Selasa, 10 November 2009

Sebuah Catatan : Rindukan Makkah

p/s : Biarlah potret yang menjadi jurubahasa saya dalam menterjemahkan bahasa kenangan ini. Bahawa hati-hati yang telah terikat dengan ukhuwah itu, pastinya mudah memahami sedang saya pula hilang seribu kata untuk menafsirkan sejelasnya. Sebuah kenangan yang mengajar erti kehidupan.


Nasirin dan Tarmizi sewaktu dalam flight ke Jeddah ( semacam tahu akan bersama )

Semalam, saya terkenang beberapa orang sahabat. Semuanya bermula apabila pesawat Royal Jordanian terbang rendah melewati sutuh Dar Muttaqin, teratak pejuang muda di bumi Syuhada', Mu'tah.


Teringat saya memori tentang ekspedisi kami setahun yang lalu. Ekspedisi mencari haluan hidup sekumpulan pemuda, demi menggapai natijah reda Yang Esa. Bermula dengan Ekspedisi mencari helaian surat syafa'at ( tazkiah ). Menjelajah seluruh semenanjung. Dari KKB, ke Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selnagor, dan kembali semula ke KKB.

 
Bersama Dr Radzi di USM Pulau Pinang


 


Puncak Tertinggi Lebuhraya Jeli - Grik ( sejuk macam Jordan..?) Takdir Mursyid..?



Sebelum mendepakan sayap membelah benua, di Istana Besut, puteranya berbaju oren.

Menjelajah Malaysia, bagaikan ziarah Aidilfitri buat kali terakhir sebelum membelah benua mencari matlamat hidup masing-masing. Benar, itulah Aidilfitri terakhir, sebelum terpisah.

Sebulan kemudian, membelah awan ke Madinah, dengan seribu pengharapan. Masing-masing menaruh harapan untuk berjiran dengan jasad Baginda Nabi s.a.w. Jutaan penghargaan kepada Us Azhar, Us Aziz, serta mereka yang bersusah payah menyambut kami.

 
Usai Muqabalah di Perkarangan Jamiah Islam Madinah

 
Usai Muqabalah di perkarangan Jamiah Islam Madinah


Kembali ke Malaysia dengan pengharapan bahawa hajat akan terkabul. Doa saya di Raudhah, moga dikurniakan tempat menuntut ilmu yang terbaik untuk saya, kami dan ummat. Moga dikabulkan Allah. Ameen.

Namun kembara itu juga telah tercatur dalam khazanah ilmu Allah. Di mana kami bakal tercampak sebenarnya. Saat manusia gempar dengan keputusan masing-masing, saya menghala tujuan, menyambut sapaan Saidina Jaafar At-Tayyar, menjadi tetamu ilmu di Bumi Syam.

Redwan kini di Indonesia. Azan, Arif dan Khairi kini di Syria, Asyraf, Ridzuan,Yusran, Jamal , di Mesir, Tarmizi dan Nasirin, Amin, Ammar menjadi peneman jasad mulia Rasulullah, Khalil di UKM, Muhammad, Syaukani, Hayyi, Rahim dan Amir di Jordan. Segalanya berbeza dari apa yang dirancang. Allah yang menentukan.

Sejak dua bulan yang lalu, saya dipukul soalan yang bertalu-talu, kenapa memilih Mu'tah, bukan Madinah. Saya masih belajar, bagaimana untuk memberi jawapan yang terbaik. Mungkin Nasirin dan Tarmizi ada jawapan yang tersendiri bagi mewakili saya. Alhamdulilah. Namun, saya yakin, ini ketentuan Allah. Mungkin inilah jawapan Allah terhadap doa saya bertemankan Rasulullah di Raudhah sempena subuh pertama saya di Madinah.

DI SINI SAYA BERDIRI

Menyahut Mu'tah bukan seperti menyahut panggilan kenduri. Perencanaan menyahut seruan jihad ilmu pastinya memerlukan perangkaan yang teliti sebelum memulakan langkah. Saya cukup malu, andai ada yang tak mampu memberi jawapan yang baik apabila ditanya, kenapa pilih Jamiah tu...? ( Umum ). Kerana persoalan kenapa harus menjadi keutamaan untuk dijawap sebelum memulakan langkah jihad mulia ini.

Di sini saya masih biasa. Masih insan kerdil dalam mengejar matlamat Redha tuhan. Masih perlu belajar dan di ajar. Masih perlu dibentuk dan diukir, agar kembali seperti yang dinanti.

Saat ini pastinya sahabat-sahabat saya sedang bertungkus-lumus mengejar matlamat masing-masing. Tak punyai ruang masa untuk melayan perasaan dan kenangan. Pastinya terikat dengan jadual kuliah yang ketat, jadual Talaqqi yang berkat, jadual muraja'ah yang mengikat dan pastinya kesibukan yang amat sangat, demi mengejar matlamat hidup beribadat.

Saya pula, cuba melayan kenangan. Teringatkan 'Mekkah', mesti mendapat Daulah di 'Madinah'.

 
Sesi present....

 
 Bacaan Iqrar Pelajar Jami'ah Mu'tah sesi 09/ Fasal Awal





 Simbolik Iqrar, Us Sulaiman, pengarah MSD Jordan.



KENANGAN DAN KEHIDUPAN

Kenangan,
Sebuah peraasan tentang masa dan zaman,
Terkadang manis malah pahit,
Namun ianya adalah kenangan,
Yang mengajar erti kematangan,
Yang memberi erti sebuah kehidupan,
Terpisah dari kenangan,
Pastinya pahit untuk ditelan...

Sesungguhnya Muhammad merindukan Mekkah,
Meski mendapat daulah di Madinah,
Kerana disitu ada kenangan kehidupan yang maha indah,
Kenangannya bersama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, juga Khadijah,
Juga kenangannya bersama Abu Jahal dan Abu Lahab La'natullah...

Aku juga rindukan Mekkahku,
Di situ Abu Bakarku pernah menemani di Gua Thur,
Di situ Umarku pernah menjadi bentengku,
Di situ Uthmanku pernah menjadi gedungku,
Di situ Aliku pernah menggantiku untuk mati,
Di situ Khadijah pernah menyelimuti ketakutanku,
Di situ Abu Jahal pernah menghinaku,
Di situ Abu Lahab pernah mencercaku,
Di Situlah aku dilahirkan..
DI situlah aku mencari erti kehidupan,
Dan di situlah aku mengertikan sebuah kehidupan....

hasanhusaini : 10 Oktober 2009 : Dar Al-Muttaqin : Mu'tah.
 

 

 
MRRII...Kenangan.

 
Ko-Spins 09









 


Moga cepat akan ku kembali untuk 'membuka Mekkah'....


Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

1 ulasan:

  1. Salam ziarah dari bumi kinanah..adus..pedihnya berpisah selepas berukhuwwah..sehari sblm post nie, saya susah nak tido..dgr nasyid, teringat kisah2 di DQ..setiap nasyid ada kisah2nya..moga kita semua berkumpul semula suatu hari nanti..:)

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]