P/S : Cerita ini cukup berkaitan dengan yang hidup, mahupun yang telah mati. Tujuan ianya diceritakan semula adalah untuk diambil iktibar oleh mereka yang masih hidup. Samada menghirup nafas dari oksigen bekalan Tropika di Khatulistiwa malahan yang menghirup udara di garisan ekstrim, Mediterranean. Iktibar yang baik adalah dengan membacanya dengan kaedah : Al-I'tibaar bi 'umuum al-lafz, laa bi khusuus al-Sabab...Terima Kasih.
Tepat jam 5.30 pagi. Jam surau berjenama Protime sumbangan ahli korporat berdecit-decit.
Azan berkumandang dari corong speaker TOA Model TC-650 M, buatan asli diimport dari negeri matahari terbit, Jepun. Jelas dan nyata. Menggerudi anak telinga yang masih nyenyak tidur. Ayam jantan Khatulistiwa pula sudah kering anak tengkuknya memanggil-manggil anak Adam ke masjid.
Namun, tentera syaitan yang berikrar dihadapan Allah, bahawa hidup dan matinya akan diwaqafkan untuk menyesatkan anak-anak Adam tidak akan lena. "Sejuk diluar sana, 27 darjah selsius...tidurlah.." Bisik anak murid Azazil.
Ya, Sejuuuuk...Lalu, selimut cotton cap Angsa yang berkerut di hujung kaki ditarik semula menutupi seluruh badan. Maka, nyenyaklah kembali. Bertepuk tangan dan 'bertakbirlah' tentera syaitan. Anak Adam ini tewas dengan bisikannya.
Anak Mediterranean
Tepat jam 11 malam, suhu sudah menjangkau 3 darjah selsius. Anak Mediterranean bersiap untuk melelapkan mata. Lampu dan pemanas udara dimatikan. Mata dipejam, ditekap pula dengan penutup mata kulit, mengelak dingin malam menggigit. Hampir sejam berhempas pulas dengan gigitan dingin malam, barulah anak matanya sudi dibawa beradu. Lantas nyenyaklah.
Pukul 3 pagi, azan subuh pula berkumandang. Mata baru dilelapkan tidak sampai 4 jam. Tiada ayam jantan yang menjadi loceng. Selimut setebal karpet dewan legar Hotel Sheraton di Zamzam Tower , Mekkah dicungkil-cungkil untuk diangkat. Selimut seberat 10 kilogram bukan sembarangan untuk dikalih ke tepi.
Suhu di luar rumah pula mencapai negatif. Pemanas air dinyalakan untuk bewuduk. Selesai wuduk, dilapkan tangan dan jari yang hampir kejang dan membeku itu.
Jaket tebal disarung ke badan sebagai benteng kelima selepas beberapa helai baju, singlet dan kemeja disarung. Stokin pula tiga lapis dikaki. Khuf yang dulu belajar sebagai teori bagi menghabiskan silibus Matan Ghayah, kini menjadi amali. Berkasut, membelah sunyi pagi yang bertemankan bayu sedingin freezer di pasar raya Tesco.
Wap air kelihatan setiap kali nafas terhembus keluar. Tangan disorokkan ke dalam jaket tebal, tengkuk disedut sependek mungkin dengan menjungkilkan bahu ke atas. Mengelak kesejukan. Kayuhan kaki terkadang melencong kerana gigilan semakin kuat lantaran kesejukan yang semakin menggigit.
Akhirnya tiba di Masjid. Sedikit haba dari 'aircond' memanaskan udara di ruang solat. Selesai solat, berfikir sepuluh kali untuk melangkahkan kaki semula ke rumah untuk bersiap sedia ke Universiti.
Pukul 7 pagi. Suhu masih terlalu sejuk. Yang seronok untuk dilayan adalah tidur dengan berbungkuskan 'karpet ruang legar Hotel Sheraton'. Namun, teringatkan bayaran yang tidak murah untuk ke bumi Syuhada' ini, kaki, mata dan seluruh anggota digagahkan untuk menahan sejuk, nafsu dan kerenah arab. Melangkah juga akhirnya ke dewan kuliah.
Anak Khatulistiwa
Wap air kelihatan setiap kali nafas terhembus keluar. Tangan disorokkan ke dalam jaket tebal, tengkuk disedut sependek mungkin dengan menjungkilkan bahu ke atas. Mengelak kesejukan. Kayuhan kaki terkadang melencong kerana gigilan semakin kuat lantaran kesejukan yang semakin menggigit.
Akhirnya tiba di Masjid. Sedikit haba dari 'aircond' memanaskan udara di ruang solat. Selesai solat, berfikir sepuluh kali untuk melangkahkan kaki semula ke rumah untuk bersiap sedia ke Universiti.
