Rabu, 13 Februari 2008

Patah belum tumbuh, hilang belum berganti



Tanggal 12 Februari menyaksikan dunia kehilangan seorang pejuang yang telah banyak memberi sumbangan bukan sahaja terhadap kaum muslim, bahkan terhadap dunia seluruhnya dan membuka mata dunia tetang kejahatan yahudi serta memberi kesedaran tetang kewajipan membela rakyat tertindas, Palestin. Itulah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Tokoh gerakan islam yang mempelopori gerakan islam seluruh dunia, Ikhwan Muslimin. Tokoh muda yang mempunyai jiwa reformis, mempunyai kesedaran dan bakat besar dalam usia yang amat muda. Bayangkan, pada usia seawal 20 tahun, beliau telah menubuhkan jemaah bersama rakan-rakan seperjuangannya.

Reformis muda ini sedar akan kepentingan kesatuan umat islam selepas kejatuhan Khilafah Islam setelah tumbangnya Empayar Islam, Turki Uthmaniyyah ke tangan mustafa Kamal Atartuk, bapa Sekularisme dunia.

Beliau telah mengorbankan sepenuh hidupnya untuk membela islam, termasuk dalam agendanya, membela umat islam di Palestin. usaha hampir berjaya untuk menumbangkan yahudi di Palestin. Begitu juga agendanya untuk 'menakluki' Mesir dari tangan thaghut dan setterusnya mengembalikan islam ke tempat tertniggi melalui satu manhaj yang disusunnya. Usrah.

Usrah merupakan platform untuk melahirkan individu muslim, seterusnya Bait muslim, mujtama' muslim, daulah muslim hingga akhirnya , Khilafah islamiyyah. Itulah pendekatan dan tajdid yang dibuat oleh Imam Hasan Al-Banna sehingga beliau dianggap sebagai mujaddid abad tersebut.


Ayat masyhur dari beliau apabila ditanya tentang apakah kitab yang telah beliau karang. Jawabnya, "kami tidak menyusun kitab,bahkan kami menyusun pemuda".


Ingin sekali saya menjejaki jalan perjuangan Mujahid ini.


Namun, fitrah pejuang kebenaran, pasti ada yang memusuhi. Pada tanggal 12 Februari 1949, beliau telah ditembak oleh ejen rahsia. Cerita pilu tidak terhenti di situ. Beliau tidak dibenarkan untuk dirawat ketika sampai di hospital. Dibiarkan dalam kesksaan yang teramat dahsyat sehingga beliau menghembuskan anfas terakhir. Janazah beliau hanya diuruskan oleh bapanya yang sudah uzur dari awal hingga ke proses pengkebumian.
Biodata ringkas Asy Syahid Imam Hassan Al-Banna:
Tarikh lahir: 14 oktober 1906
Tempat lahir: Mahmudiyah- sebuah Bandar kecil di daerah Bukhaira- 150km dari Barat Laut Bandar Kaherah.
Nama isteri: Fatimah( anak seorang tokoh yg dihormati di Ismailiyah- Al-Haj Hussain A-l Sali.
Bilangan cahaya mata: 6orang ( Perempuan :Sana, Wafa’, Raja’, Hajir dan Istisyad . Lelaki: Saiful Islam
Adik beradik: Anak pertama daripada 7orang adik beradik( dengan isteri ayah yang pertama) .Seorang lagi daripada isteri ayahnya yang kedua.
Nama bapa: Syeikh Ahmad Abdul Rahman Al-Banna (lepasan Al-Azhar, seangkatan dengan Syeikh Muhammadf ‘Abduh).
10 wasiat Imam Hassan Al-Banna:
Segera tunaikan solat
Sentiasa membaca al-quran
Berusaha bercakap dalam Bahasa Arab fushah
Jangan banyak berdebat sesama sendiri
Jangan banyak ketawa
Jangan banyak bergurau
Jangan mengangkat suara lebih daripada yang diperlukan oleh pendengar
Jangan mengumpat
Gigih berkenalan dengan orang yang ditemui
Sentiasa ingat bahawa kewajiban lebih banyak daripada waktu.

