Boikot barangan Sweden !
Boikot Barangan Sweden !
Apa barangan Sweden...? 30% dari enjin kenderaan berat di Malaysia dari Sweden. Scania menjuarai senarai enjin terbaik. Bas-bas kerajaan menggunakannya. Bas-bas ekspres juga tak ketinggalan. Lori dan tak pengangkutan juga begitu.
Boikotlah.
2008 masih segar mencatat akhbar Denmark menyiarkan karikatur Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam. Aksi yang menimbulkan reaksi kemarahn umat Islam seluruh dunia. Dari negeri matahari tebit sehingga negeri matahari tenggelam, Umat Islam bangkit menunjuk perasaan, menghantar memorandum, piket dan sebagainya. Akhirnya, setelah sebulan berlalu, suasana menjadi sejuk.
Lars Vilks Pelukis Karikatur
Hari ini, Dewan Rakyat digegarkan dengan ulasan usul yang dikaitkan dengan penghinaan umat Islam di seluruh dunia hasil dari perbuatan akhbar Sweden itu.
Kecaman, amaran, ugutan kini didengari seluruh dunia. Ajakan untuk turun ke jalanan menunjuk perasaan juga telah tersebar. Group di laman maya juga telah tertubuh untuk menunjukkan bantahan dan protes.
Saya termenung. Menoleh sebentar ke belakang. Kalaulah Sayidina Hamzah masih hidup. Kalaulah Sayidina Umar masih berada di sini.
Bagaimana Kualiti mereka...?
Umar menyayangi Rasul dengan sepenuh hati. Bukan separuh-separuh. Baginda Umar sewaktu menjadi Khalifah selalu berjaga malam, menjaga kebajikan rakyatnya. Umar yang pipinya ada jalur hitam hasil dari aliran air mata tangisan takutnya pada Allah.
Bagaimana dengan kita dan pemimpina kita pada hari ini...?
Sayangkan Nabi dengan menganjurkan Maulud membantah karikatur. Namun menghina baginda dengan meninggalkan ajarannya. Kelahiran disambut, ajaran dan dakwah baginda dibenci.
Semacam Umar bin Hisham Bukan Umar bin Al-Khattab.
MANA KESANNYA?
Bukan sekali Muslim berpiket. Bukan dua kali Muslim menunjuk perasaan. Bukan tiga kali Muslim menghantar bantahan. bukan empat kali Muslim memboikot. Namun, Muslim dihina berkali-kali. Muslim dipijak puluhan kali. Muslim diperkotak-katik ratusan kali.
Bagai buih. Itu gambaran yang diberikan oleh baginda Muhammad sallallahualaihiwasallam 1400 tahun yang lalu. Umat Islam bagaikan buih, Banyak, namun tak bermanfaat. Tak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain. Tidak ada kesatuan yang utuh dan kukuh.
Boikotlah. Berpiketlah. Beraraklah. Tulislah memorandum. Andai kualiti Hamzah dan kualiti Umar tidak ada pada umat Islam, selagi itu Islam dan Muslim akan terus menerus dihina. Andai kualiti generasi sahabat tidak ditanam dalam diri Muslim Millenium ini umumnya, dan Muslim One Malaysia khasnya, tunggulah untuk Muslim dihina lagi sejurus kita selesai dan letih memboikot.
Dan ingatlah, kita diajar untuk memerangi mereka yang menghina Rasulullah. Jangan hanya memerangi mereka yang melukis karikatur, dalam masa yang sama memeluk mereka yang mengaku sayangkan Rasulullah, namun mengejek ajaran Rasulullah !!
Saya kehilangan humor untuk menulis panjang. Berhneti dulu sebelum tangan mendahului akal.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]