Seorang demi seorang rakan, teman dan kawan meninggalkan saya. Teman sebilik. Rakan sepengajian. Kawan sepermainan. Mereka dipanggil tuhan, pada usia yang awal, saat dosa masih minima.
3 Disember 2011 lalu, kami dikejutkan dengan pemergian mendadak, arwah Ilham Ellani di Irbid. Awal hari ini, 3 Januari 2012, halilintar menghunjam hati saya. Ustaz Abdul Aziz Abdul Rahman, Presiden Himpunan Pelajar-Mahasiswa Indonesia di Jordan meninggal dunia.
Saya sempat bertanyakan khabar. Dalam letih dan pedih, beliau menggagahi diri, melontarkan tutur, bercerita.
"Doakan saya cepat sembuh. Cepat tamatkan pengajian Masters. Ini semester terakhir saya." Ustaz Aziz mengulang-ulang hasratnya kepada kami.Suaranya tenggelam timbul.
" Insya Allah, akh Aziz akan sembuh. Bukankah Akh mahu sepentas bersama saya lagi berbicara di hadapan mahasiswa?", Ustaz Hussin memberi kata-kata semangat kepada teman sepentasnya sewaktu Forum Bicara Mahasiswa Asean di Auditorium Mu'tah University setahun yang lalu. Kami tersenyum.
Saya tidak mampu bercerita panjang seperti biasa. Biarlah potret ini yang berbicara.
HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
"...Moga husnul hatimah..bersama akhi abd aziz..:(
BalasPadam