Sabtu, 5 Jun 2010

6 Jun 1986-2010 : Meniti Sebuah Kehidupan


1986 
 Berada di dukungan Ayah tercinta. Anak sulung dari ayah dan ibu yang sulung. Cucu sulung dari dua datuk yang sulung. Cicit sulung kepada Moyang yang sulung.


April 1986 [10 bulan]
Berada di ribaan ayah. Kesemua yang ada dalam gambar ini telah kembali ke rahmatullah, kecuali saya. Mendahului senarai adalah  ayahanda tercinta pada 6 September 1990


Jun 1987 [1 tahun]  
Hari pertama mampu bercakap, dengan kalimah 'APU',  lampu!!


 1988 [ 2 tahun ]
Di Ladang getah sebelah rumah datuk di Nilam Puri bersama ibu yang baru berusia 23 tahun.


1989 [3 tahun ]
Jambatan Keretapi gantung di Kuala Krai


1990 [4 tahun] 
Adik perempuan dilahirkan dan ayah dijemput Ilahi


 2003 [17 tahun]  
Khatam hafalan Al-Quran di Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, Repek, Pasir Mas, Kelantan.

2004 [18 tahun]
Menghadapi Sijil Menengah Ugama dalam tekanan selepas kembalinya datuk yang selama ini dianggap 'ayah' ke rahmatullah.

November 2004 [18tahun]
Mendaki Gunung Brinchang dan Gunung Irau di Cameron Highland. Melepaskan kekusutan dengan berasimilasi dengan alam ciptaannya yang menenangkan. Di sini juga saya dilatih untuk menjadi ketua. Tamrin Qiyadi secara tidak langsung. Minum air lumut dan air dalam bunga Periuk Kera untuk meneruskan survival hidup. Terima Kasih Cikgu Mad [tengah berbaju biru]


2005 [19 tahun]
Tahun paling mencabar. Menghadapi SPM setelah hampir 7 tahun meninggalkan silibus Kementerian Pelajaran. Cabaran SPM semakin besar apabila keselamatan keluarga terancam selepas kematian nenek. Merantau mencari damai ke merata tempat. Namun, keselamatan seakan terjamin setelah ibu kembali berteman, mengakhiri zaman jandanya bersama ayah baru, Mahmud bin Abdul Rahman. Terima kasih ayah baruku, menemani sepi ibu yang telah lama 16  tak terubat.


2006 [20 tahun]
Nahdhah kehidupan dengan dunia kemanisan Usrah dan Ukhuwah. Kenangan bersama usrah GEGAR tak akan dilupai. Meneruskan jalan cerita dan cinta dengan misi GEGAR FIRDAUSI. Salam sayang ku utuskan kepada kalian diseluruh pelosok dunia.


2007 [21 tahun]
Dunia kemanisan kepimpinan. Memimpin Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran [PERKEMAT DQ] untuk sesi 2007-2008. Sebelum itu terpilih sebagai Timbalan Pengerusi AQRAB dan Setiausaha Lajnah hal Ehwal Siswa.


Oktober 2007
Hasanhusaini.Com mula dibina tujuan dakwah. Bermula dengan www.ihsanhusaini.blogspot.com dan kemudiannya bertukar kepada www.hasanhusaini.com.


2008 [ 22tahun ]
Umrah pertama 2008. Mencari damai di Bandar Nabi. Teringat sebuah perjanjian, bai'ah persahabatan dunia akhirat dengan bersaksikan Baitullah.


2008
Di Jamiah Islam Madinah. Bergambar di hadapan Masjid Jamiah sejurus selesai sesi temuduga bersama pensyarah di sana. Menanam cita-cita untuk berjiran dengan Rasulullah. namun hanya Tarmizi [kiri sekali] dan Nasirin [jurukamera] sahaja yang menyahut seruan Madinah.


2008
Kolaborasi pertama dalam isu mahasiswa. Bersama Presiden GAMIS [kini Ketua Pemuda PUM] selepas mesyuarat di jalan Raja Laut. Banyak persoalan tentang erti hidup berjuang terungkai di sini. Terima Kasih, Us Dzulkhairi.


2009 [23 tahun ] 
Konvokesyen Darul Quran. Bergambar dengan himpunan 3 keluarga Usrah GEGAR.


2009
Berforum di Darul Quran selepas bergelar  Alumni Darul Quran


2009
Pertemuan 4 mata bersama Abu Saif di hadapan rumah beliau.


2009
Kolaborasi dalam mahasiswa nasional. Bergambar selepas berakhirnya Kongres Rejuvenasi Pendidikan Nasional Ko-Spins 09 yang membariskan pembentang kertas kerja dari pembentang  rentas negara. Teringat kisah bersama Dr. Irwan Prayitno calon Menteri Pelajaran Indonesia dari PKS yang saya jemput dari LCCT.



