kepada ibu.
Teringat celotah tauke besi buruk yang mengguriskan hati. Kereta lusuh itu ditimbang dan dinilai bersama besi buruk yang saya muatkan dalam bonetnya. RM 1250 sahaja nilainya.
Namun, ibu sentiasa memujuk hatinya. Dia sedar akan kemampuan kewangan keluarga kami. Saya dan adik masih di bangku pelajaran. Pendapatan ibu pula tak terjamin kukuh. Kontrak guru KAFA mesti diperbaharui setiap tahun. Kalau rezeki murah, boleh disambung, kalau tidak....Ah, ibu tidak suka melayan perasaan itu.
Tahun demi tahun. Kereta Datsun menemani kami sekeluarga. Kadang-kadang dipaksa bermusafir ratusan KM berbekalkan tawakkal dan sedikit keberanian. Plat DJ 1500 pastinya dikenali seluruh Nilam Puri. Masyhur. Bunyi sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian.
Penghujung 2008, pakcik saya menawarkan diri untuk membantu. Beliau akan membuat pinjaman [sewa beli] melalui akaunnya. Ibu akan membayar tunia kepanya setiap bulan. Setuju. Ibu gembira. Dua bulan kemudian, Proton SAGA baru tersergam indah di bawah teduhan garaj buruk rumah pusaka datuk. DBH 1141.
Girang ibu tak banyak dizahirkan. Ibu lebih tenang dan bersahaja. Namun saya tahu ibu gembira. 3 bulan bersama ibu, saya meminta izin untuk melamar Proton itu ke Tengah semenanjung. Banyak urusan yang saya perlu selesaikan untuk menyambung pelajaran ke Jordan. Ibu secara tenang dan mudah menyerahkan kunci kepada saya.
Dari urusan SMUTEM ke Sekolah Teknik Kuantan. Dari pusat bandar Kuala Lumpur ke ceruk pendalaman Hulu Langat dan Janda Baik. Dari hujung selatan ke hujung utara. Odometer cepat melengkapkan pusingan. Banyak khidmat DBH 1141 kepada saya. GAMIS juga pernah menerima manfaatnya. Dr Irwan Prayitno juga pernah bertamu di situ. Saga itulah juga yang menjadi wasilah saya bertamu di SBPI Rawang berkongsi dengan adik-adik BADAR Sepintar. Si dia jugalah yang menemani saya untuk menyahut jemputan ceramah dan forum di mana-mana sahaja.
Lipatan kenangan saya bersama teman-teman juga banyak terakam bersama SAGA itu. Juga kenangan bersama usrah GEGAR dan usrah Ghuraba'. Tumpahan kuah murtabak dan roti canai juga pastinya masih tersisa di celahan karpet alas di dalam bonetnya.
Kenangan itu masih segar di ingatan. Dialah yang menjadi rumah saya sepanjang 3 bulan merantau mencari kehidupan selepas tamat di DQ dan sebelum terbang menjadi tetamu Dataran Syuhada'.
Hari ini. Saya terjaga dengan nyaringnya azan di Masjid Syuhada' Mu'tah. Bingkas dari pembaringan dan bersiap ke masjid. Tiba-tiba handset bergetar. Mesej dari adik di kampung.
"Abang, kete ma kena curi, baru je tadi, dlm pukul 8 td..tolong solat hajat dan doakan kete tu dijumpai smula, kesian kt ma".
Kereta itu kini hilang dari pandangan. Ia dicuri di depan mata ibu saya. Sungguh tragis kejadian itu. Pastinya pedih tangkai hati ibu. Bergetar lubuk jantungnya menahan sebak, menjana sabar dengan ujian ini.
Apalah sangat kenangan saya bersama DBH 1141 berbading kenangan, pengorbanan dan penat lelah ibu untuk memiliki kereta sendiri. Kesian ibu.
Ya Allah, kembalikanlah kereta itu kepada ibuku dalam keadaan selamat dan baik. Ya Allah, engkau yang maha kuasa lagi pemurah dan penyanyang.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
subhanalah..
BalasPadamana doakan allah kembalikan kereta tu kat family ustaz..
inna lillahi wa inna ilaihi raajiun..
ustaz,semoga tabah dan dapat redho allah.
siapa yg sanggup buat keje macam ni..
ya allah...
kat kelantan ke berlaku>
apa lah orang kelate loni.
ore sebuk2 muktamar,die curi keto pulok..
Masya Allah...
BalasPadamJahat btol orang tuh..curi depan mata tuannya..
Semoga kereta yang berjasa itu dipulangkan..
Lagi ujian Rabb untuk menambah keimanan hambaNya yang terpilih..Siapa tahu, Allah ada hadiah yang lebih berharga dan menguntungkan buat hamba Nya... Moga Allah kurniakan kesabaran,ketabahan hati pada us sekeluarga..
BalasPadamSama2 doakan Allah lembutkan hati orang yang mencuri tu spy mengembalikan semula DBH 1141 dlm keadaan asal..moga ia dtemui..