Sabtu, 9 Februari 2008

Seronoknya beraya Bersama



Tentu ramai yang tertanya-tanya, kenapa saya menulis tajuk hari raya pada musim Pilihanraya yang langsung tidak ada kaitan dengan sambutan hari raya. Cuba baca..


Hari Raya pasti meriah. Melihat siaran sambutan Tahun Baru Cina mengingatkan saya kepada 'Aidaini. Dua Hari Agnung Islam. Melihat berbilang kaum turut meraikan bersama, hati terasa begitu manis. Alangkah seronoknya beraya bersama.

Hari raya menjelma. Pasti seronok. Anak kecil menari riang bersama teman-teman. Muda remaja berhilai tawa bersam keluarga. Seronoknya beraya bersama. Tapi itu baru satu keluarga yang kecil. Bagaimana kalau satu keluarga besar yang bilangan ahli keluarganya mencecah seratus orang, beraya bersama, pasti bertambah meriahnya. Seronoknya terbayang sedemikian.
Tahun ini di Malaysia, semua negeri merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Anak-pinak dan saudara-mara yang berada jauh di kota pulang ke desa. Beraya bersama. Cuba bayangkan sekiranya tarih hari raya tak sama.

Begitulah juga halnya dunia islam. Kita masih lagi dipagari dengan tembok langit yang sebenarnya tidak pernah wujud dalam kamus tauhid. Kita umat islam adalah sama. Tidak ada perbezaan. Pasti lagi meriah dan lebih gembira jika seluruh dunia islam merayakan hari raya pada tarikh yang sama. Kalau satu Negara Malaysia merayakan hari raya bersama sudah dirasakan meriah, pasti lagi meriah jika seluruh dunia merayakan hari raya pada tarikh yang sama.



Namun ini semua hanya tinggal harapan dan angan-angan kosong seandainya dunia islam masih berpecah. Pipisahkan dengan sempadan yang sengaja dibina. Uammat islam tidak bersatu di bawah satu pemerintahan. Tidak wujud daulah islam. Umt islam tidak berada di bawah sistem khilafah. Tengoklah pada zaman Rasulullah, umat islam berada di bawah satu kahlifah yang memimpin. Umat islam terjamin. Pada hampir seratus tahun yang lalu, umat islam masih lagi berada dibawah sistem khalifah. Umat islam masih terbela. Namun kini, Sistem khalifah terakhir umat islam di Turki di hancurkan oleh Mustafa Kamal Atartuk sehingga menyabakan dunia islam berpecah. Umat islam lebih suka mengamalkan nasionalisme dari kesatuan aqidah. Lebih suka membela bangsa dari membela agama.



Menjadi kewajipan kita, golongan yang inginkan kebahagiaan untuk mengembalikan islam dibawah Pemerintahan Khilafah. Ayuh berjuang menegakkan kebenaran, menetang kemungkaran, menuju kebahagiaan. Tegakkan Khilafah, moga kita akan beraya bersama dalam satu keluarga Aqidah yang amat besar di bawah payungan Khilafah Islamiyyah. Takbir.

Bila Sudah Kaya...yang mana satu pilihan kalbu?


Bila pemimpin sudah kaya-raya, dari mana duit mereka? Dari mana kekayaan mereka? Gaji setakat RM 25 000 dapat membina rumah RM 1.6 j setelah kerja baru 4 tahun. Ada saham dalam syarikat besar? Ada perniagaan lain? Masakan perniagaan masih maju dan masih ada masa untuk menyelia sebuah syarikat sedangkan mereka pemimpin sebuah Negara. Sepatutnya mereka memerah 100% daya pemikiran mereka untuk mentadbir Negara supaya dapat mencapai sebagai sebuah Negara yang baik dan mendapat keampunan Allah.



Lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang berhenti berkerja dan hanya menerima gaji dari baitulmal semta-mata untuk menumpukan perhatian kepada pemerintahan Negara islam Madinah yang hanya seluas tapak Masjid Nabawi hari ini.



