Selalu benar hinggap di telinga saya pesanan ibu sewaktu saya kecil dulu. Pesanan yang melambangkan kasih sayangnya yang tidak terhingga kepada saya dan kami, anak-anaknya. Ibu selalu mengingatkan kami tentang haramnya bersiar-siar, haramnya berkawan dengan budak 'jahat', haramnya mandi sungai dan sebagainya.
"Mulai sekarang, mak tak benarkan kamu keluar rumah....kalau keluar juga, nantilah kamu..." begitu gertak ibu suatu ketika dahulu. Saya tidak dibenarkan keluar rumah, selepas keputusan peperiksaan percubaan UPSR tidak mencapai target sepatutnya.
Pastinya jiwa muda saya cukup memberontak. Kawan-kawan kesayangan, aliran air sungai yang dirindui, kayuhan basikal tua, malah kadang-kadang motor pusaka ayah akan saya uli jika berkesempatan. Itulah syurga saya.
Syurga kanak-kanak yang masih buta, apa itu dunia dan apa pula peranannya.
Hari ini saya jauh di seberang benua. Terasa rindu pula kepada tazkirah harian dari ibu untuk saya. Tazkirah itu pastinya keluar dari lubuk hati suci seorang ibu untuk anaknya. Pasti hatinya berbunga-bunga menunggu anak kandungannya menjadi insan yang amat berguna, kepada ummat manusia. Itulah kebanggannya.
Manhaj Qur'ani
Tanpa disedari, rupanya cukup banyak kesan-kesan tarbiyah Al-Quran diwariskan oleh ibu ayah kita. Memberi ancaman dengan kalimah 'tunggu' atau 'nanti' pastinya cukup sinonim dengan apa yang telah dibawa oleh manhaj Al-Quran.
Ayat-ayat ancaman dari tuhan ketika menggertak syaitan juga kuffar dengan kalimah intazhiruu pastinya cukup banyak tercatit dalam Al-Quran.
Menutup jalan umum yang bakal menjurus kepada kerosakan sebenar.
Itu Manhaj Qur'ani.
Cerita Hari Ini
Seminggu yang lalu, saya ke bandar Amman, ibu negara Jordan. Menghabiskan masa hampir separuh hari di Maktabah Dandis, memilih khazanah ulama terbaik untuk menjadi saham ilmu demi menjamin manfaat masa depan saya.
Dari pukul 9 pagi, sehingga waktu Maghrib hampir bertamu, barulah saya selesai membelah khazanah maktabah tersebut. Dengan bayaran JD 450, saya mengusung tiga kotak besar kitab ke Darul Muttaqin, Mu'tah.
Dan hari ini, saya mabuk membaca. Belum sempat habis satu kitab saya belek, muqaddimah kitab lain pula yang saya telaah. Dari tingkat paling atas rak yang menempatkan kita tafsir kepada tingkat rak yang paling bawa, kita sejarah. Semuanya berbahasa arab. Akhirnya saya terhenti dengan membelek kita tulisan Dr. Solah Abdul Fattah Al Khalidi, Al-Qasas Al-Qur'ani . Kitab yang menceritakan tentang kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.
Bertemankan bekalan minda dari kalam ulama' dunia. Kitabku, cintaku...
Sudah seminggu saya menatap kitab itu, helaian demi helaian bertemankan kamus e-miftah. kredit untuk kamus e-miftah.
Bermula dengan mukaddimah yang memuatkan gaya pemikiran dan cara pengolahan maklumat yang tersusun serta disiplin ilmu yang dipakai oleh Dr. Solah saya amati sedalamnya. Kerana, saya menatap kitab beliau bukan sekadar untuk menghafal isinya, bahkan juga untuk mengetahui manhaj pemikirannya, agar selari apa yang saya simpulkan dengan apa yang beliau kehendaki.
Patah demi patah saya merangkak. Hikmah demi hikmah saya cedok. Segalnya berisi, segar dan bernas.
Menyentuh hati
Benarlah, Al-Quran itu mannual operating dari pemcipta manusia untuk manusia. Benarlah sebenarnya.
Membaca tentang kisah kejadian Adam a.s, saya benar-benar terkedu. Begitu juga dengan kisah-kisah lainnya.
Praktikal Insani
Teknik larangan Allah secara lembut dan hikmah kepada Adam dan isterinya, daripada memakan buah dari pokok Khuldi didatangkan dengan larangan mendekati pokok tersebut.