Pukul 7 pagi. Suhu masih terlalu sejuk. Yang seronok untuk dilayan adalah tidur dengan berbungkuskan 'karpet ruang legar Hotel Sheraton'. Namun, teringatkan bayaran yang tidak murah untuk ke bumi Syuhada' ini, kaki, mata dan seluruh anggota digagahkan untuk menahan sejuk, nafsu dan kerenah arab. Melangkah juga akhirnya ke dewan kuliah.
Anak Khatulistiwa
Matahari tergelincir ke barat. Bayang pula sudah memanjang ke timur. Azan berkumandang lagi. Hiruk-piruk kota masih dipuncak. Masing-masing anak kota mengejar dunia, seolah akhirat hilang nilaiannya.
"Ana baru habis kelas, nak salin baju dulu..kita jumpa di masjid lepas ni ye..insya Allah..." Insya Allahnya hanyalah sebagai tanda janji itu akan dinodai. Salin baju hanyalah alasan untuk melelapkan mata di katil empuk.
"Saya sibuk ni, kejap lagi la baru solat..tak makan lagi ni..kan kita baru je Lunch..." Akhirnya waktu Lunch tamat tanpa sempat menunaikan wajib Zuhur. Terus ke Office dek bimbang lewat lantas gaji terpotong.
Segelintir melayan kerenah anak matanya yang makin mengecil. Kelopak mata yang makin memberat. Sehingga wuduk zuhurnya masih basah saat ketika azan Asar berkumandang.
Usai Asar di garisan Khatulistiwa, makanan terhidang untuk disantap. Air tersedia untuk dihirup. Cuma pilihannya, apakah sebelum ke padang atau selepasnya. Meski itu bukan pilihan, daging kari, ayam merah, tomyam, Kuew Tiau Kungfu tersedia di kedai makan berhampiran. Pun begitu, masih ada dengusan yang tak enak di dengar berpunca dari makanan yang 'tak enak' dimakan. Menu, daging kari, sayur, sambal, kicap dan nasi tomato.
Segelintir melayan kerenah anak matanya yang makin mengecil. Kelopak mata yang makin memberat. Sehingga wuduk zuhurnya masih basah saat ketika azan Asar berkumandang.
Usai Asar di garisan Khatulistiwa, makanan terhidang untuk disantap. Air tersedia untuk dihirup. Cuma pilihannya, apakah sebelum ke padang atau selepasnya. Meski itu bukan pilihan, daging kari, ayam merah, tomyam, Kuew Tiau Kungfu tersedia di kedai makan berhampiran. Pun begitu, masih ada dengusan yang tak enak di dengar berpunca dari makanan yang 'tak enak' dimakan. Menu, daging kari, sayur, sambal, kicap dan nasi tomato.
Azan Maghrib berkumandang. Anak Khaulistiwa lebih enak menunaikan fardhu itu di surau-surau persendirian dari menunaikannya di masjid.
Isya' pula bertamu. Panasnya... Mana la kipas-kipas di masjid ni...? Kenapa la tak pasang aircond...? Baik la solat kat bilik. Setengahnya pula sedang menyantap nasi goreng pataya dan air oren dengan ais kurang.
Anak Mediterranean
Tepat jam 11 pagi, perut mula bertutur tanpa tatabahasa. Dr. Muhammad (bukan nama sebenar) masih masyuk mengulas dan menerangkan tajuk-tajuk yang masih berbaki.
11:20, azan Zuhur berkumandang. Usai kelas, bergegas pulang dan akan tiba di rumah tepat jam 12:30. Perut lapar, namun Solat harus diutamakan kerana bimbang azan Asar akan berkumandang setengah jam kemudia. Kurang benar khusyuk solat kami, anak Mediterranean.
Asar pula berkumandang. hanya sempat menjerang nasi sebelum ke masjid bersolat Asar secara jemaah. Balik dari solat Asar, pastinya tidak akan ada makanan yang siap terhidang. Manna dan Salwa tidak ditakdirkan untuk kami.
Kupas bawang dengan begitu 'sedih', air mata berjejeran tumpah. Hiris lada dan airnya pula terkena pipi. Panas sampai ke malam. Dan akhirnya, barulah hidangan tersedia dan kami menyantapnya dengan nikmat dan syukur. Menunya, hanya telur goreng dan sos tomata yang dicampur sedikit kicap dan lada. Alhamdulillah.