Bila duit yang mereka perolehi dari punca yang haram, dengan menindas golongan lemah, merasuah, menyeleweng duit bantuan, merompak duit rakyat dengan cukai-cukai, mereka akan takut untuk berdepan dengan rakyat. Lalu terbinalah protokol, terjadilah prosedur yang menyusahkan rakyat bawahan untuk berjumpa dengan pemimpin ini. Tidak ada tujuan lain mereka meletakkan prosedur, syarat dan protokol melainkan untuk menyorokkan kesalahan mereka. Membisukan suara rakyat supaya tidak mendedahkan kesalahan mereka.



Dalam islam, tidak ada protokol dan prosedur yang meyusahkan. Agama itu senang. Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat dapat berjumpa terus secara bersemuka dengan Rasulullah. Rakyat jelata dapat terus berurusan dengan khulafa’ ar Rasyidin. Tamadun sejati kemanusiaan sudah hilang. Semuanya disebabkan kerana pemimpin yang gilakan kekayaan dunia. Pemimpin yang gilakan harta kekayaan. Seperti kata Ibnu Khaldun dalam kitabnya MUQADDIMAH.



Berbeza dengan pemimpin zaman kegemilangan islam. Pucuk pimpinan adalah orang yang paling miskin. Lihatlah dari sejarah, bagaimana Rasulullah sendiri pernah berbuka puasa dengan sesuku buah tamar kerana ketiadaan makanan. Bukan kerana semenanjung arab miskin, tapi kerana keadilan baginda dalam memerintah. Baginda tidak pernah memakan walupun setengah biji zarah harta rakyat. Lihat bagaimana seorang gabenor yang diutus oleh khalifah ke sebuah negeri. Lalu bila tiba musim zakat, nama gabenor itu berada di kedudukan paling atas senarai penerima zakat.



Khalifah zuhud, Umar Ibn Abdul Aziz. Bagaimana corak kepimpinannya sehingga pada zaman beliau, kemiskinan dapat dihapuskan semuanya. Tidak ada seorang pun dari rakyatnya yang layak menerima zakat. Baginda betul-betul amanah dalam menjalankan kerja pentadbiran. Harta kerajaan bukanlah untuk kepentingan sendiri. Pernah beliau memadamkan lilin dalam pejabatnya untuk menyahut panggilan dan menjawab pertanyaan anaknya.



Sangat jauh perbezaan dengan pemimpin pada zaman sekarang. Pemimpin Negara adalah orang paling kaya dalam Negara tersebut. Kalau tidak pun, ahli keluarganya menjadi kaya-raya. Menjadi tradisi, pemimpin akan menjadi kaya, dari serendah ADUN sehingga puncak pimpinan Negara. Hak kerajaan yang diberi untuk memudahkan kerja pentadbiran menjadi ‘milik’ peribadi mereka. Harta rakyat menjadi hak mereka. Mengumpul kekayaan semahunya dalam zaman pemerintahan, bimbang tidak berkesempatan pada penggal yang akan datang.

Pilihan Raya semakin hampir. Bahangnya sudah hangat terasa. Pilihlah yang betul-betul berwiabawa. Mampu membawa kebaikan kepada semua.


Ingat, undi anda bakal disoal diakhirat kelak. Jika undi itu tepat, pahala jawabnya, jika tidak, tentu anda tahu apa akibatnya. Tepuk dada, tanya iman..Pangkah BULAN> bulan purnama @ bulan sabit.

Rindu Itu tiba-tiba...




Sedang asyik membelek-belek laptop jenama Compaq keluaran tahun 2004 yang kehilangan nyawa, “NTLDR IS MISSING”, saya mendapat mesej dari akh seperjuangan, “petang ni akan bermula kelas tafaqquh, talaqqi dengan Us Wan, pakai kitab Waraqat, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Syarah oleh Imam Jalaluddin Al-Mahalli. Sebuah kitab yang dianggap terbaik untuk mereka yang baru memulakan pengajian Usul Fiqh.

