Minggu ini mungkin minggu yang paling sibuk, tiga program besar berjalan serentak,: Minggu Bahasa, Majlis Khatam dan Malam Tautan Mahabbah. Setiap majlis, ada nama saya tertulis di senarai nama ajk penggerak. Namun itu bukan point utama saya menulis kali ini.
Saya ada beberapa perkara yang penting dan menarik untuk dikongsi. Pertama, perubahan kedudukan saya. Perubahan mendadak yang berlaku dalam setahun. Kalau pada tahun lepas, lebih kurang pada tarikh yang sama, saya hanya sebagai ajk ‘parking’ yang tercegat kepanasan di tengah jalan, mengawal lalulintas kenderaan yang masuk dari pintu pagar utama kolej, maka pada tahun ini, saya sebagai vip yang berjalan sebaris dengan pensyarah mengiringi vvip lain termasuk KP JAKIM, Ayahanda Dato’ Wan. Saya yakin, perubahan drastic saya bertitik tolak dari tarbiyyah yang saya terima dari usrah. Berusrah.
Perkara kedua.
Bila melangkah masuk ke Dewan Muktamar yang dipenuhi dengan ibubapa yang hadir semata-mata untuk melihat simbolik kejayaan anak masing-masing dalam menghafal Al-Quran hati terasa sayu. Teringat bonda di kampong. Rindukan ayahnda nun jauh. Majlis khatam diteruskan, sijil dianugerahkan, rata-rata, mata-mata ibubapa yang hadir bergenang dengan air mata. Melihat permata hatinya ‘berjaya’. Tiba masa wakil pelajar berucap, tatkala beliau melangkah naik ke pentas utama membuka bicara, ku lihat wajah bangga seorang ayah, wajah gembira seorang ibu. Anaknya mampu menjaga diri sendiri malah orang lain.
Teringat kisah pada tahun lepas di majlis yang sama. Seorang ayah yang tiba-tiba bangun berdiri dalam keadaan air matanya yang berjujuran merembes pipi tatkala melihat yang berdiri megah menyampaikan amanat dan ucapan yang begitu hebat bagai seorang pemidato di hapan ribuan hadirin dan VVIP adalah anak lelakinya yang sering dimarahinya sejak kecil. Anak lelaki itulah yang sering dimarahnya bila tersilap melakukan kerja bersamanya di bendang. Anak itu yang ditarik telinganya ketika salah mengeja ayat muqaddam. Anak itulah yang sering dirotannya bila nakal di sekolah. Air mata itu yang menjadi saksi kejayaan ‘silibus’ pendidikan seorang ayah dan seorang ibu. Bahkan ucapan itu meraih air mata ramai ibu-ibu dan bapa yang hadir. Itulah naqib dan murabbiku, saudara Mohd Idris bin Mohd Yusof.
Kisah ketiga.
Tatkala majlis diteruskan dengan ucapan dari KP Jakim, sebagai amanat dan perasmian, saya mendengar dengan penuh teliti. Seorang demi seorang nama vvip dan vip disebut. Senarai itu sedikit sebanyak saya hafal semasa berlatih dengan Ust Zamri ‘mari mengaji’. Tiba-tiba terluncur dari mulut beliau satu nama yang saya tak pernah baca, dengar dan nampak dalam senarai vip. Ust Idris. Rupanya Ust Idris adalah VVVIP dalam senarai Dato’ KP. Ust Idris adalah guru beliau. Sedangkan Ust Idris hadir atas kapasiti seorang ayah kepada pelajar. Seusai majlis berakhir, VVIP dan dif jemputan dijemput ke dewan makan. Dato’ KP mendahului turun dari pentas, pantas mendapatkan gurunya meninggalkan sahabat vip lain dan bersalam, bertanya khabar serta beramah mesra dengan penuh sopan santun. Hati saya tersentuh. Patutlah keperibadian beliau dipuji ramai orang.
Alangkah baiknya jika semua orang berpangkat mempunyai akhlak sebegitu.
Keempat.
Seramai 294 pelajar telah diiktiraf sebaga Al-Hafiz, manusia yang menjunjung kitab suci. Mereka hebat, dalam jiwa remaja mampu menahan segala godaan untuk mendekam di bumi huffaz, menghafal Al-Quran. Namun kehebatan itu hendaklah dibuktikan dengan ingatnya dan masyiinya hafalan. Tetapi hebat itu masih lagi belum lengkap kalau sekadar cair dan masyi. Apa gunanya masyi kalau tak faham apa kandungan suruhan dan larangan Al-Quran. Tak tahu tuntutannya. Faham pula hendaklah dipakejkan dengan amalan menunaikan apa yang dikehendaki oleh Allah melalui KalamNya, Al-Quran. Tiada lebihnya kuanti 294 orang huffaz kalu sekiranya apabila keluar kea lam sebenar, membisu serbu bahasa, berdiam dari mengatakan kebenaran. Dibisukan dengan pangkat dan harta.
Menjadi tradisi setiap tahun, huffaz yang lahir adalah huffaz yang ‘sejuk’, mandom, tenggelam dengan dunia sendiri. Tak mampu mendekati masyarakat, apatah lagi berdakwah kepada masyrakat. Harapan saya, graduan huffaz kali ini mampu membuktikan kualiti mereka setanding dengan kuantiti mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]