Hari ini 11 02 2011
Lembaran sejarah dunia bertambah lagi. Semakin hari, semakin banyak sejarah tercipta.
Hari ini, di Dataran Merdeka, bandaraya Kaherah, 2 juta penduduk Mesir menunaikan solat Jumaat dengan satu imam.
Hari ini, Presiden ke-3 Republik Arab Mesir, Mohamed Hosni Sayyid Mubarak berundur, akur dengan kehendak rakyatnya. 3 dekad regimnya berkuasa, namun hari ini rakyat bersuara.
Hari ini, impian rakyat Mesir menjadi nyata. Suram Gaza kembali bercahaya.
Legasi kezaliman menurun pula kepada Anwar Sadat. Ramai Ulama' Ikhwan dibunuh dan dikurung. Munafiq Ikhwan ini akhirnya rebah dihujung senapang Khaled Islambouli pada hari kemerdekaan Mesir. Hosni Mubarak selaku timbalan presiden, sebagai saksi hidup pada kejadian itu, nyaris-nyaris terkencing.
8 hari kemudian, legasi Hosni memerintah. 3 dekad lamanya. Racun tidak endah, peluru tidak lut. Rupanya, FACEBOOK yang menjadi pelemah. Hosni tersungkur rebah di kaki rakyat Mesir pada tanggal 11 02 2011.
Kalaulah Hasan Al-Banna masih ada, dialah yang paling berhak untuk gembira.... Al-Fatihah.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Allahuakbar!!!!!!
BalasPadamSubhanallah.
BalasPadamAllahu Akbar!
subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahu akbar...
BalasPadamAllah~
BalasPadam