Teruskan Manhaj Kebangkitan Generasi Al-Quran
Tulisan ini adalah khusus untuk sahabat Darul Quran. Ditulis sempena Muktamar PERKEMAT DQ tahun 2009. Diulang siar sempena Muktamar PERKEMAT DQ 2010.
Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.
Sewaktu warkah ini ditulis, para sahabat di Darul Quran semestinya telah selesai memilih pimpinan yang berkenan di hati masing-masing. Bahkan sedang bersiap sedia untuk bermuktamar pada keesokan harinya.
Selamat bermuktamar.
Pertamanya, sekalung tahniah dan takziah kepada mereka yang bakal memikul amanah yang maha berat dan tidak pernah terfikir untuk memikul jawatan itu. Apa yang kalian bakal rasai esok dan hari mendatang adalah apa yang saya dan kami pernah rasainya dahulu. Jalan saya dan jalan kalian adalah sama. Jalan khidmat yang tak akan menjanjikan pulang keduniaan.
Apapun, bila taklifat Allah itu sudah terpikul, jangan sekali-kali kalian mengeluh dengan keletihan yang menimpa, kerana dengan mengeluh itu, syaitan telah berpeluang menyusup masuk ke lubuk sanubari kalian. Sebaliknya, bersyukurlah kerana itulah peluang yang maha berharga, tidak mampu dirasai oleh mereka yang tidak dipilih Allah.
Saya yang kini di rantauan amat merindukan kenangan ketika masih bertatih mengenal dunia di bumi barakah itu. Sesiapa juga pasti akan bersetuju dengan saya, bahawa kenangan di Darul Quran tak akan mampu untuk dilupakan. Tambahan pula, saya mula memaknakan kehidupan di situ.
Sempena mengenangkan memori di bumi indah itu, teringin benar untuk saya berkongsi pandangan, world view tentang peranan kita sebagai Huffaz.
Saya banyak menulis tentang kita. TENTANG KITA. Kenapa Nak Hafal Quran. Tiga siri.
Siri Plan Tindakan :
Siri Blueprint
Siri Posisi
Saya juga menulis tentang akhlaq untuk menegur yang tak kena dengan kita. Saya juga menulis tentang impian saya terhadap masa depan kita.
Hari ini saya menulis lagi.
IZINKAN SAYA BERKONGSI
Saban tahun kita bermuktamar. Saban tahun kita berpilihanraya. Saban tahun juga, ada hati-hati yang kita sakiti. Saban tahun juga kita belajar mencaci dan mengeji. Katanya dengan niat tulus untuk membaiki. Sejauh mana kesannya kelakuan kita itu ?
Saban tahun juga telinga pimpinan kita bernanah, samada dengan pujian, juga dengan kritikan dan cacian dan umpatan. Sejauh mana kesannya umpatan, kejian malah cacian kita terhadap pimpinan kita...?
Satu persoalan yang perlu dijawab dengan tindakan kita selepas ini.
Saban tahun juga telinga pimpinan kita bernanah, samada dengan pujian, juga dengan kritikan dan cacian dan umpatan. Sejauh mana kesannya umpatan, kejian malah cacian kita terhadap pimpinan kita...?
Satu persoalan yang perlu dijawab dengan tindakan kita selepas ini.
Sejauh mana pula kesannya pujian dan sokongan kita terhadap pimpinan kita selepas ini...? Persoalan ini juga perlu dijawab dengan tindakan.
Sejauh mana juga kesannya perancangan kita selama ini..? Satu lagi persoalan yang juga perlu dijawab dengan tindakan kita.
KITA ITU UTAMANYA
Kita para ahli, pastinya sentiasa ingin diambil berat oleh para pimpinan. Ingin sangat kebajikan kita dijaga. Ingin benar keinginan kita disokong oleh para pimpinan. Ingin benar segala tindakan kita tidak diusik mahupun diganggu oleh pimpinan. Ingin benar kita terbebas dari sebuah KANUN yang mengikat kita. Terasa tertekan benar memikirkan hal itu. Saya tahu, kerana saya juga ahli selama 2 tahun.
Kita sebagai pimpinan, ingin benar kita bahawa para ahli mendengar segala permintaan kita. Segala KANUN yang kita tulis, ingin dikalungkan semuanya. Kita ingin benar melihat semua orang tanggungan kita menjadi yang terbaik. Kita ingin benar melihat semua sahabat kita menjadi sufi, haraki lagi intelektual yang soleh lagi muttaqin. Ingin benar kita menjulang dunia dengan Al-Quran di dada kita. Benar, itulah impian kita. Saya tahu, saya juga pimpinan selama setahun lebih.
Namun di mana puncanya? Dari dulu sehingga ke hari ini, impian kita masih belum tercapai? Impian kita sebagai ahli dan impian kita sebagai pimpinan...?
PUNCANYA KITA
Ada satu golongan yang menggunakan istilah KITA demi kepentingan peribadi. Yang diinginkan hanya keSELESAan untuk dirinya semata-mata.
Siapa dia tu...? KITA. Di kalangan KITA. KITA yang sama-sama menghafaz Al-Quran. Tegurlah dia, nasihatilah dia, jangan biarkan syaitan yang menjadi penasihat setia kepada dia. Dampingilah mereka, jangan biarkan anak murid Azazil yang mendampingi mereka.
Tanamkan PEDULI di hati kita untuk sama-sama melihat kebaikan, bukannya dengan menyorokkan keburukan. Hapuskan keburukan dengan hikmah, bijaksana, bukan sekadar bijaksini.
