Khamis, 27 Ogos 2009

Arak : Sedikit catatan

Dalam sehari, saya menerima lebih sepuluh panggilan dan sms, semuanya menanyakan komen saya tentang kes arak di Pahang.

Namun, imbalan dari pertanyaan itu, tak sempat saya tunaikan lantaran 'kesedihan' saya akibat dari kesedihan adinda saya Yusran yang kehilangan ayahandanya.


Saya meneliti semula kronologi kes tersebut serta meninjau-ninjau, apakah isu yang dimainkan oleh media, sehingga ramai junior-junior saya yang berada dalam bidang pengajian agama turut terkesan.

Tulisan 'pertanyaan' Tun Dr Mahathir mampu merencatkan aqidah.

Tulisan Norhayati Kaprawi di Malaysiakini juga mampu menggugat iman yang cetek.

Malah banyak lagi tulisan dari mereka yang tempang pegangan agamanya dari yang berfaham serong seperti sosialis, feminis dan athies. Semuanya menyakitkan hati bila menatapinya.

Sakit hati, masih bagus andai dibandingkan dengan sakit iman. Saya bimbangkan ada dikalangan pembaca yang terasa sakit imannya bila terbaca tulisan-tulisan tersebut. Saya tidak suka untuk menayangkan semua pautan di post ini, bimbang terjebak dalam usaha memudahkan sumber yang tak bagus itu dibaca lantas menjadi pembantu dalm merosakkan agama dan penganutnya.

Secara kesimpulan ringkas, kebanyakan penulis yang cuba mengambil tempat memberi pandangan tentang isu arak adalah yang mereka yang tidak cukup sifat untuk berbicara tentang hukum islam, apatah lagi untuk membahas dan mengkritik hukum tersebut.

Pandangan yang diberi jelas biasnya menampakkan bahawa mereka sekurang-kurangnya boleh tergolong dalam 'islam fobia'. Mungkin itu yang paling ringan.

Menyalahkan Islam yang dikatakan tidak adil, sedangkan masalah sebenar adalah sistem kehakiman dan perundangan di malaysia yang tempang dan cacat dari suluhan syariah yang menjadi punca.

Tun yang suatu ketika dahulu 'bergurau' dengan nada sinis menyindir hukum syariat.

Norhayati Kaprawi yang jelas perjuangan feminisnya dari SIS.

Justeru, merek bukanlah selayaknya cuba untuk mengkritik syariat dalam bentuk teks sekalipun, apatah lagi unutuk mengkritikinya dalam kerangka pelaksanaan.

Sebagai pencerahan, sila baca tulisan yang amat berkualiti dari penulis yang berautoriti, mentor saya :

Us Zaharuddin di sini.

Tuan Guru Presiden Pas di sini

Tulisan Dr. Asri Zainul Abidin di sini dan di sini

Moga bermanfaat untuk semua.

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]