Promoter satu
“Encik, ubat ini sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat. Cuba sekali dah ada kesan.” Kata seorang promoter syarikat jualan langsung yang berkaitan dengan alatan pembersih wajak dan kosmetik.
“Encik, ubat ini sangat mujarab untuk menghilangkan jerawat. Cuba sekali dah ada kesan.” Kata seorang promoter syarikat jualan langsung yang berkaitan dengan alatan pembersih wajak dan kosmetik.
“saya tengok muka encik ada jerawat dan jeragat, pakai ni memang boleh sembuh”, tambahnya lagi.
Mana mungkin pelanggan tertarik untuk membelinya, sedangkan muka si promoter tadi kusam dan penuh dengan jerawat serta jeragat.
Promoter Dua
“susu unta ni boleh mencerahkan kulit, saya amalkan setiap hari” kata seorang mutawwif kepada anak jagaannya ketika melawat ladang unta di Hudaibiyyah yang terkenal dengan pusat unta.
Dalam sejarah islam, Hudaibiyyah terkenal dengan Sejarah Sulh Al Hudaibiyyah.
“Ianya juga boleh mengeluarkan angin, mencuci darah, buang toksik dari dalam badan, baru tubuh kita sihat dan dapat bertahan macam unta, tak lemah longlai bila panas lebih sikit ”.
Sedangkan si mutawwif itu terpaksa menelan ubat untuk melancarkan sistem perkumuhannya. Mungkin si mutawwif itu juga belum merenung kembali kepada dirinya yang sditimpa pelbagai penyakit, walau mengamalkan minum susu unta setiap hari.
Promoter Tiga
Saya menaiki bas ekspres dari Tanjung Malim ke Kota Bharu. Singgah di Gopeng untuk turun dan naikkan penumpang. Setiba di Gopeng, sebaik sahaja bas diparkir, segolongan manusia yang berjubah singkat datang menyerbu pintu, berebut-rebut.
Pintu bas dibuka, setengah dari mereka melangkah naik. Dengan beg pakaian yang berserayut sekeliling pinggang. Bising sesame mereka mencari tempat duduk. Naik ke atas. Aroma baru menusuk hidung. Sedikit hamis, namun semerbak bila disebarkan oleh pendingin hawa bas. Alhamdulillah, ungkap salah seorangnya dengan nada yang agak nyaring, mungkin bersyukur dapat kerusi yang agak terkedepan.
Kenapa Gagal
Mungkin inilah beberapa contoh promoter yang gagal untuk menarik minat pelanggan. Diri sendiri tidak terurus, masakan mahu menguruskan orang lain.
Islam merupakan produk yang amat berkualiti, namun seandai promoternya (muballigh@pendakwah) tidak mampu menunjukkan keberkualitiannya islam itu, bagaimana masyarakat luar akan mempercayai dan terpengaruh dengan ajakan mereka.
Islam terkenal dengan budi pekerti mulia, disiplin yang tinggi, kemas, menarik. Namun, apa yang digambarkan oleh penyebar islam ialah, zuhud yang tidak bertempat, selekeh yang menyerabutkan mata dengan beralasan, ZUHUD. Jubah singkat yang dipakai tidak bergosok dikatakan sunnah rasul. Itu belum dikira yang jarang disirami air.
Bagaimana dengan selumbernya bersiwak di dalam bas tanpa menghiraukan teman sebelah. Lagi alasan sunnah digunakan, etika yang diguna pakai menjadi persoalan, tanpa saya persoalkan tentang sunnah bersiwak.
Saya pernah beberapa kali mengikuti bayan yang disampaikan oleh para promoter ini. Cerita jajan mereka hanyalah bagaimana kepala salah seorang dari mereka yang tidak benkak selepas ditimpa kayu kerana memakai serban. Ya Allah, betapa kecilnya fadhilat sunnah Rasul Mu. Mereka melahirkan muktazilah baru dalam membunuh muktazilah.
Saya pernah bertanya kepada salah seorang dari mereka ketika terserempak di sebuah terminal bas, awal tahun lepas, “ kenapa tak menggunakan pendekatan baru dalam berdakwah?”. Kita kena ikut sunnah. Ringkas jawapannya. Mungkin ringkas itulah yang melambangkan kebejatan pemikiran sehingga tidak mampu untuk mengolah idea baru dalam menjalankan misi dakwah.
Firman Allah : “Dan serulah kepada jalan tuhanmu dengan hikmah….”
Di mana saranan ayat ini untuk kita praktikkan..?
Memang saya amat mengkagumi kehebatan mujahadah mereka, namun prinsip mereka harus sedikit menima perubahan. Carilah sunnah yang original, bukan yang tiru-tiru. Sejarah rasul untuk dikaji, bukan untuk di copy n paste di zaman ini.
Mengkajilah supaya kita tahu apa erti ISLAM dan MUSLIM kita, apa erti IMAN dan MU'MIN kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]