Sabtu, 31 Oktober 2009

Ada Apa Pada Mu'tah

Kedatangan saya ke Mu'tah sememangnya mengundang pelbagai persepsi, tinggal lagi, untuk menukarkan negatif persepsi itu dan menerima positifnya sebagai tanda sayangnya mereka terhadap jasad ini. Saya cuba mengelak dari menjustifikasikan persepsi tersebut kepada baik dan buruk.

Abang-abang di Jordan terkedu, kenapa saya memilih Mu'tah sedangkan mendapat tawaran istimewa dari bandar Nabi, Madinah Al-Munawwarah.

Begitu juga abang-abang dan sahabat se'muqabalah' dari Madinah ditinggalkan dengan penuh persoalan, mengapa saya menolak tawaran berjiran dengan Rasulullah S.A.W?

Tak dilupakan sahabat-sahabat saya yang kebingungan dengan kenyataan-kenyataan saya yang 'pelik' di penghujung nafas di bumi semenanjung Melayu.

Sementelahan pula sanak saudara yang cukup (dibaca hanya) mengenali Madinah, amat pelik dan janggal bila diberitahu bahawa saya memilih Mu'tah yang sepi dari pengetahuan mereka.

Bukanlah tujuan saya 'mencipta' senario tersebut untuk mencari publisiti, tapi demi menjaga hati-hati banyak yang menyayangi diri ini. Saya berjauh diri dari melukai hati-hati mereka yang banyak membantu  diri ini meski sering kali bantuan itu tidak saya hargai.

Sehingga ke hari ini, jawapan kenapa ke Mu'tah masih digantung jauh di sudut hati saya. Saya masih belajar, mengkaji, merenung dan meneliti, bagaimana untuk memberi jawapan yang harmoni kepada semua yang sudi bertanya. Supaya kelak, yang menerima kehadiran saya tidak terlalu gembira dengan pilihan saya, dan yang terpaksa melepaskan pula tetap redha dan mendokong perjuangan saya.

Ada apa pada Mu'tah?

Tidak ada kurangnya Muta'h dan tidak ada lebihnya Madinah. Begitulah sebaliknya.

Faktor utama yang harus saya teliti adalah diri saya sendiri. Bukan tempat yang harus saya tuju. Dengan mengenali potensi diri, saya akan mengetahui, jalan mana yang sesuai untuk saya lalui demi mengukir diri ini agar menjadi bintang dalam masyarakat, andai tidak menyuluh, masih mampu memberi petunjuk meski dengan kerdipan halus di hujung penjuru bima sakti.

Seperti mana peperangan Mu'tah yang diatur penuh strategi, begitulah juga saya menyusun langkah dan strategi jihad ilmu saya. Memilih tapak pengajian tanpa mengenakan dengan sedikit kajian dan selidikan  untuk disesuaikan dengan diri sendiri pastilah ianya menjadi kebodohan yang mengundang sesalan.

Bukanlah Mu'tah kerana ramainya sahabat saya ke sini. Bahkan semasa memilih Mu'tah, saya hanya berseorangan memilihnya, barulah kemudiannya mendapat undian kedua tertinggi selepas bumi Kinanah, Mesir.

Bukanlah Mu'tah kerana diracuni Saifulislamisme. Saya hanya mengenalinya sebagai sifu dalam dakwah dan penulisan, bukan dunia pengajian. Meski gaya berfikir saya banyak berubah selepas mengenali susuk itu. Memilih untuk datang ke 'bumi' yang banyak 'menyeksa' susuk itu pasti bukan pilihan yang baik.

Saya juga tahu akan seksanya berada di sekeliling persekitaran yang kurang bersistem. Saya tahu akan sesaknya dada berhadapan dengan kerenah segelintir arab. Saya tahu akan betapa sengsaranya menggantung perut di sini dek kerana kewangan yang sempit. Saya juga sedar akan seksanya rakyat Malaysia dengan kurangnya air di dataran ini. Saya sedar, bahawa saya sedang meninggalkan ibu sendirian sepi.

Tidak dinafikan, jauh di sudut hati, ingin sekali menjadi jiran jasad mulia dan suci itu.

Namun, saya masih ke sini. Saya sedar akan mahalnya mahar yang saya bayar untuk menyambut sapaan mesra Saidina Ja'far At-Tayyar yang sungguh mengugat hati.

Inilah jalan yang akan saya lalui.

Di Medan Mu'tah, Dataran Syam yang pernah didoakan Nabi.

Doakan saya teguh di sini meski kita berbeza 'bumi. Moga saya terus disayangi meski memilih jalan sendiri.

p/s : Artikel ini ditulis sebulan yang lepas, diulang tayang semula atas sebab yang munasabah.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

10 ulasan:

  1. ana teringat pesan ust dalam cerita 'sang murabbi'

    bumi Allah ini luas, dimana tempat kita berada, di situlah medan dakwah kita...

    moga kita terus istiqamah dan diberi kekuatan oleh-Nya

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ya akhi al-habib.

    Ana sangat terharu dengan tindakan nekad anta menolak Madinah dan memilih Mu’tah. Istimewanya Mu’tah ialah ia seperti akar kayu yang semasa dijamah terlekat pahitnya, namun selepas lama bertahan, terserlah khasiatnya. tabahkan hati dan teruskan perjuangan.

    bertolong-tolonganlah antum ‘alal birr wat taqwa… ana mendoakan kalian semua dari jauh…

    BalasPadam
  3. salam alaik.wahai saudara seislam, semoga musafirmu menjadi sebuah musafir yang dikau idam-idamkan...ape yang penting,usahlah berputus asa dalam musafir sebagai seorang yang gilerkan ilmu di dunia ini. kullu 'aamin wa anta bikhair....asif 'ala kulli hal.teruskan perjuangan sebagai mujahid fil 'ilm wal da'wah.
    insan yang pernah mengenali saudara.