Dialog yang berusia ratusan ribu tahun itu masih praktikal secara manusia untuk diamalkan pada hari ini. Cukup senang untuk didengari dan diambil peringatan, hanya untuk yang punyai fikiran dan ingin mengambil iktibar. Cukup meyakinkan hati para pendakwah di jalan Allah.
Begitu juga dengan larangan zina yang turun pada syariat Muhammad, 1400 tahun dahulu, dengan metod yang sama, larangan mendekati zina. Itulah manhaj Qur'ani yang cukup mesra dengan amali manusiawi.
Seperti pernah ku dengari dari bibir ibu yang selalu menasihati, dari kalam murabbi yang amat penuh hikmah, juga dari nasihat teman-teman yang menyayangi.
MENUTUP JALAN = MENCEGAH = JALAN TAQWA
Mungkin inilah rumusan yang saya mampu sampaikan untuk tulisan kali ini. Bahawa, setiap perkara haram itu tidak terdiri dnegan haramnya secara mutlak semata-mata. Bahkan, jalan dan lorong yang boleh menjeruskan diri ke arah haram itu juga turut menjadi haram. Zina haram, maka jalan yang boleh membawa kepada zina adalah haram. Arak haram, maka jalan kepada arak juga haram.
Bagaimana kita..? Selesakah dengan jalan ini..? Andai tidak selesa dengan jalan selamat ini, tepuk dada, tanya iman...Apa khabar imanku hari ini..?
Teringat pesanan saya suatu ketika dahulu, yang pernah diperlekehkan. Namun tetap saya amalkan sampai sekarang sebagai benteng penjaga diri.
Berlapikkan kaedah penjenamaan Ummul Mukminin kepada isteri baginda. Saya mengambil IPanggilan yang meng'haram'kan, lebih selamat dari panggilan yang meng'halal'kan.
Kaedah penjenamaan diri, aku, saya, ana, akak, abang, ustaz, ustazah. dan sebagainya..pilihlah jalan yang paling selamat. Sesunggunya hati itu milik tuhan, pilihlah bekas yang terbaik demi menjamin kesegaran hati hingga sampai waktunya untuk diserahkan semula untuk dinilai pemiliknya nanti.
Ya Allah, perteguhkan kakiku untuk melangkah di atas jalan-Mu yang selamat ini...
Ya Allah, perteguhkan kakiku untuk melangkah di atas jalan-Mu yang selamat ini...
Subhanallah... Moga Allah sentiasa permudahkan jalan anak didikku ini =)
BalasPadamSentiasa teruja dgn petah2 enta, keep it up!
wasalm...adus...sifu menjenguk, malunya...apapun, moga doa sifu dikabulkan...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamaiwah..mudah2an terus thabat dalam membaca,mengkaji,mentelaah kitab,,pastu ajar kami plop,tumpang ilmu..penuh satu rak tu,,x pe,ada rak lagi..
BalasPadamsalam ziarah...
BalasPadamsekelumit cemburu melihat susunan kutub nta tu akhi...
ana ni, kitab fiqh al-mallah pun tak abis hadam lagi...
rak ana pun tak membesar macam nta lagi ni..
al-muhim, teruskan usaha nta di sana.. ana mendoakan kemudahan nta di sana..
@jottumah : aiwah..kitab nta jgk tu...
BalasPadam@ Farid Hadhari : Kitab banyak belum tentu ilmu banyak...baru belajar macamana nak pindahkan teori penulis kutub tu ke dalam kepala ana...baca mukaddimah kitab semestinya salah sau jalan...jd, kerja ana skg ni adalah membaca mukaddimah kitab...
tab'an, itu yang terbaik untuk prmulaan.. apa2pun, ana mendapat nasihat dari guru ana di sini, selusuri kitab yang kita ingin baca dengan panduan masyaikh yang ada...
BalasPadamana pun tengah mencari dengan sapa yang ana boleh mengadap baca kita ' bidayatul mujtahid' ini..
ana tunggu enta balik ngaja sini pulak..=)
@ Farid : Kalau untuk balik sebagai syeikh nta, pastinya ana x layak..namun untuk balik menuntut pengalaman dan pengajaran dari nta, itu semestinya...ulama' muda..
BalasPadam