Tiada pena yang menari riang, mencalar helaian putih, teknologi mengambil tempat. Jemariku kini melompat-lompat di atas bebutang putih..Keyboard yang dikhabarkan mampu bertahan sehingga 10 juta klik. Memang sesuai dengan orang yang gila menulis sepertiku, walau malas membaca. Entah apa yang bakal ditulisnya nanti.
Tapi aku setuju pada kata-kata Us Hasrizal, “Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan.
Betul tak…? Sedetik demi sedetik bebutang itu ku ketuk, diikuti huruf-huruf hitam yang timbul di layar putih di depan mataku.. yang menjadi coretan adalah kisah kehidupan sorang insan dalam memeperjuangkan saki-baki hidup usia yang di milikinya..
Bermulalah sebuah sayembara yang tak kesudahan selagi usia dimilik badan.
Namaku sejak azali Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min @ Che Yunus. Aku benih kandungan yang entah keberapa mengisi rahim ibuku.. namun hanya aku yang bernas untuk digubah menjadi seoran insan. Sulungku setelah penantian demi penantian oleh ahli keluarga yang saban hari menunggu anak, cucu dan cicit sulung ini. Tanggal 28 Ramadhan 1406 yang disepakati oleh masihi 6 jun 1986, 8.09 malam, di bilik bedah HUSM Kubang Kerian, aku berjaya menghirup udara segar meski berbau sedikit hanyir ubat dan air basuhan, dalam tangisan yang membingit setelah dilahirkan.
Bermulalah era baru kehidupan ku di muka bumi indah ini...
Keciku dihimpit derita, ayahku dipanggil ke sisi Ilahi tanpa sempat ku bermanja. Dia pergi ketika aku masih memerlukan belaian kasih seorang ayah. Menjadikan aku seorang yang sadis dalam menghukum. Maklum, segala keputusan terpaksa ku pilih sendirian. Kekadang aku dilema dalam mebuat keputusan. Tinggal aku bersama ibu bersama adik perempuan tunggal menumpang kasih datuk dan nenek.
Akibat ingin menjaga dari terjerumus ke kancah dunia yang gelap, aku dijadikan kanak-kanak tua. Bersama dalam majlis pengajian kitab-kitab thurath. Ini semua menjadiakan aku terpinggir jauh dari nikmat dunia. Jiwa remaja ku memberontak kebosanan. Tambahan pula denga ketiadaan media penghibur di rumahku. Apakan TV, radio pon hanya sekadar untuk mendengar azan berbuka di bulan Ramadhan sahaja.
Nikmat remaja tidak banyak ku perolehi. Aku dibendang sewaktu mereka yang sebayaku di padang. Aku menjaja sewaktu mereka shopping di pasaraya. Jasadku maju melebihi usia. Tika usia mengenal ketawa, jasadku menangis terseksa, tika usia ku gemar bermain, jasadku dipaksa bekerja..tika usia yang sepatutnya menghayati nikmatnya kehidupan,jasadku sudah merasai peritnya kesakitan.. Kelingking bengkok ku menjadi bukti korban hidup ku. Parut di betis dan leher menjadi bukti kesunyian hidup ini.
Hanya peluang untuk ku berhibur adalah di sekolah. Bersama kawan-kawan, aku menjadi menjadi agak liar. Mungkin untuk menQadha’ apa yang terlepas..bodoh betul. Namun begitulah fitrah remaja. Didikan dianggap kongkongan.
Zaman remaja ku berselang seli antara kebaikkan dan sebaliknya. Semasa di rumah, aku dijamukan dengan ‘ilmu’ tak habis-habis. Bayangkan aku menjadi ‘penolong’ mencari ayat-ayat serta hadith-hadith sampingan semasa sessi kuliah agama oleh datukku. Aku hanya remaja belum baligh. Namun baru kini, (20 tahun kemudian) baru aku terasa akan kebaikkannya.
Kembara seterusnya....ALAM MENENGAH di REPEK.
The way you express yourself sounds matured. InshAllah, im sure u get your life through difficulties (yet sweet) and mind blowing experience which will lead u to be a somebody, inshAllah.
BalasPadam