Tanggal 7 Mac merupakan saat paling mendebarkan, apakan tidak, keesokannya adalah hari penentu arah kepimpinan Negara Malaysia. Di wilayah saya, sejak seminggu berlalu, solat hajat dan doa dipanjatkan agar tampuk kepimpinan dianugerahkan kepada yang sepatutnya.
Saya merancang bersama beberapa sahabat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya bakal menyumbang undi buat pertama kali dalam PRU ke-12. Sedikit kesedaran menyebabkan saya bertekad untuk pulang mengundi meski berada dalam ‘kemarau’ panjang.
Saya merancang bersama beberapa sahabat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya bakal menyumbang undi buat pertama kali dalam PRU ke-12. Sedikit kesedaran menyebabkan saya bertekad untuk pulang mengundi meski berada dalam ‘kemarau’ panjang.
Kelantan. Dinihari, lautan manusia yang menyedari kudrat yang terbatas berpusu-pusu membanjiri stadium Sultan Muhammad ke-4, bermunajat memohon pertolongan Yang Maha Kuasa. Lelehan air mata raja’ mereka bakal memadamkan api neraka. Sendu tangis bakal dihisab di mahsyar yang tidak apa parti kerajaan.
Selangor. Mengimami solat jumaat di Masjid mega dua tingkat itu, saya bawakan ayat-ayat politik yang menjadi panduan dan pegangan sejak kecil. Di akhir sembahyang, tangan dijulang tinggi, munajat memanjat doa memohon pertolongan kepada mereka yang berjuang di jalan yang betul. Qunut nazilah saya bacakan dengan telus dan tulus. Penuh khudu’ dan khusyu’ dengan nada merayu yang sedikit mendayu. Sahutan ta’min dari makmum bergema besar. Tiba-tiba, air jernih menerjah pipi tanpa permit sah. Terasa kekerdilan makhluk berdepan dengan zat tunggal. Selesai. Khatib memeluk erat sambil mengesat saki-baki air mata. Beberapa penyarah dan pegawai melemparkan pujian. Sahabat-sahabat memeluk, menyatakan sokongan terhadap apa yang saya lakukan.
Memulakan langkah kanan dengan memacu Produa Kancil EX660, mendaki Bukit Fraser sebagai jalan terdekat menuju negeri serambi Mekah. Kibaran kain hijauyang dipasang pada pintu belakang kereta meremangkan bulu roma.
Di tengah perjalanan, deretan kereta menayangkan logo masing-masing. Kekadang disambut takbir. Yang kerap, hilau ketawa dari makcik-maksik yang berpakaian sendat.
Menaikkan semangat saya apabila jarang-jarang kain hijau itu dikibar oleh kereta-kereta mewah berkaca gelap. Itu tandanya Islam telah didokong oleh golongan Korporat.
Melintasi sempadan negeri, diselekoh panjang, kami disambut dengan laungan takbir. Deretan jundi menyambut kepulangan anak muda didikan generasi pertama PASTI pulang untuk mempertahankan negerinya dari serangan musuh.
Sesampai dirumah, tika dinihari, saya berwuduk, bersolat 2 rakaat.
Berpagi, saya bersama ibunda ke pusat penentu. Melihat sahabat-sahabat nakal lama saya sedang berkhidmat tanpa gaji dibawah sinaran planet putih, saya sedikit terkedu. Hidayah lebih mudah menjenguk mutadh’afin.
Kertas-kertas yang telah saya pangkah disumbat perlahan ke dalam kotak lutsinar itu. Sempat memohon supaya islam berada di tempatnya. Tidak ada dakwat yang menjadi penanda di kuku. Nombor siri masih menjadi saksi pejuang yang istiqamah, mengundi bukan kerana gaji dan pangkat.
Terima kasih kepada ketua pemeriksa SPM, Ustaz dan Ustazah KAFA, mantan Timbalan Pengarah MSN, Pegawai kanan kerajaan, ketua jabatan, kerana mengundi untuk Islam.
2 CCTV kiri dan kanan menjadi saksi undi pertama yang saya yakin telah memberi sumbangan kepada kebangkitan semula Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]