Ahad, 17 Januari 2010

Resipi Hafalan

Saya memang suka memasak walaupun tak berapa pandai dan mahir. Tak pelik andai banyak andaian yang saya datangkan berkaitan dengan dunia dapur.

Resipi Nasi Kerabu.

Resipi Nasi Lemak.

Resipi Nasi Minyak.

FALSAFAH  RESIPI

"Assalamulaikum Mak, macam mana nak masak cili apa ye.. Hanif nak makan ayam masak cili api la mak..?" Se'pucuk' SMS dikirim ke kampung halaman dengan karakter yang tidak melebihi 160.
 
Dua minit kemudian, si ibu membalas dengan 480 karakter. Lengkap. Resipi untuk masakan cili api. Menekuni bait-bait yang tertulis di LCD Nokia E97nya menyebabkan Hanif tidak sabar untuk memasak lauk ayam masak cili api. Kecur air liur Hanif. Kalau boleh, HP Nokia N97 itu pun ingin dimakan, hasil 'lazatnya' resipi yang dikirim ibunya dari kampung.

Sabtu, 16 Januari 2010

Sun Eclipse l Jordan l Jumaat, 15 Jan 2010

"Dan matahari  beredar melalui orbit yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

Sejak seminggu yang lalu, saya bersedia dengan sedikit kelengkapan untuk menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah. Gerhana Matahari.

Melalui maklumat dari Ustaz Muktasyaf dan Ustazah Azma yang berpengalaman dalam bidang falak, saya diberitahu jangkaan berlakunya gerhana matahari di Mu'tah. Lebih kurang jam 8:00 pagi [waktu Jordan].


Sun Eclipse | Jordan | Friday l January 2010 

Dengan berbekalkan gajet yang terhad dan beberpa alatan DIY [do it yourself] saya merakamkan ratusan keping gambar dengan selang 30-80 saat. Sedikit masalah timbul apabila gambar yang dirakamkan agak over exposure, namun dengan bantuan gajet  Canon EOS 1000D yang mampu merakam imej dalam format RAW, saya berjaya mengatasi masalah tersebut.

Selasa, 12 Januari 2010

Resepi Masakan Ibu


Semalam saya bermimpi. Cerita mimpi biasanya khusus untuk empunya diri sahaja. Namun saya cuba untuk berkongsi mimpi saya kepada dunia. Bermimpi di katil, menerbangkan saya jauh ke kampung halaman di Kelantan, sedang saya masih di katil besi di Jordan. Berbungkuskan selimut tebal seberat 10KG.

Kebiasaan, andai ada sedikit duit lebihan, ibu akan memanjakan diri untuk tidak memasak. Pastinya nasi berlauk dari simpang tiga Nilam Puri menjadi pilihan. Nasi putih, Ikan Tongkol di gulai kunyit bersama sedikit timun dan sedikit sambal cili padi. Itulah menu istimewa kami. Ayah kebiasaannya akan disediakan dengan kopi pekat bersama dua bungkus nasi.

Andai saya 'merungut' tidak cukup, ibu pastinya akan memasak lauk yang sama, namun dengan kelazatan yang 10 kali ganda. Dan saya pula, akan makan nasi dengan pinggan kedua sedangkan pinggan pertama yang dibasuh masih belum kering. Alasannya, terlupa dah makan. Ibu pula pastinya tersenyum puas.

Itulah memori. Terbawa ke dalam mimpi.

Terjaga.

Jumaat, 8 Januari 2010

Misi Mencerap Musuh

Artikel ini merupakan artikel dalam -Misi Mengenal Musuh Islam- yang dimuatkan ke dalam Majalah Biro Penerbitan, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Jordan (PERMATA)

PENGENALAN DAN MUKADIMAH


Dunia hari ini kerap bergegar dengan teriakan menentang musuh yang ingin menghapuskan Islam. Laungan dan teriakan didengari di mana-mana. Namun begitu, saban hari juga, Islam dilihat semakin tersepit dan terhimpit. Ironisnya Islam hari ini baru sahaja diisytiharkan sebagai agama paling besar dengan penganutnya yang mempunyai populasi paling ramai di dunia.

Beberapa har selepas Islam dimartabatkan sebagai agama terbesar, seorang ahli parlimen Eropah menerbitkan filem fitna yang memberikan impak fitnah yang besar terhadap Islam. Sungguh memalukan, kita hanya mampu bertempik-tempik di jalanan lantas mengoyak dan memijak-mijak poster ahli parlimen tersebut dan membakar bendera negara beliau.

Sebelum itu, umat Islam dimalukan dengan pakej seksaan di Guantanamo Bay. Umat Islam dilanyak di Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand dan Filipina. Dua dekad yang lalu di Kemboja melalui tangan Pol Pot. Hampir seabad, umat Islam Palestin masih menunggu bantuan umat Islam yang diisytiharkan paling ramai.

Umat Islam hanya MAMPU berteriak di jalanan, membakar bendera, memboikot dan mengutip derma.

Apa kesudahannya…? Apa kesannya…?

Isnin, 4 Januari 2010

[Update] UBAH : Optimumkan Dakwah

Kurang sebulan yang lalu, saya menerima e mail dari pengirim yang tidak dikenali. Niatnya ikhlas, menegur saya dengan beberapa nasihat dan tunjuk ajar. Alhamdulillah. Segalanya saya terima dengan baik. Terutamanya, kelemahan yang cukup signifikan dengan diri saya, bahasa Inggeris.

Namun, perenggan sebelum terakhir mengungkapkan ayat yang saya rasa perlu diperbaiki.
Saya berpandangan, ustaz perlu bermuhasabah. Jangan pula tergolong dalam golongan yang dimurkai Allah. Ustaz mengeji yahudi, memerangi mereka, Namun, dalam masa yang sama, ustaz telah membantu Yahudi. Saya cukup mendapat kesedaran dari tulisan ustaz tentang keperluan untuk menentang yahudi. Namun, ia segera terpadam setelah melihat link ustaz kepada profile ustaz di Facebook!..Ustaz juga bersekongkol dengan Yahudi!
Saya sokong Yahudi...?

Kurang seminggu saya tiba di Jordan, saya membina akaun di laman sosial, Facebook. Persoalan KENAPA saya ber'facebook' telah saya selesaikan selepas melihat perilaku kebanyakan arab di pesisir Laut Mati tempoh hari.