"Program lagi..." terdengar rungutan dari seorang junior apabila dia terlihat poster yang terpampang di papan kenyataan asrama.
Sebenarnya, perkataan itu juga yang terdetik di hati saya bila menatap Planner berkulit keras 2 minggu yang lalu. Mungkin pada junior, mereka rasa terkongkong dengan program yang persatuan laksanakan. Bagi kami, program yan kami laksanakan ini juga telah mengongkong pergerakan kami, menjerut jadual harian kami. Namun, atas dasar kesedaran untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah serta memberi pengalaman berharga kepada bakal pendakwah yang akan terjun memperjuangkan Agama Allah.
Terus menjadi persoalan, mana mungin INTERFAME yang asasnya 'permainan' boleh menjadi wasilah tarbiyah. Bagi saya, memang. Namun, bagi mereka yang menafikan, maka saya berpesan agar merenung kembali, bagaimana niat mereka menyertai program? Cuba renung dengan jujur, apakah diri sendiri tak tertarbiyah dengan modul-modul yang telah terlaksana?
Menjawab kepada isu 'paksa' masuk program.
Memang lumrah seorang hamba, kita dipaksa sepanjang masa. Siapa yang minta untuk hidup? Namun kita dipaksa hidup. Dipaksa taat pada hukum Allah, ikut syariatNya, beribadat dan sebagainya. Tapi, perlu diingat, paksaan bukan setakat itu sahaja, Kita juga dipaksa dengan 'TAKLIFAT' yang banyak. Khalifah, Pendakwah, Muballigh, 'Abid. Justeru, program dan taklifat yang diberi memang paksaan dari PERSATUAN supaya ia menjadi satu wasilah tarbiyyah kepada diri dan individu yang ingin ditarbiyah.
Sahabat sekalian, apa yang saya rancang melalui program dan sebagainya pasri mempunya asas dan kebaikan. Kita semua bakal mendepani berbagai paksaan lagi. Semstinya paksaan yang lebih berat. Kalaulah dengan taklifat yang sekecil ini kita sudah memberontak, maka bagaimana dengan paksaaan yang lebih besar dalam dunia yang sebenar.
Memang pihak persatuan tidak dapat lari dari kekurangan. Tidak dapat memenuhi hasrat semua ahli. Namun, pihak kami telah mencuba sedaya yang mampu untuk menjalankan tanggungjawab mengikut kepentingan dan keperluan semasa.
Apapun, segala teguran dan nasihat serta pandangan dari rakan-rakan amat kami sanjungi.
Unite For Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]