Rabu, 23 Julai 2008

Hanya Terima Kasih..

Terima Kasih.
Hanya itulah kalimat yang mampu saya ungkapkan bila akaun saya terisi dengan sejumlah wang. Mungkin itu hasil dari pertanyaan seorang hamba Allah dalam chatbox,pada 16 Jul 08, 16:28 "-saya-: mcm mana ana nak tolong enta dari segi kewangan? tak bnyk pun. sikit je. ".
Lalu saya pamerkan no.akaun BIMB saya pada blog.
Semoga Allah membalas hamba Allah itu dengan balan yang tidak terkira dan ianya tergolong dalam janji Nabi s.a.w, "dan lelaki yang menginfaqkan hartanya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanan".
Firman Allah: Tidak akan diterima sebagai satu kebaikan setiap apa yang kamu belanjakan sehinggalah kamu menafqahkan apa yang kamu sayangi dan hargai...".

Khamis, 17 Julai 2008

Pasti akan berubah

Hari Khamis minggu lepas, saya meluangkan masa untuk berehlah dengan usrah ke Pertak. Tempat peranginan yang masyhur di kalangan pelajar DQ. Dengan persiapan yang ala kadar, kami menuju ke sana dengan van perjuangan, KY Toyota. 20 minit perjalanan membawa kami ke sebatang sungai di bawah jambatan gantung, 30 km dari Fraser Hill. Air yang menderu laju ditafsirkan dengan bunyinya yang kuat. Adik-adik usrah samuanya girang ingin menyelam setelah mendengar cerita menarik saya berusrah di sini setahun yang lepas.

Menuruni tangga yang agak curan itu, kami bertemu dengan seorang pakcik yang sedang menjala ikan bersama anak dan isterinya. Sebaik bertemu mata, pakcik itu menyapa, " Assalamualaikum, wahai pemuda yang hatinya di Kaabah meski jiwanya di air terjun".

Anak usrah saya hanya tersenyum. Mungkin pakcik itu teruja dengan kedatangan pemuda yang berpakaian sopan dan berkopiah dengan bahasa ana nta di tempat perkelahan. Sesuailah dengan nama usrah kami Ghuraba'... Insya' Allah.

Bertukar pakaian, turun ke air sejuk itu. Terasa tenang. Deruan air yang menyapa telinga mengingatkan memori bersama usrah Syaukani yang hampir lemas beberapa bulan yang lalu.

Terasa pelik, tempat yang selalunya dalam kini menjadi amat cetek. Dulu kami boleh tiruk dan lompat guling, kin parsanya hanya sekitar buku lali sahaja. Tempat itu akhirnya saya jadikan tempat untuk mkan. pelik sikit. tapi itu salah satu teknik untuk menjadikan memori hari itu akan diingati lebih lama. Pelik. Unik. Sebotol soya hilang setelah usaha untuk menyejukkan dengan meletakkanya di bawah batu dalam air. Mungkin tekniknya sedikit tidak kena.

Berenang, menyelam, main bola...semuanya indah. Makan atas air. Hanya kerana Allah. Moga-moga dengan usaha yang tak seberapa ini, saya mampu mengikat hati-hati bakal pejuang agama Allah ini.

Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi contoh terbaik kepada adik-adikku ini...

Rabu, 16 Julai 2008

Cerita kereta buruk

Bercuti dari 5 Julai sehingga 13 Julai serasa amat singkat.

Nak balik satu cerita. Dalam poket hanya ada beberapa keping kertas biru. Nasib baik Paksu menerima lamaran untuk menemaninya di tangga bas Ekspres Darul Naim. Bagaimana cara nak kembali ke DQ malas difikirkan. Di rumah, seperti biasa, dengan rutin dan duti yang padat. Kereta terpaksa dipantangkan kerana harga petrol semakin naik. Ayah tidak lagi dihantar dengan kereta, bahkan hanya berbasikal balik ke Kedai Mulong. Berusaha membaik pulih motor pusaka datuk. Moga-moga efektif untuk perjalan dekat dan menjimatkan petrol. Mungkin Pak Lah tak pernah baiki motor sendiri.

Lusanya tarikh kuliah bermula. Hari ini aku terfikir, bagaimana akan ke kolej nanti..? Pusing-pusing sekeliling rumah. Akhirnya teringat sisa logam dan tembaga dari motor-motor mesin basuh lama yang tidak dapat dibaiki, rotor water pump dan gear box yang rosak. Kumpul punya kumpul, akhirnya berpuas hati untuk dihantar ke pusat pengumpulan besi buruk.

Datsun120y berkhidmat. Kereta itu diparkir di atas penimbang. 1679 kg. Maknanya hampir 120 kg barang burukku.

Juru timbang berceloteh, "Sekali ngan kereta ke...?" 

Gurauan itu mungkin biasa. Tapi, ibu yang berada di sisi sedikit terkesima. Saya kaget. Ibu yang sekian lama mengimpikan kereta baru yang akhirnya hancur bila gajinya hanya untuk 2007 sahaja pasti terguris. 

RM 150 menjadi milik saya. Alhamdulillah. Isi minyak kereta RM 40 untuk 14 liter.

RM30 untuk tiket bas terpaksa dihanguskan untuk yuran bas adik. Memang rezeki hanya untuk duduk di tangga.

Apapun, syukur, 14 Julai 2008, saya selamat bertasmik dengan Us baru di DQ.

Isnin, 7 Julai 2008

Protes 2008, Stadium PJ, Kelana Jaya

Seawal jam 9 pagi, orang ramai kelihatan berpusu-pusu ke perkarangan stadium. Majlis bermula pukul 11.00 dengan ucapan beberapa pimpinan PROTES. Lautan MERAH membakar semangat. Tarian singa menghiburkan penonton dengan aksi menarik mereka. Pemuzik jalanan memainkan lagu 'minyak naik'. Sasterawan bersajak menyindir. Semuanya mengikut kehendak rakyat.
Pelabagai kaum berkurung, bersatu dibawah satu bumbung untuk meminta kerajaan mendengar dan mengambil berat masalah dan keluhan mereka.
"Turunkan minyak untuk rakyat atau rakyat yang naik minyak". Slogan itu dilaungkan di mana-mana. Legaran Helikopter menjadi hiburan mereka.
Menjelang malam, rakyat berduyun-duyun memenuhi ruang stadium. Kehadiran setiap pimpinan tertinggi parti disambut dengan paluan kompang. Ketibaan sang Rajawali Malaya, gelaran yang diberi oleh pengerusi majlis kepada DSAI mendapat perhatian ramai. Ucapan yang memukau ratusan ribu rakyat. Reformasi....
Toleransi antara kaum dan agama begitu intim. Remaja cina memekik supaya 'show' dihentikan untuk menghormati azan yang berkumandang. Sungguh terharu. AMK dan unit Amal bekerjasama membela rakyat setelah pihak berkuasa kerajaan hanya bertindak membela kerajaan.
Tahniah untuk semua.
Mari kita berevolusi meniggalkan politik perkauman. Unite for Islam. Islam for All.

Ahad, 6 Julai 2008

Jom Protes !!!

Poster PROTES



"Jangan membaca untuk menafikan,mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"



"mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik dan memPROTES hanya untuk menyalurkan perasaan terbuku dan menegur..."