Isnin, 19 November 2007

ROKOK, ARAK DAN DADAH.. MANA BEZANYA?

Pernah satu malam, sambil menanti masuknya waktu ‘isya’, saya berbual-bual dengan seorang pakcik yang umurnya sudah mencecah 60-an. Ayat pertamanya kepada saya, “tengok tak berita semalam?


“Kenapa? Balas saya.


“Nik Aziz buat kempen haram rokok. Pelik sungguh, rokok yang makruh dikata haram. Tu dah kira mengubah hukum Allah? Tok ayah Sin (tok guru pondok Pasir Tumbuh) pon kata makruh, lagipun tidak ada dalil yang mengatakan rokok itu haram.” hujjahnya.


Saya tersenyum sinis. Kerana mahu menjaga keegoan, pakcik ini memburukkan nama seorang ulama’. Apa bezanya arak, dadah dan rokok. Semuanya haram. Semuanya memudharatkan. Kenapa arak dan dadah dia boleh terima, dan kenapa rokok nak dipertahankan pendapat makruh oleh ulama’ 500 tahun dahulu. Yang pada ketika itu, masih belum ada kajian tentang kandungan kimia rokok. Sekarang ini, saintis telah membuktikan rokok mengandungi tidak kurang dari 70 jenis kimia dan racun yang memudahratkan kesihatan.

Allah berfirman, “tanyalah kepada pakar, seandainya kamu tidak mengetahui”. Pakar kepada rokok adalah saintis, bukan tok guru pondok. Bukan untuk merendahkan martabat ulama’, tapi hakikatnya demikian. Sedangkan Nabi S.A.W menyerahkan urusan mengetuk debunga tamar kepada para sahabat kerana para sahabat pakar dalam bidang tersebut walaupun pada awalnya baginda melarang perbuatan tersebut.

Hujjahnya mengatkan bahawa Tok Guru mengubah hukum Allah. Memang pun. Ini bukan hukum Qat’ie. Boleh berubah ikut keadaan. Samalah macam haramnya makan gula bagi pesakit kencing manis kerana ia boleh membawa kemudharatan kepadanya pada masa itu. Akan tetapi, kalau sewaktu sihat, lain pula hukumnya. Kalau dulu rokok dihukum makruh kerana aromanya, bukan kerana kemudharatan yang ada padanya. tapi sekarang inikajin telah mendapati bahawa pada rokok itu terdapat bahaya. Kerana kemudharatan yang ada pada rokok itulah, ulama’ bersepakat menghukumnya haram. Firman Allah. “janganlah kamu mencampakkan diri kamu dengan tanganmu kedalam kebinasaan.” Kemudharatan yang ada pada rokok lebih banyak dari kebaikkan yang ada padanya. Kalau setakat nak hilang loya, hilang mengantuk, kebaikkan ini masih belum dapat menimbus kesan buruk rokok seperti kanser dan sebagainya.


Saya terbayang beginilah sikap masyarakat yang menolak kebenaran semata-mata ingin menjaga kepentingan dan menjaga kepentingan sendiri. Kerana nafsu, kebenaran dibuang sejauhnya. Kerana berbeza pandangan politik, anjuran, pandangan dan saranan yang baik dari pihak lawan dipandang sepi walaupun ianya amat bernas dan tepat dengan keadaan dan masanya. Kerana nafsu, keburukkan ditutup dengan kebaikkan yang direka-reka. Banyak lagi perkara yang dapat dikaitkan dengan peristiwa diatas.

Contohnya, pelaburan internet yang dipersetujui oleh ulama’ sedunia akan keharamannya, masih lagi dipertikaikan. Pinjaman riba PTPTN yang disepakati haram juga ditelan hidup-hidup. Yang terbaru di Malaysia, filem Evan Almighty yang mengisahkan cerita Nabi Nuh dalam versi jenaka dan menonjolkan rupa paras baginda serta menonjolakn Allah sebagai manusia biasa. Beberapa orang mufti yang lantang menyatakan kebenaran telah memfatwakan filem tersebut sebagai haram dan bakal merosakkan akidah rakyat Malaysia yang sememangnya sudah rapuh. Namun LPF yang bertanggung jawab masih lagi meluluskan filem tersebut untuk ditayangkan di Malaysia.

Peristiwa seperti ini juga berlaku beberapa tahun sudah di mana filem yang hampir serupa- Bruce Almighty- dibawa masuk untuk ditayangkan meski mendapat tentangan hebat dari mufti-mufti. Realiti masyarakat Islam di Malaysia, suara Mufti dan Ulama’ dijadikan bahan gelak ketawa. Bahkan pendapat artis yang entah dari mana itulah yang dipuja-puja dan dijadikan panduan. Budaya hedonisme menjadi raja dalam masyarakat. Untuk berseronok, mereka mengenepikan persoalan lain, termasuk soal Aqidah dan tauhid. Malah, jika ada yang melarang dari yang demikian, golongan ini dianggap sebagai ekstremis, pengacau, mengganggu ketenteraman awam. Bahkan ada penguatkuasa yang didakwa kerana menyerbu kelab-kelab malam.

Inilah apa yang dijanjikan oleh sebuah NEGARA ISLAM. Hak-hak islam ternafi. Kerja dan amal islam dipinggirkan, disekat dan paling kurang, dianaktirikan. Hukum-hakam islam dibuang jauh kerana dianggap tidak sesuai dengan zaman moden. Tapi yang pelik, bila gejala rogol berleluasa dan enakmen yang sedia ada tidak mampu membendung gejala tersebut. Lalu dicadangkan digubal enakmen baru yang memperuntukkan hukuman mati kepada perogol. Heh, lucu betul, islam telah mencadangkannya 1400 tahun lepas. Fikir-fikirkanlah

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]