Selasa, 3 November 2009

Dr. Ra'ud Pun Ketawa...

Hampir dua bulan saya mengikuti sistem pengajian di Jordan, secara khususnya di Universiti Mu'tah. Pelbagai ragam manusia yang saya ketemu. Dari yang bertudung litup seluruh tubuh sehingga ber'telanjang' dengan bonggol unta di kepala. Itu yang wanita. Lelaki pula, dari yang berjubah kemas sehingga berpelikat dan bebaju pagoda untuk ke kelas.

Itulah ragam manusia yang harus saya hadapi.

Bagi semester (fasal) pertama ini, saya mendaftar sebanyak lima madah, lebih satu dari saranan abang-abang senior. Al Maklumlah, umur dah lanjut, tak sanggup untuk menghabiskan masa terlalu lama untuk Ijazah Sarjana Muda. Lima madah tersebut ialah, Ulum Al-Quran ( sains Al-Quran? ), Ulum Hadith, Ulum Askari ( Sains Tentera ), Madkhal Fiqh dan Hadhrah Islamiah.

Subjek yang paling saya minati ialah subjek Tamadaun Islam (Hadarah Islamiyah). Namun minat itu sedikit pudar dek bertukarnya tajuk Tamadun Islam kepada 'Tamadun Arab Islam'. Saya melayu muslim terasa panas cuping telinga. (kadang-kadang). Namun, saya cuba sedaya upaya untuk berlaku adil terhadap ilmu dan pemberi ilmu. Setiakan hati menadah ilmu dan maklumat yang dicurah, namun mengasah minda untuk menapis keladak yang mungkin datang dari lautan ilmu itu.

Subjek Ulum Hadith pula diajar oleh  Dr. Mustafa Abu Zaid. Dr. yang cukup terkenal sebagai pensyarah yang cukup menyayangi Malizi, sehingga ada segelintir arab yang tidak selesa dengan keadaan itu. Beliau juga terkenal dengan obsesnya beliau terhadap harakah islam di Malaysia, PAS.

Pernah satu hari, beliau berbisik di telinga saya dan bertanya : "Nta min BAAS...? (PAS)" ( kamu ahli PAS? )

Selepas mendapat respon dari saya, beliau menepuk bahu, lantas tersenyum dan berkata : Ahsanta ya bunay,ana uhibbuka... (bagus wahai anakku, aku sayangkan kamu...)

Satu lagi subjek yang saya minati ialah Madkhal Fiqh. Dr. Syuwesh yang pakar dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh itu pasti akan menghilangkan mengantuk saya dengan teknik penyampaiannya yang cukup jelas melalui bahasa arab fushahnya.

Subjek terakhir, Ulum Askari. Subjek yang diwajibkan oleh kerajaan Jordan kepada seluruh penuntut Universiti di Jordan. Seubjek ini diajar oleh seorang Sarjan dari Janah Askari, Jamiah Mu'tah. Pada awalnya saya agak mengantuk lantaran bahasanya yang cukup laju, tambahan pula, saya ketiadaan buku rujukan. Selapas buku rujukan saya miliki dengan harga 4JD (RM 20), barulah saya sedari bahawa subjek itu juga cukup menarik.


HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ini dalam sejarah. Selepas peperiksaan awal Madkhal Fiqh, saya ke kelas Ulum Al Quran. Dr Ra'ud pasti digeruni dek kerana matanya yang bulat dan ketegasaanya sewaktu mengajar. Kekadang, tepukan tangannya ke meja cukup baik dan praktikal untuk membunuh mengantuk yang mungkin hinggap di sesetengah mereka yang 'keletihan'. Ayyu mulaahazah, ayyu su'aal...mein yaqra'? . Antara yang menjadi trademark Dr. Ra'ud.

Hari ini, perbincangan berkisar tentang Naskh dan Mansukh Al-Quran. Lebih seminggu tajuk ini diuli untuk memahat kefahaman yang mendalam ke dalam minda kami. Perbincangan tentang hukum-hukum syariat yang dipadam dari konteks penggunaan dan amalan pada hari ini cukup menarik. Ayat 'iddah, pengharaman arak dan beberapa ayat dan contoh hadith dikeluarkan sebagai asas perbincangan.

Sebelum kelas berakhir, seorang sahabat dari Filipina bertanya soalan :

"Dr, bagaimana dengan hukum tudung pada hari ini...?", pertanyaan yang mengurniakan beliau markah  musyarkah dalam perbincangan. Dr Ra'ud memberi respon yang cukup baik melalui kaedah 'jalan terbaik dan jalan paling selamat' serta kaedah, al-dharurah tubih al mahzurah.

Untuk penjelasan Dr. Ra'ud membuat analogi dengan mebayangkan si penanya sebagai suami yang sedang berhadapan dengan isteri yang bakal melahirkan anak.

" Apa yang akan kamu buat bila isteri kamu nak melahirkan anak...? : Tanya Dr Ra'ud.

" Saya akan cari hospital yang menyediakan perkhidmatan perbidanan Islam..."  Jawab sahabat tersebut.

"Kalau tak ada perbidanan Islam?"

"Saya hantar ke hospital biasa, tapi minta doktor perempuan yang menguruskannya...."

"Kalau tak ada doktor perempuan...? Dr Ra'ud terus memberi provokasi.


"Saya jadi bidan sendiri..." jawab sahabat tersebut dengan serius.

Seluruh kelas gempa dengan deraian hilai tawa mereka yang faham isi perbualan tersebut. Saya dan Hayyi cuba menahan ketawa, bimbang dilihat melebih-lebih oleh Dr. yang betul-betul berada di hadapan kami. Pelajar arab lainnya ada yang ketawa berdekah-dekah.



Bergambar selepas muhadharah bersama Dr.Ra'ud ( Ulum Al-Quran ) Musim Sejuk.

Dr. Ra'ud yang sebelum ini yang senyumnya dianggap sebagai ketawa, kini merah padam muka beliau dan akhirnya tertunduk-tunduk menahan sisa ketawa yang mungkin melimpah dari empangan Taqwa dan Wara'nya.

Dr. Ra'ud pun ketawa. Beliau kemudian segera istighfar dan berselawat seterusnya mengakhiri kelas kami. Hari ini dalam sejarah.

5 ulasan:

  1. mantap bangat penerangan dr.raud tadi.. jadi kesimpulannya buat yg bergelar akhawat, wallah antum mumtaz iza bil khimar.. =) (bila pulak saya jadi student mu'tah???? tetiba je ade dalam kelas ulum quran ni? siap ada gambor plop.. hu3...)

    BalasPadam
  2. Dua bulan lagi, pada permulaan fasal kedua, Us Khairi akan mendaftar sebagai pelajar Jamiah Mu'tah...sahabat-sahabat, jom kita sama-sama aminkan doa ini...ameen...

    BalasPadam
  3. ha3... ana masih tetap di bumi syam.. syria tercinta...

    BalasPadam
  4. :) tersenyum mbaca.."saya jadi bidan sendiri"..he

    insyaAllah, doktor perempuan (muslimah) akan semakin bertambah slepas ni..ameen..(esp. utk bahagian O&G)

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]