Sabtu, 29 Ogos 2009

Mehnah Zaman Fitnah

Zaman ini tak bersempadan lagi. Segalanya telus, terus menerus. tanpa hijab. Andai dulu, untuk berhubung dengan rakan yang berada riban kilometer, kita hanya mampu mengirim surat, yang akan berbalas sebulan kemudia. Kini kita sudah mampu melihat dan bercakap dengannya melalui YM dan sidang video.

Alhamdulillah.

Segalanya mudah kepada kita.

Begitulah ibu saya diyakinkan tentang dekatnya anak lelakinya untuk disantuni, meski jasad saya bakal berada ribuan kilometer di tanah arab. ( Madinah @ Syam...?) Pedulikan.


Namun, jangan hanya dipandang pada sudut positif sahaja, kita akan tenggelam dalam arus ketidakpedulian terhadap ancaman yang juga datang berpakej dengan manfaat tadi.

Sekitar awal 2000, gelombang 'kerosakan' bermula dengan chatting. Cybercafe menjadi tumpuan anak-anak muda bersembang melalui maya. Implikasinya cukup mengejutkan. Malah ada yang akhirnya dinodai hasil dari chatting tersebut.

Selepas itu, timbul pula masalah pornografi. Serangan ini cepat menular ke sekolah-sekolah yang secara tidak langsung membantu ke arah kebejatan ini apabila menyediakan kemudahan komputer berinternet tanpa kawalan kepada para pelajar.

Namun, harus diingati bahwa, bukan hanya pemuda dan remaja sahaja yang tenggelam dalam arus pornografi bahkan juga para 'petua' yang rata-ratanya berpangkat ayah dan ibu malah datuk.

Sekali lagi gelombang kerosakan melanda.

Kini, hampir genap 10 tahun negara ini melalui zaman Millenium. Segala peralatan yang tersedia cukup canggih dan memudahakan para pengguna.

Saya kini kerap berurusniaga dengan bebutang keyboard, kad kecil bersaiz IC dan USB Broadband. Mudah dan cepat. Jarang lagi ke ATM untuk mengepam not-not merah malah hijau. Segalanya hampir boleh dicapai dengan hujung jari.

Andai dulu, gelombang kerosakan kecanggihan ICT ini hanya jelas kepada mereka yang 'kurang baik. Tidak lagi kini. Gelombang itu juga telah menghidu orang-orang baik, ustaz-ustaz, orang agama, politik dan sebagainya. Cuma konteksnya mungkin berbeza.

Almarhum Us Ismail Kamus

Saya menerima lebih 50 sms dan lebih 70 email. Berita kematian Us Ismail Kamus, penceramah terkenal di Malaysia. Sewaktu sms pertama bertandang, saya menyemak internet, mencari-cari pengesahan berita tersebut. Akhirnya terjumpa kenyataan keluarga Us Ismail Kamus yang menafikan perkara tersebut seawal tengah hari 27 September 2009.


Namun, berita itu tetap tersebar sehingga ke tengah hari 28 September 2009 dan ada juga yang bersudaha untuk menyebarkannya melalui saluran radio.

Dan hakikat yang sedih untuk diterima ialah, mereka 'orang baik-baik'.

Letih untuk memperbaiki semula keadaan itu. reply menanyak keabsahan, supaya si penghantar lebih beringat-ingat dan mengajar mereka tentang 'minda mengkaji dan menyelidik', bukan minda makan suap.

Itu baru kecil jika dibandingkan dengan penyalahgunaan QALAM yang amat berlaluasa sekarang ini.

Perompak maya, perogol maya, penipu maya, Penculik maya malah pembunuh maya.

Belum disenaraikan lagi fitnah dan propangan yang memecahbelahkan umat.

Candu itu telah tersebar, jangan pula kita yang menjadi pengedar!!

Maka hari ini, minda kita harus berubah untuk mendepani arus zaman yang kian mencabar. Minda harus berada dalam kelas pertama. Minda itu adala minda mengkaji dan menyelidik. Minda yang sentiasa berfikir dan meneliti. Bukan minda jahiliyyah yang hanya menerima apa yang disuap.

Bukankah firman Allah sentiasa mengajak kita mengkaji, menyelidik dan berfikir...?

Saya cuba menulis satu dua artikel, tetapi nyata sekali menulis tanpa hati dan perHATIan, sukar sekali. Maka ada baiknya saya praktikkan ingatan Nabi SAW:
“Tatkala menjelangnya Qiamat, (berlakulah beberapa perkara iaitu), orang memberi salam hanya kepada golongan tertentu atau kerana ada kepentingan tertentu sahaja, berleluasanya perniagaan hingga isteri (terpaksa) menolong suaminya dalam perniagaan itu, gejala memutuskan silaturahmi, kesaksian yang palsu dan penyembunyian kesaksian yang benar, serta tersebar luasnya pena (tulisan bahan bacaan)” [Hadith riwayat Ahmad]

hadith_falyasmut.JPG

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jangan nanti terjebak pada kejahatan lisan yang diterjemahkan oleh tangan, pada menyatakan perkara yang sia-sia, apatah lagi yang mengundang dosa.

“Apakah sesiapa dari kalanganmu sanggup memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati, sedangkan kamu amat membenci perlakuan itu?”
Saudara yang diumpat itu dianggap sebagai mayat kerana mayat tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya ketika disakiti. Begitulah perihalnya pada memperkatakan benda-benda yang tidak elok tentang seseorang di belakangnya.

Di alam internet, teknologi dan ICT yang serba mudah ini, berkatalah yang baik-baik, atau diam sahaja….Hanya iman yang menjadi pagar dan sempadannya, islam yang menjadi passportnya.

Dalam kesyukuran kita menyambut nikmat Allah berupa medium komunikasi dan penyebaran maklumat, hati berasa gundah dengan kebinasaan yang datang beriringan. Bertaqwalah kepada Allah, wahai penulis wahai pembaca…

Demi generasi masa depan, ubahlah minda kita.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

1 ulasan:

  1. susah tuh nak kate yg naik2 atau diam sahja..

    kalau tak kate bnd yg jaht pon, mesti akn kata bnd yg lagha..

    nastaghfirullah..

    sesame kita muhasabah dan islah diri..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]