Kereta Proton adalah kereta nasional yang disayangi oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Saya salah seorang rakyat yang sangat menyayangi Proton. Ibu saya baru tiga tahun memiliki kereta Proton Saga BLM. Syarikat Petroleum Nasional atau nama glamournya, Petronas pula menjadi pilihan pertama saya bila tangki Proton BLM mengadu haus.
Seminggu yang lalu, saya tiba-tiba rasa tertarik untuk meneliti sedikit sebanyak berkaitan dengan kereta. Maka, ini adalah hasilnya. Sangat tidak sempurna, kerana saya bukanlah ahli yang berautoriti, cuma gatal tangan dan geram hati untuk berkongsi.
Demi menjamin survival Proton (baca : Pemilik Proton), kereta keluaran Proton dijual dengan harga 100% lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran dunia dan harga jualan Proton yang dieksport ke luar negara. Sebagai contoh, Proton Waja di jual di Malaysia dengan harga RM 66 799. Sedangkan di Arab Saudi, Proton Waja hanya dijual pada harga RM 35 700 sahaja.
Berapa jauh perbezaannya? Hampir 100%
Saya teringat pengalaman saya berjalan-jalan meninjau kereta di Zarqa', Jordan. Sebuah Toyota Camry Hybrid model 2010 hanya dijual dengan harga RM30 000. Malaysia? Camry Hybrid pon masih belum masuk pasaran.

Demi menjamin survival Proton (baca : Pemilik Proton), kerajaan Malaysia pula meletakkan cukai 244% ke atas kereta import. Maka, pengguna selain kereta nasional perlu membayar 300% lebih tinggi dari harga pasaran demi mendapatkan sebuah kereta yang lebih baik dan lebih selamat. Proton dijangka akan lebih selamat apabila saingannya dipaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi. Sebagai contoh, Volkswagon Passat dijual di US dengan harga RM 66 000. Akan tetapi selepas dicukaikan oleh kerajaan Malaysia, harga Volkswagon Passat di Malaysia meningkat kepada RM 245 000!
Demi menjaga survival Proton, (baca : Pemilik Proton), Syarikat Cari Gali Petroleum Nasional, Petronas telah ditugaskan untuk menjadi mesin bantuan pernafasan dengan menanggung hutang-piutang milik Proton. Apakah subsidi petrol dan diesel dipotong untuk tujuan ini?
Malanglah kita, setelah terpaksa membayar harga 100% lebih mahal, masih terpaksa membayar mahal untuk harga petrol.
Malanglah kita, setelah terpaksa membayar harga 100% lebih mahal, masih terpaksa membayar mahal untuk harga petrol.
Besarkah RM 9 Billion? Tak besar sangat. Ia cuma boleh membiayai pengajian semua 380 000 warganegara Malaysia di IPTA, IPTS dan kolej-kolej serta politeknik di semua peringkat pengajian, bermula dari persijilan sehingga Ph.D. [MOHE]
Ke mana hilangnya keuntungan Proton sehingga terpaksa berhutang sebanyak itu? Saya tak tahu, tapi tuan-tuan mungkin boleh agak. Alah, ala-ala zakat MAIWP la kot.!!
Teringat cerita Proton jual saham MVAgusta.
Tapi, tuan-tuan pernah lihat cerita ini diberitakan di akhbar arus perdana? Atau diceriterakan dalam berita dan buletin utama?
Yang ini, mungkin tuan-tuan selalu dengar.

YANG DIHEBOHKAN
Hari ini, menteri yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal perdagangan dan barang kegunaan harian rakyat mengungkit-ungkit pemberian subsidi RM 19 Billion kepada rakyat. [BERNAMA]
Banyak sangatkah RM 19 Billion jika dibahagikan kepada 28 juta rakyat Malaysia? Baru berjumlah RM 680 untuk setiap orang rakyat sepanjang tahun. Berkira sangat!!
Apa kegunaan RM 680?
Ia adalah hasil subsidi ke atas petrol, gula, minyak masak, beras dan kesihatan.
Saya mungkin boleh hidup tanpa kereta yang ada cop Proton. Tapi, hidup saya sangat susah andai tak ada beras untuk dimakan, tak ada tepung untuk diuli dan tak ada ubat sewaktu sakit.

Pak menteri, nak tanya sikit, kami 28 juta rakyat hanya dapat RM 680 setahun. RM 9 Bilion Proton tu, kamu beri kepada berapa orang?
HASANHUSAINI,
Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]