Jumaat, 22 Ogos 2008

Sudah Lama tak menulis

Sudah lama tak menulis. Mungkin sibuk, mungkin juga malas.

Hari ini terdetik juga akhirnya untuk menulis sedikit coretan sebagai buah perkongsian bersama. Entah angin apa yang bertiup, menjadi pemangkin menggagahkan saya untuk melarikkan jari kembali ke butang-butang putih ini.

Teringat semasa mula-mula mengenali hakikat usrah dahulu. Kami ahli gegar berimaginasi, pada suatu hari nanti, kami akan berkumpul sebagai naqib dengan membawa anak usrah masing-masing.

19 Ogos 2008

Hari ini mungkin melakar sejarah baru usrah gegar. United yang dulunya imaginasi kini berjaya dijalankan. Meski hanya peringkat permulaan. Masing-masing berbangga dengan anak usrah yang didik. Anak-anak usrah pula berbangga dengan naqib-naqib yang sedari tadi lagi tersenyum lebar.

Sedikit taaruf yang diselangi deraian ketawa amat menenangkan hati. Hari ini gelaran baru diterima. Kalau dahulunya hanya sebagai abang sulung gegar, maka hari ini, saya sebagai ayah long. Yus sebagai ayah ngah, Syaukani ayah cik, Hayyi ayah da dan akhirnya Azan sebagai ayahsu…

Diteruskan lagi dengan luahan perasaan dan harapan dari anak-anak saudara usrah. Masing-masing teruja dengan usrah kami yang masih segar, meski kami sudah tenggelam dalam kesibukan tugas dan keegoan tahun akhir. Akhirnya saya memberi sedikit kata-kata dan harapan. Berjanji akan mengadakan rehlah Gegar united dalam masa yang terdekat. Disambut dengan takbir, usrah berakhir.

Kalau kebiasaanya, sejam untuk usrah mungkin memboringkan, namun kini, 2 jam bagai tak terasa.
Dalam tidak disedari, naqib kami, Abg Idris dan Abg Izwan telah mempunyai cucu. Tujuh zuriat yang ditinggalkanya kini telah berbuah menjadi 50 orang. Tidak mustahil akan menjadi 350 jundi pada tahun hadapan. Pelaburan yang amat berbaloi….

“ wahai orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan satu perniagaan yang menghindarkan kamu dari api neraka…?”

1 ulasan:

  1. astaghfirullah..
    cemburunya pbila ad yg b'bicara tntang klazatan usrah..
    hamba disini msih t'kapai m'cari hadirnya sinar usrah yg msih belum mnampakkan bayangnya..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]