Mendapat jemputan dari koordinator Annual General Meeting IQ rac pada pukul 2.30 petang nanti seolah tidak ada apa yang istimewa.
Seusai mengetuai solat Jumaat, saya segera menyalin pakaian yang sesuai untuk majlis tersebut. Jubah kelabu berkolar keras menjadi pilihan. Mengayuh basikal mantan YDP, laju ke arah tempat majlis berlangsung.
Segalanya berubah apabila kaki kananku melangkah masuk ke Audi yang mampu menampung seramai 400 orang itu, emosiku tiba-tiba mudah tesentuh melihat barisan perwakilan Iqrac kemas berada di kerusi masing –masing. Seorang demi seorang memberi laporan tugas yang telah dilaksanakan.
Sesi ucapan lebih meruntun hati. Permohonan ampun dari segala tanggungjawab yang tidak terlaksana dan nasihat kepada bakal pimpinan, ku dengari begitu syahdu. Pengumuman perwakilam baru yang sememangnya mendapat persetujuan khusus dari ku sendiri sebagai Penaung dirasakan seolah satu surperise.
Simbolik pelatakan jawatan begitu sayu, lebih sayau bila acara penyerahan tugas melalui simbolik ‘nametag’. Tiba-tiba air jernih mengalir… sahabat ditepi terkejut dengan reaksi ku, namun segera memahami keadaan.
Melihat pimpinan baru berikrar mengangkat sumpah sebagai pimpinan baru, berjanji dan berikrar dengan lafaz mulia, kenangan 30 November 2007 menjengah ku kembali..
Memori itu datang kembali..
Ya Allah, bantulah hamba mu ini untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama mu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]