SATUKAN MATLAMAT KITA
Setiap satu masalah ada jalan keluarnya. Setiap masalah, pasti ada insan yang akan berkorban menyelesaikannya. Maka kita pastinya bukanlah hanya sekadar menunggu datangnya penyelesaian kepada masalah, bahkan kita perlu berusaha untuk menjadi penyelesai itu.
Maka jalan terbaik untuk kita adalah dengan menSATUkan matlamat hidup kita. Bahawa hidup ini adalah untuk menjadi hamba Allah, beribadat kepadanya dengan amalan harian kita.
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. [ Al-Bayyinah : 5 ]
Dalam beribadat kepada Allah, pastinya ada ujian yang mendatang. Ujian itu adalah dari Allah, untuk menguji, siapakah hambanya yang paling baik.
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun [ al-Mulk : 2 ]
Maka bercita-citalah kita untuk menjadi yang terbaik dicelah-celah ujian yang timbul dan mendatang dalam lurah kehidupan kita di dunia yang sementara ini.
Apakah yang terbaik...?
Persoalan yang bakal menjadikan matlamat kita kembali berselisih.
Ada yang berpandangan bahawa yang terbaik itu datangnya dari Al-Quran yang masyi. Ada juga yang beranggapan bahawa yang baik itu pada bakat kepimpinan yang perlu diasah. Ada juga pada Dakwah dan Organisasi. Ada pula pada intelektual dan fakta serta falsafah.
Ada yang melihat terbaik itu pada bola yang ditendangnya sewaktu azan Magrib berkumandang. Ada juga terbaik pada bebutang Joystick yang digenggamannya sewaktu ayam berkokok di dinihari.
Dan hakikat, ada yang menganggap terbaik itu pada berkenannya nafsu beliau terhadap perkara tersebut. Malu untuk saya ulaskan di sini. Fahamilah dengan bertanya pada yang tahu.
Berbezanya kita pada menafsirkan terbaik kerana berbezanya kita pada menilai sesuatu. Value System.
Maka, seharusnya dan seWAJIBnya, terbaik dan baik pada kita adalah yang terbaik dan baik pada tuan kita. ALLAH. Timbanglah amalan dengan neraca Allah. Bukan dengan neraca nafsu dan akal semata-mata.
Maka, suatu hari nanti, jika kita ditegur dan ditegah dari apa yang dilarang Allah dan Rasulnya, lantas kita berang dan geram, itu tandanya IMAN kita bermasalah. Undurlah diri dari berkata-kata, kerana syaitan telah menguasai kita. Bertaubatlah, kerana pintu taubat itu masih amat luas terbuka.
Idola kita pernah bersabda :
Moga kita, ahli Quran yang akan menggalas pujian ini. Namun, jangan lupa untuk kita kepilkan pesanan ini bersama.
Akhirnya, wasiat saya kepada seluruh sahabat yang amat saya sayangi..
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan yang mengajarkannya". Hadith
Moga kita, ahli Quran yang akan menggalas pujian ini. Namun, jangan lupa untuk kita kepilkan pesanan ini bersama.
"Sebaik-baik manusia itu adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepad manusia yang lain". HadithBerusahalah dengan wasilah Al-Quran yang tersemat kukuh di dada untuk menjadi manusia yang bermanfaat. Generasi penyelamat ummat. Generasi penyuluh syariat. Bukannya generasi berkarat lagi keparat.
Akhirnya, wasiat saya kepada seluruh sahabat yang amat saya sayangi..
Tanamkan niat di hati untuk membantu Agama Allah.. Memetakan semula syariat di muka bumi ini...Melukis semula syariat Allah yang telah dipadam oleh musuh Allah di muka peradaban ini dengan bekalan Al-Quran yang tersemat di dada.
Inilah seharusnya ada di hati kita sewaktu kita melangkah kaki mendaftar sebagai pelajar Darul Quran dan menjawab persoalan Kenapa Aku Nak Menghafaz Al-Quran...?
Maka, andai jawapan kita adalah satu pada hari ini, saya yakin, tidak akan ada masalah untuk kita bertatih di Darul Quran. Tidak akan ada masalah disiplin di sana. Tidak akan timbul masalah akhlaq. Tidak akan timbul sebarang masalah, kerana kita telah disibukkan dengan matlamat yang agung itu. Kita juga akan saling bantu-membantu untuk memikul amanah berat itu. KITA AKAN SATU, bukan dua, tiga dan empat.
Akhirnya renungkan ayat Al-Quran ini :
" Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya) " [Al- Syuura : 13]
Renungkan juga sebuah falsafah :
Kita dibenarkan berbeza cara dalam memahami Fiqh, berbeza dalam pendekatan dakwah, berbeza dalam pegangan falsafah, namun, saya tidak pernah melihat bahawa kita dibenarkan berbeza dalam memahami apakah itu AKHLAQ....
Allah, aku menulis untuk ummat mu...Ya Allah saksikanlah...
Sekian,
Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min
Khadam Huffaz sesi 2007/2009.
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
salam..mengimbau kenangan lalu di DQ..perkongsian yang membuka minda..panduan penting utk para huffaz,bakal2 hamalatul quran..
BalasPadamsalam ya akhi.. izin copy karya anta untuk dipublish semula di blog irsyad.. semoga mendapat barakah
BalasPadamAssalamualaikum!
BalasPadamAkhi, ana baru sahaja diterima menjadi staff mu'allim kat Maahad Tahfizh Negeri Pahang. Masalah yang dihadapi di sini hampir sama dengan apa yang berlaku kat Darul Quran. Adakah di tempat lain macam tu juga? Wallahu ta'ala a'lam.
Ana minta izin copy+paste wasiat nta ni untuk ana sampaikan kat pelajar-pelajar kat sini. Semoga menjadi pencetus kesedaran kepada golongan huffaz. Amin!
Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yang unik
Wassalamualaikum!