Rabu, 12 November 2008

Menipu dalam Tarbiyyah

Menipu dalam tarbiyah. Mungkin pada awalnya kedengaran kasar. Namun, itulah hakikat yang harus ditelan oleh para murabbi sekarang.

Dalam mentarbiyah, lapangan dan platform yang sinonim ialah usrah. Samada di sekolah, kampus, kolej mahupun di dalam jabatan kerajaan yang besar.

Namun, saya lebih suka untuk menumpukan perhatian pada golongan remaja dan pemuda. Mungkin di tahap sekolah menengah atau kolej dan university. Mungkin entity yang sesuai ialah mahasiswa. Mereka yang terlibat dengan usrah pasti sentiasa didedahkan dengan silibus atau modul yang wajib dihabiskan. Asas tarbiyah katanya. Ilmu dan fikrah menjadi tajuk utama. Pengisian yang diterima ialah bagaimana untuk menjadi muslim hakiki.

SIAPA MUSLIM ?

Inilah tajuk, objektif, misi dan visi yang selalu disalahtafsirkan oleh murabbi atau lebih dikenali dengan naqib. Bagaimana untuk membentuk anak usrahnya menjadi muslim hakiki. Kejayaan diukur melalui penghijrahan ‘fikrah’ anak usrah. Mungkin pada awalnya, si anak usrah berfikrah pembangkang, maka kini anak usrahnya telah menjadi pnyokong malah mendokong. Maka itulah kejayaan besar yang diraikan oleh para nuqaba’.

Setahun berlalu, si anak usrah yang telah graduate dari institusi usrah tadi bertukar menjadi naqib dan terus menjalankan prosedur yang sama untuk mentarbiyah. Lalu akhirnya, lahirlah sebuah generasi yang rosak fikrah, lemah dan tidak mampu menjadi momentum untuk memacu kemenangan islam. Tidak ada produk usrah yang mampu dibanggakan. Mereka hanya pandai menyalin cetak pengalaman di’tarbiyah’ oleh naqibnya dahulu. Idea kreatif dan kritis idak mampu dicernakan dengan baik.

TARBIYAH ITU APA DAN BAGAIMANA ?

Tidak ada contoh lain yang perlu kita ikut, melainkan apa yang dibawa oleh Rasulullah.

Dia lah Yang telah mengutuskan Dalam kalangan orang-orang (Arab) Yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, Yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad Yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syarak). dan Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah Dalam kesesatan Yang nyata. (al jumu’ah- 2)

Dua elemen penting yang disebut dalam ayat di atas.

Ilmu (fikrah) dan sikap. Membaca dan mengajar ayat-ayat allah boleh dikatakan ilmu yang merupakan sumber fikrah. Manakala proses pembersihan dan menanam Hikmah merupakan proses pemurnian sikap dan pembinaan karekter. Itulah yang diajar oleh Rasulullah yang telah berjaya melahirkan sekian ramai produk untuk menjulang islam.

Dua proses yang saling check and balace antara satu sama lain. Proses tadabbur dan mengajar ayat Allah disekalikan dengan proses tazkiyyah (pembersihan) dan penerapan hikmah.

BUNUH KARAKTER

Hari ini kita sibuk untuk mentarbiyyah. Ya, itu satu kerja yang amat bagus dan mulia. Namun tanpa kita sedari, kiat sedang menipu dalam mentarbiyyah. Kita menyangkakan bahawa kita sedang mentarbiyyah, namun ada yang sedang membunuh karakter fitrah anak-anak usrah kita.

Anak usrah boleh dikatakan sebagai ‘fitrah’ dan menyerahkan diri kepada naqib untuk dibentuk. Lalu, naqib yang membentuknya tidak mengikut acuan yang betul berdasarkan latarbelakang dan karakter anak usrah itu. Lalu sistem tarbiyyah yang tidak tepat dimasukkan ke dalam fikrah anak usrah. Mungkin perubahan akan kita lihat namun kesannya mungkin sementara atau terus hilang selepas beberapa ketika. Puncanya, karekternya telah terbunuh.

Seorang anak usrah yang suka menulis dan amat tidak meminati bidang ceramah. Lalu diasuh untuk memberi ceramah dan akhirnya pandai dan mampu berceramah. Tapi, ceramahnya tetap tidak berkualiti kerana karekter dan minatnya telah dibunuh.

Adalah lebih baik untuk para murabbi untuk membina karekter yang kadang-kadang disebut sikap dari membunh karekter merka dan memasukkan karekter baru ikut kehendak kita. Mobilasi ikut kapasiti, kondisi dan POTENSI.

Tarbiyyah bukan hanya sekadar pembinaan fikrah untuk menyokong perjuangan islam, tapi bagaimana untuk mereka menggunakan potensi yang ada untuk menjulang islam.

Kata-kata yang amat baik untuk kita perhatikan,

You give a man a fish and you feed him for a day – or - you teach a man fish an you feed him for a lifetime.

Amat malang bagi naqib yang berjaya mengubah fikrah anak usrahnya, namun tak mampu menjernihkan sikap dan karekter anak usrah. Mereka yang dahulunya sunyi rohani tetap sunyi walapun mereka telah berhijrah fikrah. Natijahnya, mereka tidak mampu menjadi pendokong, mungkin hanya penyokong dan tidak mustahil sebagai pengongkong. Mereka yang dahulunya mampu untuk menyumbang kini telah diubah kepada mereka yang men’sumbang’.

Mungkin satu penilaian perlu dibuat ke atas silibus dan modul yang sedia ada. Adakah mungkin tarbiyyah yang sedang kita jalankan mampu melahirkan Qaradhawi kedua dan Obama kedua yang lebih islamik? Apakah tarbiyyah kita mampu melahirkan pakar ekonomi yang mampu mengubah ekenomi dunia? Atau tarbiyah kita mempu melahirkan seorang pakar IT menggantikan Bill Gates yang memonopli? Atau hanya sekadar mereka yang disebutkan dalam pepatah, “bagai anjing menyalak bukit”. Biarlah ayat ini kasar sedikit supaya ianya cepat disedari.

2 ulasan:

  1. salam perkenalan...
    hmm..entry yg memberi byk makna buat pembaca terutamanya para mujahid dan mujahidah..hehe..keep writing!!good luck!

    BalasPadam
  2. syukrallaka ya akh...

    banyak benda baru terima..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]