Bila pemimpin sudah kaya-raya, dari mana duit mereka? Dari mana kekayaan mereka? Gaji setakat RM 25 000 dapat membina rumah RM 1.6 j setelah kerja baru 4 tahun. Ada saham dalam syarikat besar? Ada perniagaan lain? Masakan perniagaan masih maju dan masih ada masa untuk menyelia sebuah syarikat sedangkan mereka pemimpin sebuah Negara. Sepatutnya mereka memerah 100% daya pemikiran mereka untuk mentadbir Negara supaya dapat mencapai sebagai sebuah Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah.
Lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang berhenti berkerja dan hanya menerima gaji dari baitulmal semta-mata untuk menumpukan perhatian kepada pemerintahan Negara islam Madinah yang hanya seluas tapak Masjid Nabawi hari ini.
Bila duit yang mereka perolehi dari punca yang haram, dengan menindas golongan lemah, merasuah, menyeleweng duit bantuan, merompak duit rakyat dengan cukai-cukai, mereka akan takut untuk berdepan dengan rakyat. Lalu terbinalah protokol, terjadilah prosedur yang menyusahkan rakyat bawahan untuk berjumpa dengan pemimpin ini. Tidak ada tujuan lain mereka meletakkan prosedur, syarat dan protokol melainkan untuk menyorokkan kesalahan mereka. Membisukan suara rakyat supaya tidak mendedahkan kesalahan mereka.
Dalam islam, tidak ada protokol dan prosedur yang meyusahkan. Agama itu senang. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat dapat berjumpa terus secara bersemuka dengan Rasulullah. Rakyat jelata dapat terus berurusan dengan khulafa’ ar Rasyidin. Tamadun sejati kemanusiaan sudah hilang. Semuanya disebabkan kerana pemimpin yang gilakan kekayaan dunia. Pemimpin yang gilakan harta kekayaan. Seperti kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya MUQADDIMAH.
Berbeza dengan pemimpin zaman kegemilangan islam. Pucuk pimpinan adalah orang yang paling miskin. Lihatlah dari sejarah, bagaimana Rasulullah sendiri pernah berbuka puasa dengan sesuku buah tamar kerana ketiadaan makanan. Bukan kerana semenanjung arab miskin, tapi kerana keadilan baginda dalam memerintah. Baginda tidak pernah memakan walupun setengah biji zarah harta rakyat. Lihat bagaimana seorang gabenor yang diutus oleh khalifah ke sebuah negeri. Lalu bila tiba musim zakat, nama gabenor itu berada di kedudukan paling atas senarai penerima zakat.
Khalifah zuhud, Umar Ibn Abdul Aziz. Bagaimana corak kepimpinannya sehingga pada zaman beliau, kemiskinan dapat dihapuskan semuanya. Tidak ada seorang pun dari rakyatnya yang layak menerima zakat. Baginda betul-betul amanah dalam menjalankan kerja pentadbiran. Harta kerajaan bukanlah untuk kepentingan sendiri. Pernah beliau memadamkan lilin dalam pejabatnya untuk menyahut panggilan dan menjawab pertanyaan anaknya.
Sangat jauh perbezaan dengan pemimpin pada zaman sekarang. Pemimpin Negara adalah orang paling kaya dalam Negara tersebut. Kalau tidak pun, ahli keluarganya menjadi kaya-raya. Menjadi tradisi, pemimpin akan menjadi kaya, dari serendah ADUN sehingga puncak pimpinan Negara. Hak kerajaan yang diberi untuk memudahkan kerja pentadbiran menjadi ‘milik’ peribadi mereka. Harta rakyat menjadi hak mereka. Mengumpul kekayaan semahunya dalam zaman pemerintahan, bimbang tidak berkesempatan pada penggal yang akan datang.
Pilihan Raya semakin hampir. Bahangnya sudah hangat terasa. Pilihlah yang betul-betul berwiabawa. Mampu membawa kebaikan kepada semua.
Ingat, undi anda bakal disoal diakhirat kelak. Jika undi itu tepat, pahala jawabnya, jika tidak, tentu anda tahu apa akibatnya. Tepuk dada, tanya iman..Pangkah BULAN> bulan purnama @ bulan sabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]