Yang menarik perhatian saya adalah perkataan yang sudah agak lama tidak saya dengari, tafaqquh dan talaqqi. Hampir 3 tahun perkataan itu tidak singgah di telinga saya, sejak masuk ke alam kolej, yang pengajiannya berteraskan diploma melalui sistem pembelajaran secara muqarrar, sukatan.

Teringat suasana semasa berada di ‘pondok’ Repek. Sistem pembelajaran talaqqi dan tafaqquh fulltime. Bayangkan kami belajar untuk sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM dengan cara tersebut. Setiap mukasurat diteliti habis-habisan. Kalau subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah tak kisah la. Tapi subjek sains dan sejarah serta perdagangan pun turut sama kena tempias Tafaqquh dan Talaqqi. Itu belum diceritakan pengajian dalam bab kitab-kitab kuning yang kekadang untuk menghabiskan satu muka surat mengambil masa sebulan seperti kitab Hikam , Ibn ‘Atha’illah.

Namun cara begitu mampu memberikan kejayaan kepada kami yang belajar untuk SPM hanya selama 10 bulan setelah meninggalakan matapelajaran akademik (Sains, Mate, Sejarah, B.Melayu dan B.Inggeris) sejak dari Tingkatan Satu.

Kebetulan semasa cuti hari tahun baru cina, saya sempat bersinggah melepaskan rindu di MTDQ Repek. Berjumpa dengan Ustaz-ustaz dan adik-adik, beramah mesra dan bertanyakan khabar, sedikit sebanyak menghilangkan kekusutan fikiran berada di luar. Melihat pelajar berjubah putih berarak dari asrama ke bangunan pengajian dengan membimbit kitab masing-masing. Hati teringat ketika dulu.
........................................
“kitab yang mana satu kita belajar hari ini? Hijau ke kuning?”
Itulah soalan yang selalu keluar dari mulut saya dan kawan-kawan bila bertanya tentang kitab yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Jarang yang menggunakan nama kitab. Lucu betul.

‘Menadah’ di hadapan tok guru memerlukan adab dan sopan yang tinggi. Tak boleh nak lentang lentok, garu sana, garu sini. Nanti tak pasal-pasal pen atau rotan dan sebagainya melayang tinggi. Semua diam membisu, samada fokus kepada pengajian atau tengelam dihanyut mimpi.
Bersila adalah kedudukan wajib. Tak boleh nak duduk cara lain. Apatah lagi nak main-main atau nak menggeliat. Kalau ada yang nak keluar ke tandas, mesti semua mata tertumpu kepada orang tersebut. Mana tidak, kebiasaannya, sebelum masuk kelas pengajian, kami akan persiap diri sepenuhnya. Pastikan tidak ada gangguan lain. Masuk tandas kalau perlu.

Pernah sekali semasa Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Marbu Al-Banjari Al-Makki bersinggah mengadakan sedikit sesi pengajian, ada seorang hamba Allah yang agak degil tidak men’silent’kan telefon bimbitnya setelah diberi taklimat oleh anak murid Syeikh, Ust Zaki Zam-Zam tentang adab-adab pengajian bersama Syeikh. Akibatnya sesi pengajian pada pagi itu dibatalkan. Semua hadirin tercengang.

Begitulah disiplin pengajian kitab turath yang berorientasikan talaqqi. Kesannya terbukti sehingga kini. Anak murid kelahiran sistem talaqqi adalah anak murid yang berkualiti. Ilmu di dada mereka tahan lama. Tidak seperti lulusan universiti yang 100% bersistemkan semester dengan pembelajaran secara sukatan atau muqarrar. Saya tidak menghukum semua graduan universiti sedemikian, masih ada dari mereka gundal-gundal yang hebat, namun yang sedemikian tadi terlalu ramai. Mungkin sistem pengajian kita perlu dikaji.
.....................................

