Pagi ini ibuku berleter panjang, lantaran banyak kerja yang disuruh bertangguh dan terbiar sepi.
Saya bisukan mulut, menadah telinga, khusyuk mendengar tazkirah khusus dari seorang ibu untuk anak lelakinya yang tersayang. Leteran ibu saya jadikan muhasabah buat diri sendiri. Hebat di mata rakan rakan, tak semestinya hebat di mata ibu. Namun hebat dimata ibu mengundang redha tuhan yang menjadi ramuan kejayaan insan. Pagi itu, agak suram walupun malamnya saya bakal bertolak ke Kuala Lumpur kerana semester baru akan bermula. Saya persiapkan segala barangan yang akan dikirim kepada sahabat yang menaikki bas catar. Saya naik express, agak susah kalau nak bawa barang banyak-banyak.
Saya bawa bersama, sepupu yang paling kecil untuk memujuknya dari menangis berpanjang kerana kekurangan perhatian dari ibunya yang mabuk mengandung. Mabuk sehingga tak dapat makan kerana semuanya berbau ‘busuk’. Begitu susah seorang ibu mengandungkan seorang anak. Ibuku juga mungkin begitu. Hatiku bermonolog.
Balik dari Kota Bharu, perut terasa lapar. Seperti biasa, saya akan goreng telur mata untuk dijadikan lauk. Duduk untuk makan, saya terbau aroma yang amat diminati..sotong goreng ala paprik.
Memang sah. Ibuku menyediakan lauk kegemaranku meski dalam kemarahan kepada anak lelakinya ini.. saya terkedu sendirian. Rupanya begini kasih seorang ibu. Kenapa masih ada anak yang suka berkeras kepala terhadap ibubapanya…?
Malamnya, sebelum menaiki bas, saya kucup pipi ibu sedalam-dalamnya sambil meminta maaf memohon restu ibu untuk menghadapi semester baru yang pastinya lebih mencabar. Sejurus bas berlalu, ku lihat ibu melambaikan tangan kanannya padaku sambil tangan kirinya mengesat air mata yang tak ku tahu kenapa. Namun ku yakin, itulah air mata kasih seorang ibu. Hati berbisik sayu, maafkan aku, ibu. Teringat bait lagu yang selalu kedengaran dicorong stesen Ikim.fm..

"marah bukan kebencian, tapi tanda sayang". Memang betul pun.
Dibuai hayunan lembut bas Ekspres Mutiara double decker yang berchasis dan berenjin SCANIA 360 HP itu, hatiku bermonolog sendirian, kenapa masih ada anak yang sanggup menderhakai ibu bapa..? Mengapa masih ada anak yang sanggup mengecewai dan melukai hati mereka..? malah ada yang sanggup melupakan kasih sayang dan jasa ibubapa mereka. Sehingga ada yang sanggup menempatkan ibu tua itu di rumah ‘kenangan’… Apakah sezalim itu manusia zaman millennium yang mengamalkan prinsip murni islam hadhari…? Apakah tak sama ibuku dan ibu mereka…?

Perintah tuhan bukan untuk mentaati dan membalas budi ibubapa, bahkan untuk berbuat bakti yang terbaik kepada mereka.. Merakalah asbab kita bernafas didunia. Hebat kita tak kemana andai tanpa kehadiran mereka. Teringat kisah Jiran Nabi Musa A.S di syurga. Kebaikkannya kepada ibubapa dicurahkan meski ibubapanya sudah berupa BABI. Siapa diantara kita yang ibubapanya BABI….? Hinakah ibumu yang tiada Degree…? Hinakah ibumu yang tinggal dirumah papan yang penah menjadi syurgamu dulu…? Hinakah ibumu hanya kerana bajunya tidak trendy…? Memang dasar manusia tak tahu bersyukur, bila kehilangan, baru terasa ingin membalas budi. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian.. “syurga itu dibawah telapak kaki ibu”
Nukilan khusus untuk peringatan diri sendiri
-massa-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]