2009
Kolaborasi dalam pertama dalam masyarakat siasah


2009
Kolaborasi bersama masyarakat pendidik di Sek Men Teknik Kuantan. Guru subjek Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta warde asrama dan pembantu penyelia PKBM [Navy] 


2009
Hakim Tilawah Peringkat Negeri Pahang. Di sini saya dilamar untuk berkolaborasi sepenuhnya dengan janji 'kerusi' di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi.

2009
Belajar hidup berdikari dengan menebar roti canai untuk menyara hidup di Batang Kali. Akhirnya, duit yang dikumpul untuk membeli tiket Kapal Terbang ke Jordan lesap dicuri.


2009
Mendaftar diri sebagai pendidik tanpa gaji dan pendakwah sepenuh masa. Berkongsi bersama anak-anak bangsa


2009
Kolaborasi penuh dalam Siasah, Muktamar PAS 2009 di Stadium Melawati, Shah Alam


2009
Kembali Ke MTDQ Repek, setelah 3 tahun


September 2009
Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan untuk terbang ke Jordan. Meninggalkan Madinah dengan seribu tanda tanya.


Oktober 2009
Mengepalai Ikrar Mahasiswa tahun 1 Universiti Mu'tah sesi 2009 Di Dewan Masrah Universiti Mu'tah


Disember 2009
Berforum bersama rakan dan senior sepengajian di WISMA, Mu'tah


2010
Bersama Dua Sifu besar dalam hidup


2010
 Mewakili MPPMJ ke Forum Mahasiswa Timur Tengah di Damascus, Syria. berforum ersama rakan panel dari Syria dan Mesir.


2010
Pertemuan pertama dengan Syeikh Rushdi di Jami' Zainal Abidin, Damascus, Syria.



Andai saya adalah pelajar, maka saya boleh memohon cuti dari pensyarah. Andai seorang pekerja, masih boleh mengisi borang MC. Andai seorang anak, boleh minta dikurangkan seidikit tugasan yang diberi, atau dikongsi bersama adik-beradik yang lain. Namun, saya seorang hamba Allah yang ditaklifkan sebagai pelakon skrip seorang khalifah yang perlu sentiasa berdakwah, agar manusia kembali mengenal dan mengabdikan diri kepada Allah. Maka saya adalah hambaNya tanpa rehat, cuti dan MC. 
Menyoroti perjalanan jatuh bangun adalah satu kemanisan dalam hidup. Tak akan dipanggil tukang besi andai jari tak luka tercucuk besi. Tak dipanggil da'ie andai tak pernah kecewa dakwahnya ditolak.
Justeru, kehidupan ini saya gagaskan sepenuhnya untuk menjadi hamba kerdil yang mampu menggapai gelaran 'terbaik' di sisiNya.

"siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya..." Al-Mulk:2

Bagaimana selepas 6 Jun 2010...?

HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

6 ulasan:

  1. Juara tidak lahir semalam. Juara juga tidak semestinya lahir daripada kalangan keluarga sederhana dan atasan. Juara dipupuk dan dibina dengan susah payah dan memerlukan pengorbanan diri sendiri dan insan sekeliling.

    Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-24 (teka je ni..)

    Semoga hidup terus diberkati.

    Barokallah..

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Jadi.. dan ana doakan supaya enta berkahwin.. Amin.

    Ana ingat lagi hari jadi enta yang ana tanya di Syria hari tu. 6/6/86

    ok.. Selamat berjuang jugak.

    BalasPadam
  3. Salam Perjuangan Untuk ISLAM...Moga bertambahnya umur ust selari bertambahnya Amal Perbuatan ust untuk ISLAM tercinta...

    HiduP untuk ISLAM...di bumi ini ladang untuk bercucuk tanam...jika baik ladang dijaga, n banyaknya benih atau pokok yang ditanam maka baiklah...moga hasilnya mampu mengurangkan penghisaban ust di akhirat Kelak..i'allah...

    BalasPadam
  4. sempena harijadi ustaz ..ana melawat la block nta ni saudaraku ihsan fadhli,td..ma nta mr umah ana..dia tunjuk msj hepi bezday mu ko aku...gembira beliau ad anak mcm nta...ana gelak...hahahaha
    Allah Selamatkan Kamu..

    BalasPadam
  5. salam
    baru ana mengetahui kisah hidup enta...
    semoga panjang umur dengan kehadiran ulang tahun kelahiran yang ke-24.

    BalasPadam
  6. ya Allah, saling tak tumpah rupa ayahanda nta (Allahyarham, Semoga Allah meredhai beliau sentiasa)Selamat Hari Lahir yang ke-24. Semoga semakin matang seiring dengan meningkat nya usia.
    "Usia semakin meningkat, ajal semakin dekat."


    Dari kami sekeluarga.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]