Bercuti dari 5 Julai sehingga 13 Julai serasa amat singkat.
Nak balik satu cerita. Dalam poket hanya ada beberapa keping kertas biru. Nasib baik Paksu menerima lamaran untuk menemaninya di tangga bas Ekspres Darul Naim. Bagaimana cara nak kembali ke DQ malas difikirkan. Di rumah, seperti biasa, dengan rutin dan duti yang padat. Kereta terpaksa dipantangkan kerana harga petrol semakin naik. Ayah tidak lagi dihantar dengan kereta, bahkan hanya berbasikal balik ke Kedai Mulong. Berusaha membaik pulih motor pusaka datuk. Moga-moga efektif untuk perjalan dekat dan menjimatkan petrol. Mungkin Pak Lah tak pernah baiki motor sendiri.
Lusanya tarikh kuliah bermula. Hari ini aku terfikir, bagaimana akan ke kolej nanti..? Pusing-pusing sekeliling rumah. Akhirnya teringat sisa logam dan tembaga dari motor-motor mesin basuh lama yang tidak dapat dibaiki, rotor water pump dan gear box yang rosak. Kumpul punya kumpul, akhirnya berpuas hati untuk dihantar ke pusat pengumpulan besi buruk.
Datsun120y berkhidmat. Kereta itu diparkir di atas penimbang. 1679 kg. Maknanya hampir 120 kg barang burukku.
Juru timbang berceloteh, "Sekali ngan kereta ke...?"
Gurauan itu mungkin biasa. Tapi, ibu yang berada di sisi sedikit terkesima. Saya kaget. Ibu yang sekian lama mengimpikan kereta baru yang akhirnya hancur bila gajinya hanya untuk 2007 sahaja pasti terguris.
RM 150 menjadi milik saya. Alhamdulillah. Isi minyak kereta RM 40 untuk 14 liter.
RM30 untuk tiket bas terpaksa dihanguskan untuk yuran bas adik. Memang rezeki hanya untuk duduk di tangga.
Apapun, syukur, 14 Julai 2008, saya selamat bertasmik dengan Us baru di DQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]