Khamis, 10 Januari 2008

Tok Guru @ Cucu Tok Guru ?



Selaku seorang ahli masyarakat yang bertanggungjawab, saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dan menulis sedikit pandangan tentang dua tokoh pimpinan di Negara kita. Pun begitu, saya tidak memaksa anda semua untuk menerima pandangan dan pendapat saya, hanya sekadar untuk renungan bersama.
Saya dalah anak jati Kelantan dan juga merangkap anak jati Malaysia. Kedua pemimpin yang terpilih untuk saya ‘ulas’ ini adalah pemimpin saya. Namun menjadi tradisi, tidak semua pemimpin mampu menjadi yang terbaik.
Menjelang pilihan raya ke-sebelas, Negara kita digembar-gemburkan dengan satu istilah, Islam Hadhari. Tidak dinafikan dari segi pendekatan dan konsep yang agak bagus, namun sehingga ke hari ini, (saya menulis) boleh dikatakan masih belum tercapai agenda tersebut walau satu prinsip (semuanya 10), melainkan kemenangan besar parti kerajaan dalam PRU ke-11. Saya pelik, hanya dengan penggunaan istilah, kita boleh terkeliru dengan cucu tok guru ini. Sedangkan seorang lagi pemimpin, tok guru telah menjalankan ISLAM serta Hadharahnya sejak 17 tahun yang lalu dan terbukti berkesan walaupun masih ada pihak yang cuba menafikan.
Dalam manifesto PRUnya, cucu tok guru berjanji untuk memerangi rasuah dalam kerajaan pemerintahan beliau, membawa pendekatan islam. Namun setelah sepenggal berlalu, ternyata rasuah semakin berleluasa. Monopoli bermaharajalela. Arak, dadah dan berbagai gejala maksiat merebak pantas.
Di negeri tok guru, rasuah telah lama dihapuskan dalam pemerintahan beliau. Satu perbezaan yang amat ketara. Semasa awal pemerintahan tok guru, tidak ada manifesto menarik yang dijanjikan, hanyalah untuk mengembalikan kegemilangan islam, memerintah ikut cara islam, Membangun Bersama Islam. Terbukti apabila kerajaan tok guru tidak ketinggalan dalam menjaga kebajikan rakyat jelata. Berbagai skim bantuan diberikan walaupun dianaktirikan oleh kerajaan pusat. (pengakuan oleh ADUN Air Lanas dalam sidang Dun).
Sebut pasal sidang Dun, teringat gelagat seorang anak buah cucu tok guru yang kehilangan adab, moral dan etika, terutamanya sebagai seorang wakil rakyat, khususnya sebagai seorang islam memekik-mekik dalam Dewan Undangan Negeri yang mulia, dihadapan Dato’ Speaker dan tidak mengormati peraturan dewan. Lebih memalukan, Adun tersebut bangun dan berjalan melangkaui beberapa kerusi menyerang seorang Adun yang merupakan anak didik tok guru. Itulah akhlak dan gaya orang-orang cucu tok guru.

Segalanya terbukti. Segalanya membuktikan kejayaan Tok Guru. Menafikan cucu tok guru.

Tapi saya masih bersedih, kerana masih ada segelintir dari orang-orang cucu tok guru yang sanggup menyebar fitnah memburukkan tok guru, memfitnah kerajaan tok guru. Fitnah ini di hadapkan kepada rakyat-rakyat di kampung yang kebanyakannya tidak tahu menahu tentang perkara pentadbiran, bahkan kewangan atau ekonomi kerajaan. Apa yang mereka tahu hanya untuk menjaga keluarga mereka supaya dapat hidup selesa. Memelihara lembu supaya gemuk dan dapat dijual dengan harga mahal.
Fitnah yang dibawa oleh orang besar cucu tok guru dibuat di sebuah bangunan untuk orang miskin, pada 3 Januari 2008. Poster dan buku kecil diedarkan kepada rakyat umum termasuk golongan terdesak yang baru dinaikkan gaji, GURU KAFA. Dalam poster itu tertulis, arus perubahan kerajaan tok guru. Fitnah mengatakan bahawa hutang kerajaan tok guru mencecah RM 1 Billion. Negeri tok guru sebagai negeri termiskin. Jenayah paling tinggi dan sebagainya.

Saya teramat sedih. Mereka mepergunakan rakyat jahil untuk menyebar fitnah demi kepentingan politik. Saya yang mengikuti sedikit sebanyak perkembangan kerajaan pimpinan tok guru merasa terpanggil, ingin membela kepimpinan kerajaan yang membela agama ALLAH ini. Terasa bersalah sekiranya saya yang sedikit sebanyak mengetahui duduknya perkara sebenar diam membisu.

Menjawab balik.

Soal kemiskinan. Negeri tok guru terletak pada tangga keenam termiskinan. Tapi negeri Hadhari yang Bestari, jiran kami, lebih miskin dari negeri tok guru. Bagi saya, kalau negeri tok guru betul-betul miskin pun, memang patut. Kerajaan Pusat yang menganaktirikan kerajaan tok guru. Pelbagai bantuan dan kemudahan disekat. Kerajaan tok guru hanya berdikari sendirian selama 17 tahun tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan pusat.

Hutang kerajaan tok guru adalah paling rendah, hanya tinggal RM 8 juta. Pernyataan Dato' Husam Musa dalam Sidang Dun, menjawab soalan Adun Kok Lanas. Berbanding negeri warisan kerajaan cucu tok guru yang berjiran dengan Negara kaya, mempunyai pelabuhan sendiri, mendapat bantuan wilayah pambangunan ekonomi pertama, tapi masih mempunyai hutang RM 900 juta lebih. Negeri yang paling kecil di semenanjung, yang rakyatnya hanya 300 000 orang berhutang RM 200 juta lebih.

Jenayah. Negeri tok guru adalah yang terendah. Dibandingkan dengan sebuah negari cucu tok guru yang paling pesat membangun dan mempunyai kadar nisbah polis dan rakyat yang baik, mempunyai kemudahan teknologi seperti kamera CCTV untuk mencegah jenayah, masih menduduki tangga teratas kadar jenayah Negara.


Bayangkanlah wahai orang yang mempunyai akal fikiran yang waras.


Dari segi skim dan pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan tok guru pula, ramai anak buah cucu tok guru yang ikut, skim kifaalah, skim armalah, cuti bersalin dan sebagainya.


Siapa yang lebih bagus sebenarnya?

1 ulasan:

  1. salam..mestilar tok guru..
    walaupun kelantan digembar gemburkan sbg negeri miskin..namun kebajikan rakyatnya masih terjaga..
    selain drpd skim kifalah,kerajaan pimpinan tok guru jg mewujudkan GERAKAN BERDIKARI RAKYAT KELANTAN.. agar rakyatnyer terbela n tdk mengharapkan peluang pekerjaan hanya pada KERAJAAN..
    "PROFESIONAL DIBAWAH KEPIMPINAN ULAMA' "

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]