"Saufi, jom makan Quick Burger Syimali." Hamdi mengajak kawannya mengisi perut di selang masa kosong antara dua kuliah pengajian.
"Eh, tak apalah, ana dah tapau sandwich falafil dari Mat'am Sya'bi tadi." Saufi menolak pelawaan rakan baiknya. Duit poketnya harus ditapis sebaik mugkin. Masuknya jarang-jarang, maka keluarnya perlu kadang-kadang sahaja. Sandwich Falafil paling sesuai untuk yang punyai bajet kewangan setinggan seperti kebanyakan pelajar persendirian di luar negara.
"Awalnya kamu ke kelas?", Tanya Subhi. Hairan melihat teman serumahnya bergegas-gegas untuk ke Universiti. Jam baru pukul 7 pagi, sedangkan kuliah bermula jam 9 pagi.
"Ana nak tunaikan apa yang patut dulu. Baru tenang nak dengar kuliah." Firdaus tersenyum sumbing sebelum menghilang di celah daun pintu yang dikaut. Perutnya perlu dikosongkan segera. 'Jentolak' dalam perutnya sudah memulakan kerja 'membajak' sejak sebelum Subuh.
Berjimat di Luar Negara
Itulah masam manis berkelana di luar negara dengan tajaan FAMA (Father&Mother) ataupun tajaan MAS (Mak Ayah Support). Tidak seperti rakan-rakan lain yang mendapat rezeki tajaan JPA, MARA dan sebagainya.
Rutin kami kebiasaannya perlu diatur mengikut kesesuaian dan kemampuan, bukan ikut kemahuan. Kadang-kadang, keperluan digadaikan untuk memberi peluang kepada kewajipan. Itulah kisahnya apabila duit datang jarang-jarang, maka ianya perlu hanya keluar dari poket secara kadang-kadang.
Menjadualkan Pengeluaran
Air yang masuk ke tangki seminggu sekali hanya layak digunakan untuk membasuh pinggan mangkuk dan pakaian serta mandi wajib atau mandi sunat yang amat muakkad sahaja. Air yang berjumlah 2 meter padu untuk kegunaan 5 orang rakyat Malaysia yang setiap rumah ditanah air dilengkapi telaga yang membekalkan air percuma. Setiap titik air amat berharga. Malaysia tanah air, Jordan tanah pasir. Maka, air mineral berjumlah seliter setengah itu lebih mahal dari minyak petrol RON97.
Bagaimana? Banyak teknik yang berguna boleh dipraktikkan. Antaranya seperti yang diamalkan oleh Firdaus, buang air di Universiti. Tidak ada yang lucu untuk kami ketawa. Bayaran yuran wafidin tidak banyak untuk dimanfaatkan kepada perkara lain. Dewan untuk program masih perlu dibayar. Maka, kami beranggapan, yuran itu adalah untk kegunaan air di Universiti.
Air untuk minum harus dibeli. Air bernilai hampir RM 4 untuk 20 liter hanya mampu bertahan sehari setengah dengan 5 orang pengguna. Untuk membancuh air, kami hanya memanaskan air, bukannya memasakkan air. Kepanasan yang hanya untuk melarutkan kopi atau teh dan meleburkan gula. Jimat Gas.
Untuk memasak nasi pula, saya lebih suka untuk menggunakan beras usang siam yang nyata lebih murah dan keras. Fizikalnya yang kecil itu bakal mengembang sehingga 4 kali ganda. Namun, untuk sampai ke tahap itu, ianya memerlukan air yang banyak dan masa yang agak lama dari beras biasa. Maka, untuk menjamin penjimatan aktif, saya rendamkan beras tersebut terlebih dahulu selepas ianya dibasuh bersih. Beras yang lembut selepas direndam tidak akan memerlukan air dan masa yang lama untuk masak. Jimat gas lagi. Kontur nasi juga lebih lembut dan lebih besar. Enak.
Ayam RM 7 sekilo. Daging lembu RM 35 sekilo. Telur ayam RM 10 sesangkar untuk saiz B. Maka, perbanyakkan menu telur untuk menjamin penjimatan anda. Telur goreng mata kerbau. Telur dadar. Telur rebus. Telur pedas. Gulai Telur. Sup telur dan sebagainya. Hanya perlukan 5 biji telur untuk 5 orang, dengan kos RM 2 sahaja. Jimat.
Ops, tunggu, ada teknik tambahan. Tambahkan pula bawang sebanyak mungkin ke dalam telur dengan sedikit garam, kemudian dikacau sebati supaya ianya lebih kembang dan besar.
