"Ana dah confirmkan nama nta kepada pihak penganjur. Maksudnya, nta memang akan menjadi wakil MPPMJ ke Syria sebagai panel wacana anjuran PPMS" Mesej ringkas dari Presiden MPPMJ, Us Shahrul Adnan hinggap di HP saya.
Saya menjenguk Hayyi dan Syaukani, bertanyakan kesudian mereka untuk menemani saya ke Dimasyq. Cerita adik bongsu GEGAR pasti menarik perhatian mereka.
Hasrat untuk membalas kunjungan agung Azan ke Jordan ditanam sejak September 2009. Cuti akhir semester pertama dipenuhi tugas untuk PERTAMA ke-4.
Azan yang sentiasa menjadi Inspirasi
Seminggu yang lepas, saya berkira-kira, bilkah akan ada peluang untuk saya 'terbang' sebentar ke Dimasyq, memenuhi janji yang belum terlaksana. Maka, hari ini peluang itu datang ke riba. Pastinya peluang itu tak akan saya tolak.
Namun terfikir satu perkara. Berganding sepentas bersama pimpinan Gergasi PMRAM dan PPMS. Layakkah aku...?
Akhirnya, tepat jam 9:02 malam, saya menjejakkan kaki ke Bumi Dimasyq, Nahar Aishah. Di sambut mesra oleh Azan. Kami berpelukan seketika sebelum menumpang teksi ke Jazmatiyah, Lorong Suuq Halawiyyat tempat Azan berteduh.
WACANA PERDANA
Berwacana bersama Us Hairul Faizal, (mantan Presiden PPMS) dan Us Mujahid, (felo Manhal PMRAM) menjadikan saya cukup kerdil berada dicelah dua gunung. Busut muda seperti saya pastinya gugup menyusun bicara. Namun ianya cukup menjadi pengajaran dan pengalaman yang sangat berharga.
Us Muslim [moderator], Saya, Us Faizal [Syria] dan Us Mujahid [Mesir]
Berbicara tentang, Mahasiswa, Akdemik, Tarbiah dan Organisasi pastinya membosankan. Tajuk yang telah lama diuli dan dilumatkan oleh puluhan kitab, kertas kerja ceramah dan kursus. Syeikh Said Hawwa tiba dengan Jundullahnya. Dr. Fathi Yakan dengan Apa Erti Saya Menganut Islamnya. An-Nadwi, Maududi dan puluhan ulama lain juga menulis tentangnya.
Namun, dengan kepakaran para panel dari Mesir dan tuan rumah, wacana ini dihias cantik. Menampal kelemahan busut kecil dari Jordan.
WAKAF UNTUK UMMAT
Hari Sabtu.
Jadual dipenuhkan dengan beberapa sesi ziarah, perjumpaan dan shopping. Solat subuh di Jamek Manjak . Jamek dengan fasiliti sederhana yang telah banyak mencetak ulama besar dunia seperti Syeikh Wahbah Zuhaili dan Syeikh Ramadhan Bouti.
Jadual dipenuhkan dengan beberapa sesi ziarah, perjumpaan dan shopping. Solat subuh di Jamek Manjak . Jamek dengan fasiliti sederhana yang telah banyak mencetak ulama besar dunia seperti Syeikh Wahbah Zuhaili dan Syeikh Ramadhan Bouti.
Bersama Syeikh Rushdi [Kredit untuk Azan sebagai fotografer]
Talaqqi bersama Syeikh Rusydi cukup menyentuh hati. Bergambar kenangan bersama Syeikh sebagai bukti bahawa kami bercinta bersama Ulama. Seawal pagi selepas subuh dan bertalaqqi, singgah di Cyber Cafe untuk men'surprise'kan Yusran dengan sambutan ulang tahun kelahirannya. Lewat sehari yang disengajakan. Air mata mengalir di sini.
Makam Nuruddin Zenki Makam Abu Hurairah
Makam Jeneral Salahuddin Al-Ayyubi
Menelusuri lorong di Suuq Hamidi, kami singgah sebentar di Makam Sultan Nuruddin Zenki. dan makam Abu Hurairah. Saya pernah digelar Zenki suatu ketika dahulu. Kurangnya senyuman dibibir saya mengundang gelaran itu hinggap.
Makam Ruqayyah yang menjadi tempat ziarah wajid Syiah juga saya lawati.
