Khamis, 20 November 2008

Salam Juang untuk sekian kalinya..

Seminggu lagi, AGM bakal berlangsung. Saya bakal bebas dari 'jawatan berat' itu. Perasaan saya 'sepatutnya' tenang. Namun sebaliknya yang berlaku.
Selepas 'Isya, saya berdiri memberi sedikit tazkirah kepada rakyat jelata. Topik perhubungan dengan konsep Hablun minllah dengan Hablun minannas menjadi pilihan.
Hari ini percakapan saya tidak laju seperti biasa. Sepatah demi sepatah perkatan keluar dari mulut saya. Hasrat terpenting, untuk memahamkan semua amilin tentang apa yang saya nampak.
Ya Allah, nampakkanlah kepada kamuku ini apa yang aku nampak.. tunjukkanlah kami jalan hidayah-Mu..
Dua tahun lepas, saya baru menjejakkan kaki ke Bumi Barakah Darul Quran. Indah dan damai. Namun tidak pada hari ini. Kedamaian itu sedikit sebanyak dicabut dan diragut oleh pelbagai ideologi secara halus. Materealisasi menjadi isi, emansipasi sudah bertakhta di hati. Bilakah ianya akan disedari..?
Begitulah lebih kurangnya isi ucapan saya.
Seterusnya, saya mewakili penasihat PERKEMAT DQ, dan KPP HEP mengumumkan pengerusi Penyelaras Pemilihan Calon 2008.
Semalamnya, mesyuarat terakhir pimpinan 07-08 berlangsung. Pelabagai masalah yang timbul sepanjang setahun ini. Tak cukup tangan untuk menanganinya. Rasa cukup bersalah untuk mewariskan masalah ini kepada adik-adik bakal pimpinan akan datang.
Secara spontan, bait-bait sajak terbit dari bibir saya.
Kita bakal meletakkan jawatan,
kita tahu, kita banyak kelemahan dan kesalahan,
kelak nanti bakal kita wariskan,
pundak mereka pasti terbeban,
justeru menjadi kewajipan,
untuk terus memberi jalan,
juga bantuan..
Setahun cukup cepat berlalu.
Adik-adikku sekalian. Binalah kekuatan untk menggalas jawatan dan taklifat yang berat ini. Aku hanya mampu memberi jalan.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]