Hari Khamis minggu lepas, saya meluangkan masa untuk berehlah dengan usrah ke Pertak. Tempat peranginan yang masyhur di kalangan pelajar DQ. Dengan persiapan yang ala kadar, kami menuju ke sana dengan van perjuangan, KY Toyota. 20 minit perjalanan membawa kami ke sebatang sungai di bawah jambatan gantung, 30 km dari Fraser Hill. Air yang menderu laju ditafsirkan dengan bunyinya yang kuat. Adik-adik usrah samuanya girang ingin menyelam setelah mendengar cerita menarik saya berusrah di sini setahun yang lepas.
Menuruni tangga yang agak curan itu, kami bertemu dengan seorang pakcik yang sedang menjala ikan bersama anak dan isterinya. Sebaik bertemu mata, pakcik itu menyapa, " Assalamualaikum, wahai pemuda yang hatinya di Kaabah meski jiwanya di air terjun".
Anak usrah saya hanya tersenyum. Mungkin pakcik itu teruja dengan kedatangan pemuda yang berpakaian sopan dan berkopiah dengan bahasa ana nta di tempat perkelahan. Sesuailah dengan nama usrah kami Ghuraba'... Insya' Allah.
Bertukar pakaian, turun ke air sejuk itu. Terasa tenang. Deruan air yang menyapa telinga mengingatkan memori bersama usrah Syaukani yang hampir lemas beberapa bulan yang lalu.
Terasa pelik, tempat yang selalunya dalam kini menjadi amat cetek. Dulu kami boleh tiruk dan lompat guling, kin parsanya hanya sekitar buku lali sahaja. Tempat itu akhirnya saya jadikan tempat untuk mkan. pelik sikit. tapi itu salah satu teknik untuk menjadikan memori hari itu akan diingati lebih lama. Pelik. Unik. Sebotol soya hilang setelah usaha untuk menyejukkan dengan meletakkanya di bawah batu dalam air. Mungkin tekniknya sedikit tidak kena.
Berenang, menyelam, main bola...semuanya indah. Makan atas air. Hanya kerana Allah. Moga-moga dengan usaha yang tak seberapa ini, saya mampu mengikat hati-hati bakal pejuang agama Allah ini.
Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi contoh terbaik kepada adik-adikku ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]