Masakan terhidang secara ala kadar. Tidak ada pinggan digunakan. Lauk, nasi dan kuah serta sayur mahupun sambal dilambakkan ke atas talam yang telah dilapikkan dengan safrah dari plastik. Jimat air untuk basuh pinggan mahupun talam. Hanya perlu membasuh tangan dan mulut selepas makan.
Atur Subjek Pengajian
Pada awal semester, kami pastinya pening kepala untuk menyusun jadual pengajian. Subjek perlu diatur dengan penuh strategi. SWOT khusus perlu dibuat. Semua subjek perlu disusun dengan rapi supaya tidak ada selang masa yang lama di antara dua kuliah. Susunan ini penting supaya penjimatan mampu dioptimumkan. Masa yang kosong di antara dua kuliah akan memberi peluang kepada sereblum untuk sedar bahawa perut anda sedang berkeroncong.
Masa itu juga akan mengingatkan kita untuk balik ke rumah. Ingat, tambang coaster semakin meningkat, ditambah pula dengan pemandu kerek yang tak mahu bayar baki 3 qirsy yang bersamaan dengan 15sen. Setiap sen itu cukup berharga pada kami. Satu sen melambangkan setitik keringat ibu dan ayah.
Teknik tambahan yang agak praktikal untuk dipraktikkan ialah dengan bayarkan tambang kawan-kawan sekali-sekala. Moga-moga, mereka akan membayarkan untuk kita 10 kali-20 kala. Bukankah kebaikan itu digandakan sepuluh?
Winter Oh Winter
Antara musim yang paling banyak memakan duit ialah musim sejuk. Musim sejuk biasanya bermula bulan 12 sehingga bulan 4. Udara yang amat sejuk pastinya memerlukan pakaian yang tebal dan berlapis-lapis. Maka, setiap minggu, bergandalah pakaian yang perlu dibasuh. Sabun juga berganda, begitu juga dengan air yang harganya hampir menyamai harga petrol.
Sejuk musim sejuk bukan sejuk sembarangan. Lebih sejuk dari berada dalam peti sejuk jenama LG. Rumah yang diduduki akan menjadi peti sejuk gergasi. Semua perkakas rumah akan menjadi sesejuk ais. Pisau, cawan, pinggan, pensel, kitab dan sebagainya. Udara yang lembap pula akan mudah merosakkan buku dan kitab. Maka, kebiasaannya, pemanas udara perlu dipasang selalu. Pemanas elektrik akan memakan belanja yang besar. Pemanas gasolin pula akan menghasilkan asap, bau busuk dan gas yang boleh memudaratkan kesihatan. Maka, pemanas gas akhirnya menjadi pilihan. Berapa harga setong gas di sini? Murah sahaja, RM 30.
Alternatif yang terbaik untuk menjimatkan wang adaah dengan memastikan masa anda berada di dalam selimut bulu lebih lama dari waktu anda berada di luar selimut bulu.
Seorang kawan saya pula memberi cadangan, rumah baru jangan dipasang langsir. Menjimatkan tenaga elektrik kerana boleh menumpang cahaya dari lampu jalan. Dia tersengih selepas memberi cadangan tersebut.
Setiap manusia perlu berhubung dan perlukan komunikasi. Topup di sini amat mahal. Kami perlu membayar RM 32 untuk mendapatkan nilai topup RM 25. Kadar SMS dan kadar panggilan pula adalah sama. 20 sen untuk seminit dan satu SMS. Kalaulah ada Unipax di sini.
Justeru, kami lebih selesa untuk berhubung hanya dengan Yahoo Messenger, Skype dan Facebook. Free.
Opss...saya tidak boleh ke udara terlalu lama. Nanti bil akan meningkat. Tambah lagi, petrol Jordan baru sahaja naik untuk kali kelapan dalam masa setahun. Jumpa lagi.
Justeru, kami lebih selesa untuk berhubung hanya dengan Yahoo Messenger, Skype dan Facebook. Free.
Opss...saya tidak boleh ke udara terlalu lama. Nanti bil akan meningkat. Tambah lagi, petrol Jordan baru sahaja naik untuk kali kelapan dalam masa setahun. Jumpa lagi.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
sedih pulak mmbacanyer.......
BalasPadamana tahun 3 baru tahu kewujudan quick burger disyimali...kiranya junior lagi advance la...
BalasPadamkami seru PM ubah cara hidup!!!
~~kuasa contoh~~
Cabaran anak muda..berharga tu..
BalasPadamouh, salam. samalah nasib kita..
BalasPadambila dah jadi mahasiswi ni , dah tak boleh nak tgok bnde2 klo shoping. sume kne bjimat.
dlu kt msia bolh la mak ade sebelah nak sapot..
hhuhu.. moga thabat dlm perjuangan. wa iyyak jamian :)