"Giler ah...bangang betul budak-budak tu...siot la.."
"Woi, ko nak makan tak menatang ni, kalau ko tak nak, aku nak mentekedarah je semuanya..."
"Bodoh betul la ngko ni..aku pun nak pegi jugak, ko yang tak ajak..."
"Eleh, apa nak heran...memang mak bapak dia pun lebih kurang je bahlolnya.."
"Bapak giler laju driver tu bawak.."
TATABAHASA BARU
Saya berbangsa melayu. Bangsa timur yang terkenal dengan sifat santun, lemah lembut, bersopan dan bermacam akhlak mulia yang lain, kecuali terlalu pemalu dan pesimistik. Melayu yang masyhur dengan adab dan tatasusila. Sejarah yang berbicara membuktikan bahawa poses komunikasi masyarakt melayu pada zaman dahulu berlaku dalam keadaan yang cukup santun. Pantun dan seloka indah meniti di bibir masyarakat umum. Ganti nama yang merendah diri dan bersopan santun banyak dicatat, seperti, hamba dan tuan hamba dan sebagainya.
Masih belum pernah diajar sejak saya menghabiskan silibus pengajian bahasa melayu saya sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan lima, tentang bahasa yang tidak sedap didengar seperti yang ada sekarang.
Dialog di atas cukup sedikit jika dibandingkan dengan istilah dan tatabahasa baru yang timbul akhir-akhir ini. Bahasa yang tempang itu melambangkan tempangnya pemikiran dan jatidiri melayu pada hari ini.
Lebih menyedihkan, ada dikalangan mereka yang bertitle ahli agama juga masih tidak mampu untuk berhati-hati dalam perkara ini. Uruf yang tidak akan dilayan kerana ianya bersalahan dengan syariat.
من كان يؤمن بالله واليوم الاخر فليقل خيرا أو ليصمت
"sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkatan yang baik, ataupun diam."
Asasnya, kita disuruh oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W untuk menjaga lisan dari menuturkan perkataan yang buruk. Meninggalkan umpat, keji mengeji, kutuk mengutuk dan sebagainya.
Namun, saya ingin juga menukilkan satu lagi hadith yang lebih 'dalam' bagi menyokong hadith di atas.
انما بعثت لاتمم مكارم الاخلاق
"Sesungguhnya akau ini diutuskan untuk menympurnakan akhlak yang mulia"
Maka, termaklum dan maaruf di kalangan kita (harapnya), bahawa pertuturan yang baik, lemah lembut, bersopan santun adalh sebahagian dari akhlaq yang mulia.
Perhatikan pula nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya yang terakam dalam kitab suci :
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18) وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ إِنَّ أَنْكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ الْحَمِيرِ
Pesan datuk saya ketika saya masih kecil dan kenakalan saya sedang memuncak, :
"Nak buat salah, silakan. Namun, pastikan kamu sempat bertaubat...dan ingat, jangan sampai kesalahan itu kita terlupa bahawa ia adalah kesalahan akibat dari terbiasa melakukannya."
Andai masih ada yang tidak sedar akan kebiasaan yang menyedihkan ini, bahawa bahasa dan tuturmu tidak selunak yang digariskan oleh AL-Quran dan Sunnah, sedarlah, bahawa itulah tanda imanmu makin menipis. Taqwamu semakin tumpul, basirahmu semakin berkarat, dan hatimu makin zhulumat.
Sirnakanlah ianya dengan meninggalkan maksiat, mengerjakan ibadat, dan taatlah kepada tuhan yang juga pandai melaknat. Jangan hanya tenggelam dalam illusi dan strategi yang direka-reka. Kononnya dakwah itu perlu bervariasi, sedangkan asas dakwah itu kita tinggalkannya dibelakang.
Akhirnya, pesan murabbi agung abad ini, ayahanda Syeikh Abdullah Nasih Ulwan, :
“Anakku, jangan sibuk ingin memenangkan Islam dengan strategi semata-mata sedangkan basirahmu semakin menumpul & Ibadahmu semakin berkurang. Teladanilah Abdullah Bin Mubarak yang menggandingkan semangat jihadnya dengan ketaqwaan yang mutlaq kepada Allah. Bukankah AlBanna itu seorang yang sufi lagi haraki?”
Sesungguhnya berhalus dan berhati-hati dalam menuturkan kata serta beradat, beradab dan berbudaya itu adalah lambang muslimnya muslim, lambang mukminnya mukmin, dan ianya juga adalah lambang Taqwa.
Moga sayalah yang lebih dahulu mengamalkannya.
Moga sayalah yang lebih dahulu mengamalkannya.
salam..
BalasPadamBenar, penggunaan kata yang sopan dan berhikmah kian diperlekehkan sekarang, tidak kira siapa; tidak lepas bagi mereka yang bergelar ustaz..Nauzubillah..tepuk dada tanya iman!
Wallahu'alam
salam...tu la,,penggunaan perkataan ni jd macam kebiasaan,macam x dok ape2,,,kerana selalu sangat mengeluarkan kata2 ni,,jd biasa,,sama2 kita memperbaiki amalan kita..
BalasPadammoga sama-sama kita perbaiki kelemahan dan salin berpesan-pesan
BalasPadamkita betulkan apa yang biasa,
BalasPadamdan kita biasakan yang betul!
insyaAllah.
alhamdulillah..sambutan yang baik...namun, ana bimbang juga, andai ana yang menulis, tapi tak mampu mendahuluinya dari sudut praktikal...sama-samalah menegur dan menasihati...
BalasPadamSlm. Satu tulisan yg baik. Mohon izin utk di'publish'kan di blog ana. Syukran.
BalasPadam@ Nasrullah : Silakan...moga dapat manfaat bersama...
BalasPadamassalamualaikum..
BalasPadamnice n3.. betul tu, kadang2 bahasa yang digunakan oleh Melayu Muslim zaman sekarang dah semakin hilang sopan dan santunnya.
ayat-ayat contoh kat atas tu macam dah jadi biasa pulak.. biase buat mereka yang juga menggunakan kata-kata begitulah.. tp bagi mereka yang masih tahu jaga tutur kata, pastinya merasa kurang senang dengan bahasa sedemikian.
kadang2 bila terdengar ayat-ayat mcm tu, terkejut gakla.. nak2 kalau yg berkata tu perempuan.. alahai.. lagi2 hilang santun dan sifat lemah lembut.. sedih rase.. ntah dari manelah belajar, tak tahulah..
nk mintak izin untuk copy paste n3 ni kat blog saya ye.. penulisan saudara menarik, semoga ianya dapat disebarluaskan lagi bagi menyedarkan mereka yang mungkin masih blum sedar2 lagi..
shukran in advance.. baarakallahu fiik :)