Jumaat, 4 Februari 2011

Izinkan Saya Khilaf Wahai Syeikh


Hari menjadi sejarah lagi. Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumu'ah mengambil langkah untuk menyekat kebangkitan dan memberi kepercayaan sekali lagi kepada penipu besar, Hosni Mubarak. [link] Akal saya tidak mampu menerima janji dari sang penjanji yang telah meleset janjinya sejak saya belum lahir. Syeikh, saya kenal Hosni sebagai penipu sejak saya masih janin dan saya kenal Al-Banna sebagai orang yang baik dan soleh.

Al-Fadhil Syeikh Ali Jumu'ah yang hormati, izinkan saya untuk tidak sependapat dengan tuan pada hari ini. Saya ingin menghulurkan tangan saya bersama dengan rakyat Mesir dan Palestin juga penduduk bumi ini yang cintakan kedamaian dan bencikan kezaliman.


Saya lebih selesa untuk khilaf dengan pendapat Syeikh Al Jumuah, dan lebih cenderung kepada pandangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. [Video]

Apalah sangat kerosakan pada hari ini dibandingkan kerosakan yang telah dibuat oleh Mubarak terhadap rakyat Mesir, Palestin dan dunia Islam.

Syeikh, sepatutnya Mubarak itu terlebih dahulu menerima teguran dari Syeikh sebaik sahaja Syeikh dilantik menjadi Mufti Mesir suatu ketika dahulu. Nasihati dahulu Mubarak tentang pendiriannya dengan Gaza dan Tel Aviv, bukannya sibuk dengan permasalahan khilaf ummat Islam yang tidak patut diperbincangkan oleh seorang yang bergelar mufti.

Syeikh, izinkan saya berdoa untuk rakyat Mesir terus kukuh menolak Mubarak dan izinkan juga saya mendoakan supaya Mubarak cepat berundur atau dia akan diundurkan Allah dengan wasilah rakyat Mesir.

Ya Allah, panjangkan umur Al-Qaradhawi.
Ya Allah, tetapkan Syeikh Ali di atas jalan yang benar.
Ya Allah, kukuhkan iman dan semangat rakyat Mesir.
Ya Allah, hancurkan penzalim, sama ada namanya Ben Ali, Mubarak, Ehud Barrak, atau Ben Razak.
Ya Allah, bantulah kami untuk membantu agamamu, sesungguhnya musuhmu amat kuat bagi kami yang amat lemah.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

3 ulasan:

  1. jika benar syeikh berpendapat begitu, saya juga sependapat dgn syeikh ihsan..

    BalasPadam
  2. akhi ustz ihsan,
    ana ade dengar bahawa ape yg kita maklum tentang syeikh ali juma'ah adalah satu fitnah ke atas syeikh.
    Rujuk video ni,

    http://www.youtube.com/watch?v=5XceijNRluc&feature=player_embedded

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]