Selasa.Berita hari ini memaparkan kenyataan PM untuk mengikuti jejak langkah Negara-negara maju lain seperti United Kingdome dan United State dalam memasang kamera cctv di setiap Bandar besar dan kawasan yang berisiko untuk berlaku jenayah. Dalam satu sudut,berita ini melambangkan kemajuan Malaysia dalam bidang teknologi dan kesediaan kerajaan dalam membanteras jenayah yang semakin teruk.
Namun, di sudut yang lain, saya melihat bahawa Negara kita semakin mundur dalam sudut akhlak dan etika sebagai seorang manusia dan rakyat. Manakala pihak keselamatan pula semakin buntu dalam mencegah jenayah dari berlaku sehingga terpaksa bergantung kepada alat-alat bantuan. Ya, tidak salah untuk menggunakan kemudahan teknologi.
Namun, cuba kita lihat kebelakang sejenak, supaya kita boleh memecut laju kehadapan. 20 tahun yang lepas, sebelum pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan, sebelum nilai murni diterapkan, rakyat hidup aman damai. Berita jenayah menjadi tajuk besar dan bualan semua rakyat jarang berlaku, mati terbunuh lagi jarang berlaku. Ianya akan menjadi buah perbualan seluruh rakyat. Anak-anak dibiar berjalan kesekolah tanpa pengawasan. Rumah tak perlu dututp rapat untuk ke kebun. Tiada yang perlu dibimbangkan. Jenayah amat jarang berlaku. Jika ada, ianya pasti nun di bandaraya, jauh dari desa. Tapi itu dulu, tidak pada hari ini.
Tajuk muka depan akhbar menjawab persoalan yang timbul. Cadangan PM untuk menambah jumlah CCTV menjawab, kenapa kadar jenayah di Negara Islam meningkat, membuktikan kelemahan pihak berkuasa sekarang. Bagi saya yang berada di negeri ISLAM pimpinan ulama’, kenyataan PM itu seolah olah membelakangi dan meninggalkan pergantungan kepada ALLAH dan membelakangi kaedah islam itu sendiri. Menggunakan fikiran logik untuk menghukum dan menjalankan tindakan atau mencegah jenayah dengan mengenepikan cara dan teknik islam adalah bertentangan dengan ajaran islam.
Pandangan saya, kenyataan PM untuk mengikuti cara US dan UK dalam mencegah jenayah itu melambangkan dan membuktikan bahawa beliau sebenarnya membenci islam dan lebih sukakan sekularisme, liberalisme dan kapitalisme. Membelakangkan terma islam yang lebih menekankan soal keimanan dan tauhid. Agenda Islam Hadhari hanyalah permainan politik semata-mata. Imej Islamic yang ditonjolkan hanyalah untuk menarik undi. Title cucu tok guru disebarkan untuk membersih maruah yang kian tercalar.
Berbeza dengan sebuah negeri di pantai timur yang mana kerajaannya menekankan soal keimanan dan konsep dosa pahala, syurga neraka. Terbukti jenayah mampu dikurangkan kerana ianya berbetulan dengan kehendak islam. Meskipun hukum islam tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya kerana halangan pihak tertentu.
Kesimpulannya, islam dalah penyelesaian untuk semua perkara. Al-Quran dan hadith adalah panduan Operasi Manual untuk menguruskan manusia.
Cara ,metod dan kaedah islam mesti didahulukan sebelum mencuba kaedah barat. Buktikan bahawa agenda islam hadhari bukan hanya agenda politik, bahkan ianya benar-benar realiti dan mampu diaplikasikan dalam masyarakat dan pentadbiran Negara juga dalam bidang perundangan. Pasti kadar jenayah berjurangan. Jangan jadi pemimpin yang retorik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]