Aku terima nikahnya....
Upacara membatalkan air sembahyang
Bahagianya bayt muslim....
"aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500"
Dengan lafaz keramat itu, sebuah bayt muslim terbina lagi. Dengan lafaz itu, ajnabi menjadi halal, dengan lafaz itu, Mohd Izwan Najib dan Dafiqah As'ad disatukan. Alhamdulillah. Saya tersenyum gembira bersama hadirin. Surau Simpang Tiga, Selingsing menjadi saksi kedua mempelai itu disatukan.
Saya hanya bertugas sebagai jurugambar yang tak bertauliah dan bidang terjun pula. Namun bernasib baik kerana gambar yang terhasil memuaskan hati semua pihak. Malah ada yang memujinya.
.......................
Perjalanan ke Kg Selingsing bermula dari petang jumaat. Singgah bermalam di rumah sahabat akrab seperjuangan , Khairun Nasirin di Chemor.
Pagi keesokannya, rehlah ukhuwah di sungai Chepor. Mandi-manda dalam air yang sentiasa kreatif dan inovatif mengalir ke hilir, tidak menghiraukan rintangan yang melanda dan menghalang. Maka air yang sejuk dan jernih itu amat bagus untuk menenangkan fikiran serabut. Mungkin macam saya. Deruan air mendamaikan. Suurrrr....
18 tahun bagi saya
Hari ini pula genap 18 tahun ayahanda meninggalkan kami kekontangan kasih sayang. Sedikit duit hasil keuntungan bisnes kecilan saya gunakan untuk membelanja sahabat-sahabat seperjuangan yang telah sekian lama , mungkin tidak menjamah makanan lazat yang berkhasiat. Akibat dari duit poket hanya tinggal RM 56. Teringat arwah ayah yang berulang-alik dari rumah di Kg Demit ke sekolah Arab Tarbiyyah Mardziah Panchor hanya dengan kain pelekat. Seluar pertama beliau ialah seluar hadiah pernikahan beliau dengan emak saya yang juga anak muridnya. Perkahwinan tanpa couple itu amat indah untuk di gambarkan dengan tarian jari di atas papan kekunci putih ini. Al-Fatihah untuknya...
kembali ke majlis
Selepas majlis akad berlangsung, kami beramai-ramai menyerbu untuk bergambar sebagai kenangan. Esoknya ada walimah, namu saya dan sahabat yang hadir bersama tidak dapat memenuhi jemputan. Bergambar awal dan bersiap untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang, singgah di Maahad Ihyaa Al-Syariif..Ustaz Abu Bakar al Baqir dalam kenangan... Cucurilah rahmat ke atas rohnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]