Duduk dikerusi hadapan Us Wan, bulu roma tegak. Masakan kenangan bertalaqqi begitu manis, tersemat jauh di lubuk hati. Hari pertama pengajian hanya sempat disentuh tentang ta’rif dan faedah belajar usul Fiqh. Sebelumnya, diceritakan bagaimana indahnya dunia belajar di Syria. Suasana ilmu betul-betul hidup mekar. Syuyukh melata bersedia untuk mencurahkan ilmu kepada sesiapa yang mahu. Tidak memerlukan apa-apa ganjaran.
Masa sejam setengah bagaikan 10 minit. Segala lontaran kata-kata yang hinggap di teling adalah ilmu. Betullah, talaqqi itu adalah konduktor terbaik bagi ilmu pengetahuan.
Moga-moga usaha kami untuk mengembangkan pengajian talaqqi di bumi barakah ini berjaya dan mendapat ganjaran setimpal dari ALLAH S.W.T. Ameen.

Rabu, 6 Februari 2008

Terima Kasih Barisan Nasional


Cuti untuk hari raya cina bermula. Saya kini berada dalam perut bas Express Transnasional yang melenggang malas, dijana oleh enjin diesel 6 silinder berjenama Scania model 360 hp menuju kembali ke kampong halaman untuk meneruskan perjuangan. Menjadi kebiasaan bagi saya bila bermusafir atau dalam perjalanan, saya tidak berminat untuk berbual dan berborak seperti kawan-kawan yang lain. Bahkan saya lebih suka memerhati keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.
Melalui jalan berbukit dengan pemandangan yang menghijau memang menenangkan mata si pemandang. Menyejukan hati. Bukit-bukau yang masih belum ditarah dan digondol.
Memasuki lebuhraya, mata saya mula kuyu. Terasa bagai ditarik kelopak mata supaya dipejam rapat. Tambahan pula, kawasan sekeliling yang berdebu dek pembangunan kawasan baru. Melihat salah satu dari papan tanda yang besar berderet di tepi jalan tersebut, mata saya tiba-tiba menyegar. Tulisan itu betul-betul menaraiik perhatian saya.
“PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL”
Saya ingatkan, itulah satu-satunya papan tanda tertulis begitu, tapi meleset. Berpuluh papan tanda sedemikian. Bagus betul kerajaan Barisan Nasional. Mempeloperi projek-projek mega untuk kebahagiaan rakyat. Jarang-jarang terlihat slogan JKR, “jasa kepada rakyat”.
Saya pelik , termenung kehairanan. Sayup-sayup kedengaran deruman enjin meerah kuasa untuk mendaki sambil memotong kenderaan perlahan yang berada di sebelah kiri. Banyak betul jasa kerajaan BN, melebihi kerajaan Malaysia. Maknanya, banyak betul duit BN sampai boleh membiayai projek mega itu. Lagipun ini waktu untuk PRU. Banyak lagi duit yang perlu dilaburkan untuk jentera pilihanraya. Atau itu sekadar nama? Atau bagaimana?
Kalau itu betul-betul projek BN, memang banyak duit BN. Persoalannya, kenapa dana BN begitu kukuh dan banyak?
Kalau itu projek kerajaan Malaysia, kenapa dinamakan “Projek Barisan Nasional”. Dah la projek lebuhraya yang belum habis tempoh konsesinya. Kenapa zalim sangat. Duit kami rakyat biasa pun ada dalam kos pembinaan itu. Duit mamak yang tak mengundi pun ada. Duit Tok Guru pun ada. Duit ahli PAS, PKR pun ada. Kenapa BN sahaja yang dapat nama? Mana nama kami yang saban hari mambayar cukai dan tol-tol di lebuhraya. Atau projek tu langsung tidak menggunakan duit cukai dan duit tol kami? Maknanya guna duit kerajaan. Kenapa BN juga yang dapat nama? BN hanya parti pemerintah. Bukan kerajaan. Dalam projek kerajaan, duit yang digunakan adalah duit rakyat. Rakyat Malaysia bukan hanya pandai memangkah BN. Mereka ada pegangan da fahaman amsing-masing. Hormatlah sikit. Jangan jadikan projek sebagai agenda politik. Kalau di tulis projek KERAJAAN NEGARA MALAYSIA saya tak kisah.