Khamis, 1 November 2007

Burung ape..? Burung ape..? Vs Evan Almighty

Pertama kali melihat iklan yang ditaja oleh Syarikat Petroleum Nasional, (Petronas), hati saya deras tersentuh hingga air mata mengalir tumpah. Mungkin ia banyak memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakan-rakan yang berada di luar sana. Namun apa yang menjadi kesedihan ialah, ada pihak yang ingin mempertikaikan iklan yang begitu menyentuh jiwa raga masyarakat Malaysia ini. Perkara ini dibangkitkan di muka hadapan sebuah akhar tabloid tempatan. Terdapat segelintir dari kalangan rakya Malaysia sendiri yang mendakawa kononnya ia adalah hasil ciplak. Saya tak ingin untuk menyenaraikan siapa yang bertanggungjawab, cuku sekadar untuk kita membicarakn sikap segelintir yang masih lagi mementingkan keuntungan dan kelabaan tanpa memikirkan mesej kebaikkan yang menjadi agenda utama setiap iklan.
Inilah realiti yang berlaku di Malaysia. Segalanya adalah beradasarkan pangkat dan nama. Segalanya hipokrit semata-mata. Kalaulah soal keaslian, pengaruh dan populariti yang menjadi tajuk besar perbincangan, nyatalah ianya sekadar untuk mencari kemegahan dunia semata-mata. Inilah nilai dasar media yang ada di Negara kita. Soal kesan baik buruk terhadap masyarakat di ketepikan dari perbincangan asas, bahkan keuntungan yang menjadi teras.
Sepatutnya, media massa yang mempunyai peminat dan penonton paling ramai, iaitu televisyen, menjadi satu wadah terbaik dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Mereka seharusnya menjadi platform paling efektif dalam memberi pendedahan serta penghayatan ke arah budaya murni masyarakat ketimuran, lebih-lebih lagi kepada sebuah negara yang bergelar sebagai negara islam contoh.
Tapi menjadi suatu perkara yang amat malang bagi rakyat Malaysia amnya dan ummat islam khususnya apabila kebanyakkan penerbit hanya akan menerbit tayangankan cerita yang mampu membawa pulangan lumayan dari segi keduniaan meskipun terpaksa menggadaikan maruah bangsa , nilai murni norma ketimuran yang terkenal dengan sopan santun, meskipun filem-filem tersebut bakal membawa gejala negatif yang amat parah kepada masyarakat.
Ini jelas terbukti dengan sikap keras kepala pihak yang terlibat dalam meneruskan penayangan filem kontroversi di Malaysia, Evan Almighty, meski mendapat tentangan hebat dari golongan agamawan, Mufti-mufti serta ahli-ahli akademik yang mempunyai kesedaran sensitiviti terhadap kesan buruk filem tersebut. Filem ini seperti yang diketahui umum, bakal meruntuhkan aqidah pegangan umat islam di negara ini. Filem yang menonjolkan tuhan dalam bentuk berjirim dan menyerupai manusia ini bakal menyelewengkan pegangan agama yang sememangnya sudah lama rapuh, terutama di kalangan muda-mudi melayu yang hanya mengaku beragama islam.
Mengapa tidak filem ini yang menjadi tajuk perbahasan dan perdebatan hangat lantaran keburukkan yang jelas lagi nyata terpampang padanya. Atau ANDA telah menerima sogokan dari musuh islam supaya menayangkan filem ini di Malaysia dengan apa cara sekalipun…?
Inilah yang terjadi di Negara Islam contoh. Suara mufti menjadi bahan ejekan. Hedonisme menghantui masyarakat dalam segenap aspek kehidupan. Golongan pelapis yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa akan datang telah dirosak pemikiran dan daya intlektual mereka lantaran disogok dengan falsafah keseronokkan dunia yang tiada kunjung akhirnya itu secara tidak disedari.
Siapakah yang menjadi tangan pengubah kepada keadaan yang lebih baik…? Tentulah anda, wahai cerdik pandai yang berwibawa.. Anda masih belum terlambat untuk menetukan masa depan Negara kita terselamat. Dunia dan akhirat. Buktikannya.. suara rakyat, hakim Negara.

Membangun Bersama Islam.

-massa- 30 Okt 2007

2 ulasan:

  1. tersenyum membaca tulisan ini... tersenyum kerana gaya penulisan ustaz berbeza berbanding sekarang.. baynal ams wal yaum... bayna 2007 wa 2010... :)

    BalasPadam
  2. Thats why kenapa ana tak delete posting lama...pasti tersenyum bila diulang baca...

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]