Jumaat, 30 Oktober 2009

Dari Mereka Saya Belajar

Saya punyai ramai teman, kawan, sahabat, junior dan senior melata di seluruh pelusuk dunia. Mereka yang pernah saya kenali dalam diari hidup saya di bumi Allah ini. Ada yang masih rapat sehingga hari ini. Ada yang sudah terputus hubungan. Ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata. Malah ada yang telah kembali ke sisi yang Esa.

Teman, sahabat dan kawan. Mereka banyak mengajar erti kehidupan kepada saya. Mereka yang saya kenal sepanjang saya bergelumang dalam dunia Al-Quran.

Sebulan saya di Jordan, semakin saya merindui kelibat mereka. Namun, apakan daya, mereka kini melata di muka bumi Allah, dan sedang sibuk menguruskan manusia, kerana mereka adalah Khalifah Allah.

Di Malaysia, Us Idris Yussuff kini tergalas dengan beberapa jawatan besar, menandakan betapa besarnya tanggungjawab beliau. Juga menjadi penanda aras bahawa besar jugalah ganjaran yang menanti beliau di sisi Allah.

Menjawat Presiden Ikatan Studi Islam UKM, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan di samping beberapa jawatan lain dalam MPPUKM bukanlah satu tugas yang ringan.

Us Dzulkhairi sebelumnya juga merupakan generasi Al-Quran dan merupakan Al-Hafiz lulusan MTAQ Pulai Chondong.

Us Abd Khalil, teman paling lama saya semenjak di MTDQ Repek kini menggalas tugas menjaga kebajikan 'agama' di UKM melalui Ikatan Studi Islam UKM, ISIUKM juga.

Saudara Iqbal pula kini di UIA, menjawat jawatan tertinggi di situ dan jawatan penting dalam organisasi GAMIS. Meski tidak terlalu rapat sewaktu di Darul Quran, saya cukup menyanjungi kesungguhan beliau. Adik saya Hamidi dan Muntaqim kini masing-masing mengepalai mahasiswa di UIA Nilai dan UIA PJ. Abd Malik juga sedang berkembang baik di UIA Nilai apabila berpeluang mengepalai IRK.

Dalam tak sedar, seorang senior juga dari Darul Quran yang banyak memprovok kami sewaktu Haluan Siswa di DQ juga kini menjadi orang kedua GAMIS. Ustazah Fasihah Fauzi cukup terkenal di Malaysia saat ini. Dulu menjawat Naib Yang Dipertua PERKEMAT DQ. Kini orang besar di GAMIS juga Universiti Malaya.

Kembali sebentar ke DQ, adik saya, Qutaibah kini gah bersama temannya yang lain memimpin Perkemat DQ dengan jayanya. Pelbagai pembaharuan dan pembaikan telah dibawa oleh generasi kepimpinan beliau. Perkemat DQ kini gah di Malaysia. Pembekal dan kilang modal kepemimpinan yang baik kepada ummat. Ameen.

Belum sempat saya menjelajah seluruh Malaysia, teringat pula pimpinan saya di Jordan. Us Syahrul Adnan, Presiden MPPM Jordan juga merupakan ahli Al-Quran, begitu juga Timbalan Presiden, Ustazah Nurul Ain dan Us Azraie yang merupakan Setiusaha Agung MPPM Jordan.

Minggu lepas saya ke Mafraq. Bertemu dengan Us Arif Azfar, mantan Presiden KMKJ, proksi anak Kelantan di Jordan. Pertemuan setelah terpisah hampir lima tahun pastinya satu kenangan yang cukup manis.

Kembara lagi menerobos hudud  Jordan ke Syria. Presiden PPMS, Us Hairul Faizal merupakan senior saya di Darul Quran. Begitu juga Setiausahanya Us Farid Faizul, Us Khalidi dan beberapa teman lain seperti Us Nasir dan beberapa lagi yang saya terlupa nama mereka, namun mereka adalah ahli Quran.

Sebelum meneruskan kembara, saya singgah sebentar di Bumi Kinanah, Mesir. Kiblat Ilmu dan pencari Ilmu. Di situ, saya dikhabarkan, ada beberapa orang senior dari Darul Quran yang menjawat beberapa jawatan penting di PMRAM, Mantiqah dan Persatuan Anak Negeri. Teringat adik saya, Us Nik Abdul Hayyi yang kini menjawat jawatan Bendahari Anak Kelantan, KPKM. Begitu juga jiran asrama saya di MTDQ Repek, Us Firdaus Mohd Muzi. Syabas, tahniah dan takziah.

Mengembara lagi ke Saudi, Presiden pelajar Malaysia Universiti Madinah, Us Azhar Abd Rahman juga dari kalangan Huffaz. Beliau pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Perkemat DQ suatu ketika dahulu. Teringat juga senda seorang teman, Us Fitri pula menjawat Presiden Pelajar Malaysia di Jamiah Riyadh. Tersenyum.

Apakah ini tandanya Generasi Al-Quran Yang Unik impian Syed Qutb kian hampir memimpin ummat..? Moga itulah natijahnya, dan inilah petanda baiknya.

Merekalah yang sentiasa tawaf di sekeliling saya dan saya malu terhadap mereka. Jasa, jerih payah dan titik peluh mereka telah tumpah di muka bumi ini. Pastinya akan menjadi saksi di hadapan Allah kelak untuk membela mereka. Maka semestinya saya perlu banyak belajar dari mereka yang hebat dan telah berjaya . 
 
Teringat satu kata-kata : "Menyerupai orang yang berjaya itu adalah satu kejayaan."

Menulis tentang teman-teman di kala terasa sendirian dalam pemikiran. Moga-moga ianya mampu menjadi pencetus kebangkitan semangat dan daya juang.

6 ulasan:

  1. salam ngoh,,perkongsian yang menarik,yolo ngoh oyak tu,,semuanya melata,berpijak di bumi nyata,mudah2an impian Syed Qutb suatu ketika dulu terlaksana,,dar muttaqin bloggers united(",)

    BalasPadam
  2. salam,masyallah,jilul quran itu sudah bertebaran ke seluruh dunia. lebih dari itu adalah masyarakat dunia menginginkan golongan huffaz memimpin organisasi. Agar quran itu menerangi alam ini.insya Allah.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, itulah dia generasi al-Quran yang bakal merealisasikan ciri-ciri khusus islam antaranya rabbaniyyah, syumuliah , 'alamiyah dan inqilabiyah...

    Doakan juga sahabt2 yang mungkin bakal terserlah kepimpinannya di ipt2 tempatan (dq_usim,uia,ukm,um,udm dan lain2 x disebutkan disini) yang saya kira ada ramai lagi menunggu2 giliran untuk menggegarkan lagi pentas perjuangan Mahasiswa.. (x ingat ayat quran tu)

    Moga kita semua Thabat di jalan ini..

    BalasPadam
  4. salam..mereka dah berjaya membuktikan bahawa perjanjian mereka telah ditunaikan...kita pula bila...?jangan pula sudah berjanji, kita hilang priority...lari, berdalih dan akhirnya lari dari janji...

    @ anonymous 2 : 23. Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)

    BalasPadam
  5. yup...

    syukran, surah apa ek?

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]