Khamis, 13 Mac 2008

Tahniah Pelajar terbaik SPM....

Tahniah kepada adik dari SMKA Yan kedah yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM Malaysia selepas mendapat 21A pada SPM 2007. Anda memang betul-betul cemerlang. Namun saya terkilan, kenapa pada tahun lepas tidak ada pelajar terbaik..? apakah kerana segalnya menjadi politik dan dipolitikkan..?
Wahai kerajaan yang saya sayangi, politik bukan wang kehidupan. Tidak semua perkara perlu dibincang di meja politik. Lebih-lebih lagi perbincangan dalam bidang akademik yang menjadi teras pembangunan setiap negara, teras penting sebuah tamadun. pemerhatian dan sedikit penyelidikan yang saya jalankan dengan pembacaan dan 'perbualan', saya dapat melihat sedikit perubahan yang berlaku dalam dunia akademik di Malaysia. Bermula dengan pelantikan NC dan TNC di IPT di seluruh Malaysia, segalanya berbau politik. Lebih menyedihkan saya apabila pada pagi ini, diumumkan 'pelajar terbaik' SPM 2007, sedangkan jabatan dan kementerian yang sama pada tahun lepas tidak mahu mengumumkan dan tidak mengi'tiraf pelajar terbaik SPM 2006. Alasanya bermacam-macam, namun pada saya, apa yang menjadi halangan ialah, POLITIK. Siti Fatimah adalah pelajar Maahaad Muhammadi Lil Banat yang merupakan sebuah sekolah agama kelolaan Yayasan Islam kelantan.
Saya lebih sukakan 'sekularisme' dalam menentukan ahli akademik supaya ianya tidak lagi bergerak atas agenda politik yang bakal membantut serta menrendahkan taraf sebenar yang mampu dicapai oelh institusi kerana melantik yang 'bukan ahli'. Serahkan urusan akademik kepada orang akademik, serahkan urusan politik kepada orang politik.
Ambillah iktibar dari kejatuhan 'ranking' universiti di Malaysia yang sudah lagi tidak tersenarai dalam 200 universiti terbaik. Juga ambillah iktibar dari pelantikan Syeikhul Azhar yang sudah dinodai oleh ahli politik menyebabkan Azhar tercalar maruah Tamadun Ilmunya.
Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]