Belum sempat talam berlapik plastik, (demi menjimatkan air) disimpan, azan Maghrib berkumandang dan akan disusuli dengan Iqamah 5 minit selepasnya. Jam baru menunjukkan 4.30 petang ( baca malam )
Isya' selesai dikerjakan. Jam baru menunjukkan 6.20 malam. (petang?) Kelas tafaqquh yang tidak diwajibkan atau murajaah tanpa mursyid pasti mengundang jemu dan malas. Ambillah yang berkenan.
Makanan rutin Kami, Anak Mediterranean..Buatan sendiri...
Usai, kembali ke rumah untuk mengalas perut yang semakin berkeroncong dipukul dingin bayu dengan ulian gandum arab yang digoreng ( cekodok aka jjeput mmalah ) Sebelum membuka kitab yang fully berbahasa arab untuk persedian kuliah keesokannya. Nasib baik kamus e Miftah menjadi teman yang setia. Mengelilingi meja bulat dengan suhu ekstrim.Bersabarlah..Hanya untuk tiga tahun kita di sini.
Muraja'ah rutin setiap malam..Kalaulah anak Khatulistiwa juga begini....
Ya Allah, kuatkanlah anak Mediterranean untuk menghadapi dugaan ini...Tanamkanlah dalam jiwa mereka kesabaran yang tinggi..
Ya Allah, syukurkanlah anak Khatulistiwa dalam menikmati hikmat dan nikmat dari-Mu...
Tengok orang study kat luar negara dapat korek banyak pengalaman. Doakan ana sampai ke sana nanti.
BalasPadamMemang beza antara orang yang belajar untuk diri sendiri dan orang yang belajar dengan niat untuk disampaikan kepada orang lain.
BalasPadamYang satu, habis subjek rileks. Nak exam baru nak study. Jawab soalan pun kadang-kadang orang bagi. Janji ponter tinggi. Lepas exam confirm lupa lagi. Dah habis study nanti senang nak kerja makan gaji.
Yang satunya lagi, habis study buat ulang kaji kembali. Niatnya bukan study untuk exam tapi exam untuk study. Pointer hasil usaha sendiri. Habis study, tak pernah risau pasal rezeki. Sebab yakin rezeki allah yang bagi.
Wallahu ta'ala a'lam.
setuju ngn bait-bait bermadah abg rais...('',)
BalasPadamTo Hayyi, Hasbi dan Abg Rais..
BalasPadamBerkongsi adalah salah satu dari kewajipan yang telah ana tetapkan sbagai taklifat ke atas diri sendiri...Moga dapat menjadi insan yang memberi saham dalam memetakan semula syariat Allah di muka bumi...Ameen..Doakan semoga ianya ikhlas dan istiqamah..
Salam ziarah..dari bumi kinanah..hebatnya tadhiyyah anak mediterranean untuk bangun pagi..
BalasPadammemang susah nak bangun, lebih2 lagi suhu peti ais,kalau kat mesir,'karpet ruang legar Hotel Sheraton'ni dipanggil "saratoga".memang jadi kueh gulung lah kalau musim sejuk.Hanya mereka yg berjiwa kental je yg dapat bangun.
"kemudian datanglah setelah mereka, pengganti yang mengabaikan solat dan mengikuti keinginannya..." Surah Maryam : Ayat 59,
Saya rasa ayat ni sangat sesuai untuk anak khatulistiwa tadabbur..sungguh jauh perbezaan org dahulu & org skrg..kalau dibelek sejarah,mereka2 yg tersohor di mata masyarakat semuanya Qiamullail..skrg??selimut pun susah nk angkat,inikan pula qiamullail..
Bersabarlah kalian dalam menuntut ilmu..kalau skrg makan jemput,igtla org dulu..(ana pernah satu ketika makan kulit timun kerana takde duit. Kutib yang arab buang-ust nik zawawi-) waktu tu semua mata sahabat-sahabat berair. sedih sangat-sangat.jeput tu kira ok la lg..:)apa2 semoga tidak terpengaruh dengan suhu peti ais..mengajak manusia untuk jadi "kueh gulung"..
Tulisan yg menarik..nnt kelik malaysia bawak buku yg dikarang oleh :Hasanhusaini..:)..bleh ana tumpang bace..
@Ridzuan : misi melahirkan generasi pemimpin haruslah dimulakan dengan langkah sendiri yang memenuhi kriteria kepemimpinan yang telah digariskan oleh Allah dan Rasulnya dalam Al-Quran dan Hadith..Antar syarat kelayakannya adalah dengan memiiki ciri-ciri SOLEH...Allahummaj'alna min Al-Saalihin...
BalasPadamtruskan pjuangn di sana.. kmi di sni mnanti khadiran pjuang2 agma, al fateh ke2.. slm dr bumi barakah dq..
BalasPadam