Mari menuju kejayaan. Menggapai wawasan 2020. Bermakna, hanya tinggal tidak lebih 12 tahun untuk mencapai ‘kemenangan’ hakiki kerajaan Malaysia.
Masa zaman kanak-kanak, saya sering digambarkan bahawa wawasan 2020 adalah zaman ‘robot’. Semua kereta boleh terbang, bukan lagi kapal terbang. Nak belajar, tak perlu pikul beg yang berat, tak perlu kayuh basikal usang itu lagi. Buka ‘buku’ di rumah, maka sesi pembelajaran akan bermula di alam maya. Kalau nak sesuatu perkara, niat je, gerenti sampai. Nak ayam KFC, pejam mata, niat. Bila buka, ayam KFC d depan mata.
Lalu saya menghitung, mungkin pada umur belasan atau awal 20 tahun, saya bakal melihat tempias pinggiran wawasan agung tersebut. Namun, kecewa sekali bila kini, umur saya sudah mencecah 22 tahun, saya masih lagi terpaksa menaiki bas untuk kemana-mana. Kalau moden sedikit, komuter dan LRT. Harapan untuk melihat kereta ‘terbang’ sia-sia dan hampa. Lantaran saban tahun syarikat kereta Negara berdepan dengan masalah yang tidak serik melawat. Kilang motosikal pula hanya pandai menukar kostum dan stiker sahaja. Kekadang mungkin blok selindernya diluaskan sedikit untuk menambah ccnya. Kecewa.
Melintasi sebuah bangunan usang yang masih istiqamah mempamerkan "wawasan 2020" terasa gelihati bercampur sayu. Begitu sekali mudah melayu ditipu.
Rupanya wawasan 2020 hanya angan-angan semata-mata. Nyata pemimpin ku itu hanya ingin meraih sokongan, lalu dihamparkan wawasan dengan hiasan angan=angan itu, terlenalah melayu dibuai mimpi. Sedang bangsa lain sibuk mencapai wawasan yang mereka bina sendiri. Justeru melayu semakin layu, sedang bangsa lain kian maju.
Ayuh kaum ku melayu, janganlah lagi kalian digelar mudah lupa. Kini wawasan kita bukan lagi 2020. Bahkan menjangkaui dunia kehidupan, melepasi zaman kematian. Itulah saat ketika kita bertemu tuhan. Kita meniggalkan segala wawasan, hanya membawa keimanan sebagai bekalan. Saat itu,tiada lagi kroni yang bakal membantu, menantu menjadi hantu. Perdana Menteri melarikan diri, dikejar rakyat sendiri lantaran tidak menunaikan janji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]