    BalasPadam
  4. salamualaik..
    tak kisah la di mana pun Bumi kita pijak untuk menuntut ilmu.. asalkan kita istiqamah dalam mencarinya.
    nta bertuah dpt juga merasai suasana blaja d Timur Tengah, w/pun Madinah n Mut'ah berbeza namun dpt jua mengutip pengalaman belaja di sana.
    أطلبوا العلم من المهد إلى اللحد
    ukhuwah fillah

    BalasPadam
  5. salamualaik..
    tak kisah la di mana pun Bumi kita pijak untuk menuntut ilmu.. asalkan kita istiqamah dalam mencarinya.
    nta bertuah dpt juga merasai suasana blaja d Timur Tengah, w/pun Madinah n Mut'ah berbeza namun dpt jua mengutip pengalaman belaja di sana.
    أطلبوا العلم من المهد إلى اللحد
    ukhuwah fillah

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum...

    Tahniah kerana berpeluang belajar di jordan..maaf, setakat ana tahu, pemilihan pelajar ke madinah adalah sangat terhad dan pemilihannya berdasarkan keputusan yang dibuat oleh pihak universiti Islam madinah.Maknanya tidak semua pelajar yang memohon akan diterima. Nta telah diterima salah seorang pelajar madinah dan tindakan nta menolak tawaran itu menyebabkan nta menafikan hak ribuan pelajar yang memohon ke universiti itu. kenapa awal - awal dulu mohon univ madinah? maaf, sekadar ingin tahu sebab saya salah seorang yg sangat bercita -cita nak bergelar pelajar madinah tapi belum kesampaian walaupun dah banyak kali saya interviem ke sana..minta penjelasan..tq

    BalasPadam
  7. salam akh, yang pertama, ana cukup susah untuk nak berinteraksi dengan orang yang ana tak kenal...anonymous..ana bimbang jawapan ana tak kena dengan konteks yang diperlukan...adalah lebih baik untuk akh perkenalkan nama, supaya jawapan ana dapat beri setepat yang mungkin...

    untuk jawapan tu, ana rasa cukup kalau anta baca dengan teliti, kenapa ana akhirnya memilih Mu'tah, bukan Madinah..Ia terpulang kepada bagaimana ana melihat kebaikan..dan kebaikan yang ana nampak di Mu'tahlah menyebabkan ana terpanggil ke sini.. Ana tak mampu nak justifikasi, mana yang lebih baik secara luaran..bimbang ada yang terasa hati..

    Satu lagi sebagai tambahan, hadith ke-1715 dalam Riyadh Al-Salihin, bermaksud,tidak salah untuk kita membatalkan SUMPAH, andai kita melihat ada kebaikan di sudut yang berlawanan dengan apa yng telah kita berSUMPAH...

    Moga nta tak marah ana, disebabkan ana menolak tawaran madinah...

    Anta tak ada rezeki ke Madinah, sebab temuduga nta tak berjawab, ana juga tak ada rezeki ke Madinah, untuk berjiran dengan Rasulullah, sebab ana nampak jalan kebaikan untuk ana di Mu'tah...

    Salam Ukhuwah fillah...Dari sahabat mu di Bumi Syuhada' Mu'tah...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum, akhy!

    Ana tak tau pula nta rupanya dapat ke Madinah tapi memilih ke Mu'tah. Lepas baca tulisan ni baru ana tau.

    Ana sendiri pernah beberapa kali cuba muqabalah dan murasalah untuk dapat belajar kat Universiti Islam Madinah tapi tak pernah dapat. :D Rancangan ana untuk menyambung pengajian ke Syiria selepas tamat di DQ juga tidak berjaya. Akhirnya ana kembali ke negara asal ana, menuntut ilmu di IAIN Sultan Taha Saifuddin , Jambi, Indonesia.

    Alhamdulillah, ana tak pernah menyesal dengan kembara hidup ana. Ana rasa nta pun sama macam tu juga. Akhy, tidak mengapa bagaimana pandangan manusia ke atas kita. Selama pilihan kita tidak menyalahi dan malah menepati nasihat ugama. Semoga nta dalam naungan rahmat dan ridha Allah sentiasa.

    Ana baru ni kat fb ada jumpa pesan bunyi macam ni:

    Tuliskan rancangan-rancanganmu dengan pensil kemudian serahkan pemadamnya kepada Allah. Izinkan Allah memadam bahagian-bahagian yang kurang tepat dan menggantinya dengan rancangan-Nya yang lebih baik. Kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Yang lebih baik untuk kita mungkin bukan seperti yang manusia sangka. Selalu ada hikmah di sebalik rancangan yang Allah siapkan khas untuk kita hamba-Nya.

    Wallahu ta'ala a'lam.

    Wassalamualaikum.

    BalasPadam
  9. Syukran tidak terhingga Kepada semua Anon, Ustaz Hasrizal, Abang Rais, Tuan Presiden MMPMJ- Us Syahrul...Terima kasih yang tidak terhingga..

    Us Hasrizal : Ananlogi us cukup cantik..
    Abg Rais : Kata-kata tu cukup menyentuh hati...

    BalasPadam
  10. Salam..Berkaca air mataku...Begitu keputusanmu tekad dan jitu...Kini baru ku tahu...Keinginanku utk ke Madinah itu...Smpai skrg x mmpu ku tuju...Kerana Allah sgalanya Amat Tahu...Aku x lyak sama sekali brtapak d c2...Insan pendosa penuh noda...Brbanding dirimu yg tulus dlm dalam taqwa...

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]