Sabtu, 20 Mac 2010

Teman, Sahabat dan Guru

"Salam, minta abang senaraikan tokoh huffaz yang telah berjaya..."  Seorang junior saya menulis di YM.

Ini Jawapannya...Untuk anda dan saya renungi.
"Kembara hidup ini semakin pantas...tak mungkin masa itu dapatku pintas. Namun sepanjang perjalanan meniti masa itu, ku temui ramai insan yang menjadi guru dan teman. Terima kasih atas lorekan kenangan. Akanku abadikan selagi hayat dikandung badan!" [Kekanda Ridzuan Khalin]
Saya punyai ramai teman, kawan, sahabat, junior dan senior melata di seluruh pelusuk dunia. Mereka yang pernah saya kenali dalam diari hidup saya di bumi Allah ini. Ada yang masih rapat sehingga hari ini. Ada yang sudah terputus hubungan. Ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata. Malah ada yang telah kembali ke sisi yang Esa.

Teman, sahabat dan kawan. Mereka sebagai guru, mengajar erti kehidupan kepada saya.

Setengah tahun saya di Jordan, semakin saya merindui kelibat mereka. Namun, apakan daya, mereka kini melata di muka bumi Allah, dan sedang sibuk menguruskan manusia, kerana mereka adalah Khalifah Allah.

Di Malaysia, Us Idris Yussuff kini tergalas dengan beberapa jawatan besar, menandakan betapa besarnya tanggungjawab beliau. Juga menjadi penanda aras bahawa besar jugalah ganjaran yang menanti beliau di sisi Allah. Susuk kecil molek ini pernah memahat peribadi dan pemikiran saya suatu ketika dahulu.

Mengasah dan membentuk kami seusrah. GEGAR Al-Ruhul Jadid. Ingatan ini akan kekal ke syurga.

Mantan Presiden Ikatan Studi Islam UKM, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan di samping beberapa jawatan lain dalam MPPUKM bukanlah satu tugas yang ringan. Kini, jawatan beliau disandang oleh Us Nazri Tahir, anak bimbingan Us Idris sendiri.

Us Dzulkhairi sebelumnya juga merupakan generasi Al-Quran dan merupakan Al-Hafiz lulusan MTAQ Pulai Chondong.

Us Abd Khalil, teman paling lama saya semenjak di MTDQ Repek kini menggalas tugas menjaga kebajikan mahasiswa di UKM melalui Ikatan Studi Islam UKM, ISIUKM juga. Kini, menggalas tugas di Fakulti Pengajian Islam.

Saudara Iqbal pula kini di UIA, menjawat jawatan tertinggi di situ dan jawatan penting dalam organisasi GAMIS. Meski tidak terlalu rapat sewaktu di Darul Quran, saya cukup menyanjungi kesungguhan beliau. Adik saya Hamidi dan Muntaqim kini masing-masing mengepalai mahasiswa di UIA Nilai dan UIA PJ. Abd Malik juga sedang berkembang baik di UIA Nilai apabila berpeluang mengepalai IRK.

Dalam tak sedar, seorang senior juga dari Darul Quran yang banyak memprovok kami sewaktu Haluan Siswa di DQ juga kini menjadi orang kedua GAMIS. Ustazah Fasihah Fauzi cukup terkenal di Malaysia saat ini. Dulu menjawat Naib Yang Dipertua PERKEMAT DQ. Kini orang besar di GAMIS juga Universiti Malaya.

Dalam perjalanan ke USIM, singgah ke KUIS. Bahang kepimpinan Us Rashidi Al-Hafiz masih terasa. Haruman taman wangian Al-Quran.

Di Usim pula, Us Sahril, fasilitator saya sewaktu Haluan Siswa menjadi sebutan ramai.

Kembali sebentar ke DQ, adik saya, Qutaibah, kini diganti oleh Fakhrur Ridzuan gah bersama temannya yang lain memimpin Perkemat DQ dengan jayanya. Pelbagai pembaharuan dan pembaikan telah dibawa oleh generasi kepimpinan beliau. Perkemat DQ kini gah di Malaysia. Pembekal dan kilang modal kepemimpinan yang baik kepada ummat. Ameen.

Belum sempat saya menjelajah seluruh Malaysia, teringat pula pimpinan saya di Jordan. Us Syahrul Adnan, Presiden MPPM Jordan juga merupakan ahli Al-Quran, begitu juga Timbalan Presiden, Ustazah Nurul Ain dan Us Azraie yang merupakan Setiusaha Agung MPPM Jordan.

Di Mu'tah, mantan Presiden, Us Syaheed Nizar menjadi tumpuan. Kilauan permata Mu'tah ini bakal kembali ke Malaysia mengikuti jejak langkah cemerlang bapanya. Us Hadi Harun juga insan pemikul kalam Allah.

Minggu lepas saya ke Mafraq. Bertemu dengan Us Arif Azfar, mantan Presiden KMKJ, proksi anak Kelantan di Jordan. Pertemuan setelah terpisah hampir lima tahun pastinya satu kenangan yang cukup manis.