Di tengah Masjid Umawi, makam Husain R.A menjadi tumpuan juga. Kepala Husain pernah singgah disitu, kata pencerita. Di penjuru kiri mengadap utara, ada sebuah bilik lama. Imam Al-Ghazali menyudahkan Ihya' Ulumuddinnya di bilik ini. Berpaling ke kanan sedikit, menara putih pastinya menarik perhatian. Menara itu dikisahkan bakal menjadi tempat turunnya Nabi Isa 'alaihissalam.
Menelusuri lorong disebelah belakang Jamek Umawi, kami singgah sebentar, bertanyakan khabar Jeneral Salahuddin Al-Ayyubi yang terkenal. Terasa benar kehebatan Panglima Islam itu. Kurdis masih berbangga dengan pencapaian ikon bangsa mereka. Saya berbangga dengan pencapaian panglima Muslim.
"Ya syabab" panggil seorang pak cik selepas daun pintu diselak di lorong sempit ke rumah mutazawwij.
Kami menyahut. Dua plastik makanan 'tabarru'" untuk para pelajar seperti kami. Suasana begini tak terpencil di Dimasyq. Baik layanan penguhuninya hasil dari baiknya akhlaq tetamunya. Terkenang kehidupan di Jordan.
What you give, you get back !!
Sedikit berbangga sebagai rakyat Malaysia bila senantiasa dipandang sebagai rakyat yang bersih, beradab dan baik. Track record masih baik di Syria, Pertahankanlah wahai sahabat-sahabatku.
Mata kami kadang-kadang dikumpulkan bersama apabila kereta nasional melintas. Produa dan Proton agak masyhur di Syria.
Sepagi di Suuq Hamidi dan Masjid Umawi, mencari barang kiriman dan keperluan, disapa sebentar oleh 'sahabat fotografer'. Hampir sejam lelap di situ.
Ke Halbuni membeli kitab, singgah Yamani untuk menyantap, melangkah ke Baromkeh menjejak service dan Town Center menjadi destinasi.
Kembali ke Mujathid, bertemu mata bersama abang-abang senior dari Darul Quran di 'setinggan'. Balik ke Jazmatiyah. Menerima tetamu, dua Mujahid. Bersembang dan berbincang sambil makan. Sehingga akhirnya, jam 1 pagi menjelma. Mata kami diburu mengantuk.
Tetamu pulang, kami pula ketiduran. Jadual mengimbau kenangan GEGAR tertangguh. Maaf adindaku Azan.
AIR MATA CINTA DIMASYQ
Zuhur tiba. Laungan azan dari corong pembesar suara dari Jamek-jamek sekitar Suuq Halawiyyat berkumandang. Solat Zuhur dan bersiap untuk pulang.
Di Sumariyyah, hati kami diketuk gelisah. Gundah meninggalkan adik kami dengan hasrat yang tak tercapai. Jadual yang dirancang banyak berubah ditagih keperluan umat. Namun kami redha dengan kesimpulan bahawa, adik-beradik saya adalah hak wakaf untuk ummat. Tak selamanya kita mampu bersama untuk berkongsi dan bercerita, kerana kewajipan lebih banyak dari masa.
Kereta tersedia.
Sebelum kereta tiba di Sumariyyah...masih ceria....Hati? Allah yang tahu....
Kami berpelukan. Sebak bertamu mengetuk dada yang semakin sempit dan resah, mengajak air mata tumpah. Hanya kami yang tahu puncanya. Itulah Air Mata Cinta. Cinta Dimasyq yang akan menuntut setia. Moga kisah ini akan bersambung di sana....
Adindaku Azan, kita akan bercinta dan menyambung cerita di Syurga!!!
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
Indahnye jika berpeluang ketemu sahabat seumpama itu. ALLAH,juahkan kan aku dari azab mu...
BalasPadammasyaAllah, semakin dalam cinta kalian ek..
BalasPadamAllahu Akbar,
"Aku cinta pada kalian kerana agama yang ada pada diri kalian" -
Salam perjuangan...
Salam ziarah..wah..abe se dah semakin hebat..cemburu saya..bila la ana nak jadi macam abe se..
BalasPadamKami Hebat kerana menumpang kehebatan ntum...Moga kita berpeluang untuk bercerita tentang kehebatan masing-masing di Syurga kelak...
BalasPadamNahnu Qaumun a'azzanallhu bil Islam...
BalasPadamQul aamantu billah tsumma istaqim...
ISTIQOMAH DENGAN PERJUANGAN ISLAM
InsyaAllah mulia di sisi Allah walau tak semua di kalngan manusia.
subhanallah..inilah rabhitah hati yg di dambakan utk sama2 berjuang menegakkan yg HAQ!! moga dikukuhkan dgn aliran kasih dan cintaNya..
BalasPadamTAKBIR!!!!