Seawal jam 9 pagi, orang ramai kelihatan berpusu-pusu ke perkarangan stadium. Majlis bermula pukul 11.00 dengan ucapan beberapa pimpinan PROTES. Lautan MERAH membakar semangat. Tarian singa menghiburkan penonton dengan aksi menarik mereka. Pemuzik jalanan memainkan lagu 'minyak naik'. Sasterawan bersajak menyindir. Semuanya mengikut kehendak rakyat.
Pelabagai kaum berkurung, bersatu dibawah satu bumbung untuk meminta kerajaan mendengar dan mengambil berat masalah dan keluhan mereka.
"Turunkan minyak untuk rakyat atau rakyat yang naik minyak". Slogan itu dilaungkan di mana-mana. Legaran Helikopter menjadi hiburan mereka.
Menjelang malam, rakyat berduyun-duyun memenuhi ruang stadium. Kehadiran setiap pimpinan tertinggi parti disambut dengan paluan kompang. Ketibaan sang Rajawali Malaya, gelaran yang diberi oleh pengerusi majlis kepada DSAI mendapat perhatian ramai. Ucapan yang memukau ratusan ribu rakyat. Reformasi....
Toleransi antara kaum dan agama begitu intim. Remaja cina memekik supaya 'show' dihentikan untuk menghormati azan yang berkumandang. Sungguh terharu. AMK dan unit Amal bekerjasama membela rakyat setelah pihak berkuasa kerajaan hanya bertindak membela kerajaan.
Tahniah untuk semua.
Mari kita berevolusi meniggalkan politik perkauman. Unite for Islam. Islam for All.
walau bagaimana pun,pas n kita sumer kna byk2 muhasabah...
BalasPadammngapa perhmpunan yg spttnye mengundang rasa sedih dan marah akibat derita rakyat bertukar menjadi ala2 konsert sure hboh..ada tazkirah@pringatan tapi bercampur dgn benda2 yg xelok..
x d nafikan,phk pnganjur dh buat yg terbaik,w'bgimanapun, isu percampuran laki pompuan,sosial dll perlu d titik beratkan slps ni..smh ia menjadi mhsbh yg amat bermakna bg kita kerana kita bawa ISLAM yg sbnr bkn sprti umno..cakap mg snang kan,skdr org bawahan yg bercakap,kita hanya mampuberdoa yg terbaik utk sumer pimpinan kiter..
smg kiter sumer trus thabat dalam agama Allah ini dan perjuangan menegakkannya..Amin..=)