Sabtu, 24 Oktober 2009

Kembali

Lama benar tidak menulis. Lama benar tidak berkongsi. Bukan malas, bukan sibuk, bukan dah kecundang, namun hanya diri ini yang tahu, kenapa khabar minda ini semakin takut untuk terbit menjengah massa.

Mungkin alasan yang paling kukuh ialah, saya baru berpindah rumah. Darul Muttaqin yang baru sebulan diduduki ini masih belum berbekal dengan khidmat internet. Kukuh. (padahal, rumah saya di Kelantan juga tak berinternet.)

Khabar Dari Syam

Sudah hampir sebulan saya mengikuti sitem pengajian di Jordan, khususnya di Universiti Mu'tah. Sistem yang saya suka dan saya pilih. Suka kerana bagus dan pilih kerana perlu. Berkesan atau tidak, terpulang kepada bagaimana saya memanfaatkan kebaikan yang ada ini.

Banyak cerita yang terpaksa saya skip demi aulawiyyat yang lebih besar. Kisah Minggu Haluan Siswa, kisah kembara mencari rumah, kisah air, kisah coaster, kelas dan kembara ke Abdali, Mafraq dan sebagainya. Semuanya adalah kisah sampingan.

Pencerahan

Mengikuti pengajian aka muhadharah di sini cukup menenangkan. Kecuali perangai segelinti arab yang tandus adab dan akhlaq. Ruang perbincangan dibuka seluasnya. Lebih selesa kepada orang seperti saya yang amat tidak suka untuk dicucuk hidung.

Para pensyarah yang cukup alim dan pakar yang berkongsi pendapat dengan bakal alim ulama'. Begitu mungkin gambaran yang saya boleh bawakan untuk anda.

Identiti

Seperti yang selalu berlaku dan sentiasa saya lakukan ialah berhepotesis. Maka, sebelum datang ke Jordan, saya berkira-kira, apakah masalah yang akan timbul? Apakah yang bakal menjadi penghalang utama kepada bakal penuntut seperti saya di luar negara...?

Antara yang sempat saya senaraikan ialah berkaitan dengan identiti. Sejarah Turki atau lebih tepat, Khilafah Uthmaniyyah pernah dilanda krisis yang amat teruka lantaran dari masalah identiti yang timbul dari kalangan anak muda Utmaniyyah yang menuntut di Eropah. Anak muda Uthmaniyyah yang dihantar untuk mencuri teknologi eropah akhirnya menjadi peluru jarak jauh yang kembali memakan tuan apabila mereka balik membawa angin revolusi dari Eropah.

Maka, sedikit sebanyak, masalah itu akhirnya menjadi salah satu punca tumbangnya Uthmaniyyah dari peradaban agung Islam.

Dan Hepotesis itu seakan hampir terbukti apabila saya melihat gelagat segelintir teman-teman se-syariah saya di sini. Kecelaruan identiti yang berlaku memerlukan ubat segera sebelum ia menjadi barah apabila doktor-doktor ini balik untuk merawat ummat kelak.

Perbualan saya dengan seorang murabbi sebelum meninggalkan tanah nusantara memberi kesan yang amat berat dan berharga.

"Kalau nta nak ke Eropah, mungkin pesanan ana ringkas, dan mungkin ana tak perlu banyak berpesan, sebab nta dah ma'aruf dengan fasadnya Eropah dari sudut akidah, dan nta semestinya akan berhati-hati...namun bila nta menuju ke Tanah arab, pesanan ana menjadi sedikit panjang...", begitu mukaddimah perbualan kami di suatu malam.

Konklusi penting yang saya ingin kongsikan ialah, falsafah budaya kuning tafsiran beliau :

"Kalau dulu, kita bimbangkan pelajar yang ke Eopah, namun sekarang tidak, kita lebih bimbangkan pelajar yang ke Tanah Arab...mereka kebanyakkannya tersilap identiti...hilang jati diri, terkeliru dan akhirnya haru biru..Apa yang ada pada arab bukan semuanya baik, juga bukan semunya buruk. Bahkan ada yang pada arab itu lebih teruk dari apa yang ada pada barat. Itu yang payah untuk dihadapi dan dinilai oleh para pelajar di tanah arab. Akhirnya mereka tersilap cedok 'ramuan' dan balik ke Malaysia untuk 'memasak ramuan arab' di tanah melayu...hancur..."

Saya termenung lama untuk menyusun pemahaman secara optimum dari kata-kata guru tersebut. Dan kesimpulan yang saya mampu buat ialah, ramai di kalangan kita yang tersilap posisi..Penyelamat bertukar menjadi mereka yang perlu diselamatkan...Sedih dan sayu mengenangkan hakikat pedih ini.....

Baca Juga :

Huffaz : Perbetulkan Posisi Kita


4 ulasan:

  1. assalamualaikum...alhamdulillah ust masih mampu meluangkan masa dlm dakwah fi kitabah...ana cuma mampu untuk katakan bahawa iman seseorang 2 xdapat diwarisi.pe yg membezakan antara manusia adalah TAQWA.kata2 ni selalu lecture ana ingatkan dalm muhadharahnya.coz dy adalah org arab walau ngajar kami kat malaysia ni.

    BalasPadam
  2. Salam us,afwan ana mintak izin untuk amik sedikit bahagian petikan daripada post us ni sebab ana tak nk komen kat sini, ana komen dalam artikel ana, ada benda yang menarik hati ana dan berkaitan dengan post ana.Boleh ey?..ok

    BalasPadam
  3. @anonymous : benar, tp iman tu bertambah dgn ama soleh, dan 'hancur' dgn maksiat...siapa lagi yg lbh patut utk soleh kalau bukan golongan agama aka syariah...

    @fatimah m noor : alhamdulillah...silakan..moga dapat manfaat bersama...

    BalasPadam
  4. salam,,alhamdulillah,,abg ana ni kembali memblog,buleh la baca,pikir,renung n tenung utk diri ni,mcm duk jauh plak,,padahal satu umah je,DARUL MUTTAQIN,,Allahummaj'alna minal muttaqin.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]