Bersinggah ke Irbid, nama-nama Ariff Hakimi, Danial, Fadzli, Firdaus Kadir, Afifuddin pastinya masyhur dan terkenal. Manusia yang hebat, sedang menyebarkan manfaat untuk sahabat dan umat.

Kembara lagi menerobos hudud  Jordan ke Syria. Mantan Presiden PPMS, Us Hairul Faizal merupakan senior saya di Darul Quran. Begitu juga Setiausahanya Us Farid Faizul, Us Khalidi dan beberapa teman lain seperti Us Nasir, Us Muslim dan beberapa lagi yang saya terlupa nama mereka, namun mereka adalah ahli Quran.

Sebelum meneruskan kembara, saya singgah sebentar di Bumi Kinanah, Mesir. Kiblat Ilmu dan pencari Ilmu. Di situ, saya dikhabarkan, ada beberapa orang senior dari Darul Quran yang menjawat beberapa jawatan penting di PMRAM, Mantiqah dan Persatuan Anak Negeri. Us Yusuf Siddiqi, Us  Abd Rahman Muhammad  pastinya dikenali ramai.
Teringat adik saya, Us Nik Abdul Hayyi yang kini menjawat jawatan Bendahari Anak Kelantan, KPKM. Begitu juga jiran asrama saya di MTDQ Repek, Us Firdaus Mohd Muzi. Syabas, tahniah dan takziah.

Mengembara lagi ke Saudi, Mantan Presiden pelajar Malaysia Universiti Madinah, Us Azhar Abd Rahman juga dari kalangan Huffaz. Beliau pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Perkemat DQ suatu ketika dahulu. Kini Us Asshik pula mengganti. Teringat juga senda seorang teman, Us Fitri pula menjawat Presiden Pelajar Malaysia di Jamiah Riyadh. Tersenyum.

Apakah ini tandanya Generasi Al-Quran Yang Unik impian Syed Qutb kian hampir memimpin ummat..? Moga itulah natijahnya, dan inilah petanda baiknya.

Merekalah yang sentiasa tawaf disekeliling saya dan saya malu terhadap mereka. Jasa, jerih payah dan titik peluh mereka telah tumpah dimuka bumi ini. Pastinya akan menjadi saksi dihadapan Allah kelak untuk membela mereka. Maka semestinya saya perlu banyak belajar dari mereka yang hebat dan telah berjaya . 
 
Teringat satu kata-kata : "Menyerupai orang yang berjaya itu adalah satu kejayaan."

Menulis tentang teman-teman di kala terasa sendirian dalam pemikiran. Moga-moga ianya mampu menjadi pencetus kebangkitan semangat dan daya juang.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.



6 ulasan:

  1. nak tambah ckit..kak aini salim sbg naib pengerusi pmram cwgan mansurah.. us amal sbg BP pmram...syeikh mujahid plak sbg calon BP pmram yg baru...
    "masing-masing punya kelebihan,maksimakan demi islam"

    dgr2 lagu teman sejati-brothers

    BalasPadam
  2. Salam.

    Ust pun tidak kurang hebatnya.

    Moga golongan huffaz sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya..

    BalasPadam
  3. ye...tahniah...tp jgn lpe juga pd golongan yg mmbawa kalamullah tp di'uji' lebih dr org2 biasa...semoga golongan minoriti ini senantiasa diberi peringatan agar xmnjd fitnah pd golongan hamlatul qur'an lain..wallahu'alam,,,,

    BalasPadam
  4. wah...sume nama yang abang sebut sumenye yang pegang jawatan besar2 sume..mmg hebat2 la =)

    patut la datang sini x nak singgah umah ana ye..xpe la...yg penting kamus e-miftah sampai irbid..hehe (^_*)

    BalasPadam
  5. @ tanpa nama 1 : terima kasih atas tambahan maklumat

    @ Aisyah Jauharah : Point utama yg ana nak sebut dalam artikel ini adalah untuk menonjolkan MANFAAT huffaz, bukan HAFALAN huffaz..

    @pendidik hati : Nama nta pon tersenarai..maksudnya nta salah sorg org hebat tu...nnt ana singgah umah nta ye...nak belajar banyak dr nta..

    BalasPadam
  6. aih... camne tetibe boleh ade? mushkil2.. ana x terime rasuah Abang Ehsan..hehe

    xpe abang.. dlm berjuang nama tu x penting..yang penting adalah manfaat kepada manusia.. macam abang.. walau baru sekejap duduk jordan...tapi abang dah bg banyak manfaat kepada org lain.. rasa kagum sgt kat abang.. =)

    apapun.. selamat menhadapi imtihan awal buat abang dan abang2 ana yang lain di Mutah.. semoga kite semua beroleh kejayaan didunia dan akhirat.. ameen

    p/s : doakan utk ana gak ye =)

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]